MYSTERIOSER MANN : 19

9 1 0
                                    

JARI jemarinya itu lincah bergerak di atas papan keyboard Laptop tersebut. Tarikh untuk percetakan makin hampir jadi dia perlu hantar dengan segera. Dia begitu fokus dengan kerjanya itu sehinggakan tidak sedar sang isteri yang sudah menapak masuk ke dalam bilik kerjanya itu.

Adira Afia dengan perlahan duduk di depan suaminya yang sedang ralit membuat kerjanya itu. Dia meniliti wajah sang suami itu. Dia tidak sangka lelaki yang dia kenali di Paris ialah lelaki yang dia minati sebagai penulis. Bertapa kecilnya dunia ini.

Dia merenung wajah suami nya yang kacak itu. Matanya jatuh pada bibir sang suami. Merah dan menggoda.

Dia tahu banyak suaminya berkorban untuknya bila berkhawin dengannya. Di sudut hatinya dia berapa sungguh serba salah dengan apa yang telah terjadi.

Faiq yang tersedar seperti seseorang sedang merenungnya memandang ke depan. Isteri dia rupanya. Dia tersenyum melihat renungan Adira Afia itu. Tangannya bergerak mencuit bibir isterinya itu.

Terkejut Adira Afia dibuatnya akibat cuitan Faiq di bibir nya itu. Dia memuncungkan bibirnya. "Apa ni Abang, cubit bibir Afia" Cepat sahaja tangan suaminya itu mencuit bibirnya.

Faiq tersenyum "Afia yang tenung abang tak lepas. Tahulah Abang ni handsome" Dia memandang muka Adira Afia yang sudah mula bertukar merah. Comel betul!

Adira Afia mengalihkan pandanganya ke arah lain. Dia malu mendengar kata-kata Faiq.

"Kenapa sayang masuk bilik kerja Abang ni? Ada apa apa ke?"

Baru sahaja beberapa hari mereka menetap di Johor. Faiq ingin menenangkan fikiranya disebabkan itu jugak dia lari ke Johor.

Adira Afia memandang suaminya "Abang tak nak bincang dengan keluarga ke hmm" Sungguhnya hati dia risau dengan pergaduhan keluarga suaminya itu. Dia tak mahu suaminya kehilangan keluarga sepertinya.

Faiq terdiam mendengar kata-kata Isterinya. Bukannya dia tidak pernah berbincang dengan keluarganya tetapi daddynya itu keras kepala dan kuat mendesak.

Adira Afia yang Perasan dan riak wajah suaminya bertukar mendung mengubah topik. "Abang, Afia rindu nak balik Rumah arwah mama papa Afia" Dia rindu nak balik ke rumah dia membesar di Kuala Lumpur itu.

Faiq memandang isterinya. "Afia nak balik ke KL?" Dia memandang isterinya yang sedang menggangguk itu. "Kalau macam tu nanti kita balik KL" Faiq hendak melihat isterinya itu tersenyum senang.

UMI Aira memandang suaminya itu. Sungguh dia kesal dengan perbuatan suaminya itu. Kenapalah suaminya sanggup memecah belah keluarganya atas sebab kehendak dan ego sendiri?

Umi Aira menghampiri suaminya lalu duduk disamping suaminya. "Abang? Abang tak nak ke tengok anak-anak kita bahagia?" Soalanya kepada sang suami.

Ishak memandang isterinya itu. "Sebab Abang sayang Abang buat macam ni!" Dia kesal dengan tindakan anak keduanya yang berkhawin dengan bukan pilihanya iaitu Tasya. Dulu anak sulungnya sekarang anak keduanya pula.

Umi Aira mengeluh lalu mengusap tangan suaminya itu. "Abang, saya tahu abang cuma nak dia ambik alih syarikat abang sahaja kan?" Dia tak mahu anak dan suaminya berpecah belah disebabkan hal ini. Cukuplah dia hilang anak sulungnya.

Ishak hanya mendiamkan diri. Hanya membuat endah tak endah dengan soalan Isterinya itu. Dia mahu anaknya itu berkhawin dengan anak kawanya Tasya sejak dulu lagi.

Umi Aira mengeluh lagi. Tinggi sungguh ego suaminya itu. Dia tidak tahu bagaimana lagi hendak memujuk suaminya itu. 'Maafkanlah Umi, Farid...Faiq' detik hati sang ibu. Hati ibu mana tidak sedih jika dipisahkan dengan anak sendiri.

Umi Aira membawa diri ke biliknya. Hatinya sedih dengan kelakuan suaminya itu.

Ishak memandang isterinya naik ke atas, mungkin ke bilik. Dia mengambil telefonya di atas meja itu lalu mendail nombor telefon seseorang.

"Aku nak kau buat apa yang aku suruh, Bayaran lepas selesai kau buat kerja kau"

Bersambung.....

*******************
Hai guys sis is back! Sorry lama menghilang sebab baru sekarang dapat activekan balik account ni. Terima kasih yang masih lagi menanti

MYSTERIOSER MANNWhere stories live. Discover now