MYSTERIOSER MANN: 17

24 1 0
                                    

PANG!

Pedih pipinya itu, pipinya itu mula menjadi kemerah-merahan bukan disebabkan malu tapi pedih yang menimpa akibat dilempang kuat di pipi Faiq Aisy. "Aku tak ajar kau buat macam ni!" tengkingnya itu. Faiq Aisy memandang isterinya yang sedang terkaku di tepi Umi Aira. Jelas kelihatan di muka wanita itu ketakutan apabila melihat adegan yang sedang berlaku. "Faiq mintak maaf daddy tapi Faiq sayangkan Adira Afia" terang Faiq kepada lelaki tua yang berada di depannya itu. "Sayang? kau tahu ke asal usul betina ni!? hah! kau cakap dekat aku!" tengking Ishak lagi. Adira Afia yang mendengar tengkingan lelaki tua itu menjadi tercengang. "Daddy! dia tu isteri Faiq! Menantu daddy!" marah Faiq Aisy bukan niat dia untuk memarahi orang tuannya tetapi dia tidak boleh berdiam.

"Menantu? Aku tak kenal asal usul perempuan ni! Dari mana kau kutip pun aku tak tahu! Yang pasti kau ceraikan dia! Dia bukan setaraf dengan kita!" sinis sahaja kata-kata ishak tanpa mempeduli hati menantunya itu. Mata Faiq Aisy dan Umi Aira terbuntang. Sanggup lelaki itu berkata begitu.Mereka tak tahu apa yang telah merasuk Ishak sehinggakan sanggup berkata begitu. 

 "Abang apa yang abang cakap ni?! Diorang ni dah sah jadi suami isteri! Takkan abang nak robohkan masjid yang diorang dah bina?!" tegur Umi Aira kepada suaminya. "Kau diam! Jangan masuk campur urusan aku dengan anak aku!" tengking Ishak kepada Isterinya itu. Umi Aira terdiam apabila mendengar tengkingan Suaminya itu. Ini kali kedua Ishak menengking kepadanya. Pertama, apabila anak sulungnya membawa balik isteri. Kedua juga sama.

Jatuh menitik air mata Adira Afia. Dia tidak sangka bapak mertuanya tidak dapat menerima dirinya itu. Mungkin ini salahnya juga mengajak Faiq datang ke sini sedangkan suaminya menolak. "Tak! Faiq takkan ceraikan Afia!Faiq tak akan ikut cakap daddy!" kata Faiq Aisy menegakkan pendiriannya itu. Walaupun dia harus mengadai nyawanya dia tidak akan ceraikan Adira Afia. "Kau nak aku bagitahu satu dunia yang kau ni siapa?! kau nak aku rampas semua benda yang kau ada?!" ugut Ishak lagi.

 "Faiq tak kesah! Daddy bagitahu lah satu dunia pun! i am still with my decision!" kata Faiq Aisy sambil memegang erat tangan Adira Afia. Ishak mengetap giginya, dia marah dengan kata-kata Faiq itu "Kau perempuan! Apa kau dah buat dengan anak aku!" sembur Ishak pula kepada Adira Afia sambil menunding jari ke arahnya. Terhinjut bahu Adira Afia apabila bapak mertuanya itu menengking dirinya. "Sa...saya" tergagap-gagap Adira Afia menahan ketakutannya itu. Tetapi Faiq pantas menarik Adira Afia keluar dari rumah itu. Dia tak kesah apa yang akan terjadi sekalipun. 

"Kau jangan nak jadi macam durjana tu! Kalau kau keluar dari rumah ni kau tahu nasib kau!" herdik Ishak lagi sambil mengugut. Terhenti langkah Faiq Aisy. "Durjana tu lah anak daddy dan Faiq tak kesah!" kata Faiq Aisy perlahan tapi dapat tditangkap oleh Ishak dan Umi Aira begitu juga Afia. Faiq Aisy melangkah keluar dari perkarangan rumah itu lalu menyuruh Adira Afia masuk ke dalam perut kereta begitu juga dirinya.

Di dalam kereta hanya suara dari corong radio yang kedengaran. Selepas apa yang terjadi mereka berdua tidak bersuara. Afia mengalih pandangannya memandang suaminya yang sedang memandu. Dia risau akan suaminya itu. Dia melihat air mata jantan suaminya yang jatuh tidak henti tapi reaksi mukanya seperti tiada apa yang berlaku. Pertama kali dia melihat Faiq menangis. Afia mengambil tisu yang berada di dalam beg tangannya lalu mengelap air mata suaminya itu. Faiq memandang isterinya sekilas lalu senyum. Senyuman yang mengadungi sejuta ketabahan. 

"Abang, biar Fia bawak kereta ya?" pelawa Afia kepada suaminya. Dia tahu emosi suaminya itu tidak stabil. Faiq mengelengkan kepalanya. "Fia abang mintak maaf...abang tak patut bawak Fia jumpa daddy dengan umi kalau tak mesti tak jadi macam ni" kata Faiq dalam keadaan serba salah. Dia tahu hati isterinya itu terguris apabila dengar kata-kata daddynya itu. "Fia yang patut mintak maaf, Fia yang beria ajak abang datang jumpa Daddy dengan umi" kata Adira Afia. Ya, sungguh dia rasa serba salah dengan apa yang terjadi. "Sakit?" soal Afia sambil mengusap pipi suaminya yang kemerahan. Faiq mengelengkan kepalanya lagi sekali. Sakit di pipinya itu tidak sesakit di hatinya.

***

Airil mentuam pipi Faiq yang kelihatan bengkak itu. Geram pulak bila di fikirkan tentang bapak Faiq ni. Nak sahaja dia tumbuk-tumbuk orang tua itu. "Aduh! kau ni dah kenapa tekan pipi aku kuat-kuat? sakit tahu tak!" aduh Faiq kepada Airil. Ni bukan nak bagi dia baik lagi sakit adalah. "Alamak, sorry sorry aku terikutkan perasaan aku tadi" kata Airil sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal itu. Faiq menjeling Airil tajam.'Ada jugak kena pukul dengan aku' detik hati Faiq. 

"Aku tak fahamlah dengan daddy kau ni. Dia tak kesiankan kau ke? sanggup dia buat macam ni dekat kau" bebel Airil panjang lebar. "Kau nak aku tape mulut kau baru kau diam ke?" soal Faiq sambil memandang Airil tajam. Airil tersengih lalu mengeleng. "ha kalau macam tu baik kau diam sebelum aku tape mulut kau tu!" marah Faiq Aisy. Airil mencebikan bibirnya. Afia melihat mereka berdua, lalu ketawa. Faiq dan Airil memandang Afia lalu memandang sesama sendiri kebingungan. 

"Fia kenapa ketawa? ada apa-apa yang lucu ke?" soal Faiq yang bingung. "Fia tengok abang dengan Airil ni macam pasangan suami isteri tengah bertekak" kata Afia lalu meyambung ketawanya. Dahi Faiq dan Airil berkerut lalu memandang satu sama lain. "Eiii!!" kata mereka berdua serentak. Kain yang digunankan untuk tuam pipi Faiq di buang entah ke mana. "Abang bukan kunyit la" kata Faiq sambil membuat muka geli. "Entah! aku bukan kunyit oi. Umai aku nak letak mana" kata Airil. Meremang bulu roma mereka berdua. Afia pula sudah gelak terkekek-kekek.

"Sekarang ni kau nak buat apa?" soal Airil kepada Faiq. "Aku nak pergi johor" kata Faiq kepada Airil. Afia memandang Faiq. 'Johor? buat apa?' detik hati Adira Afia. "Kau sure?" soal Airil. Banyak perkara yang dia tidak tahu tentang Faiq Aisy. Mula-mula tentang Asy, selepastu family Faiq dan nanti apa pula? Faiq mengangguk menandakan iya.

Bersambung....

*************************************************

Terima kasih sudi baca cerita sis yang taj seberapa ini, terima kasih jugak support sis

Jangan lupa tekan bintang vote dan comment apa yang korang nak tau tapi maaf kalau tak memuaskan hati korang


MYSTERIOSER MANNWhere stories live. Discover now