MYSTERIOSER MANN : 5

27 1 0
                                    

Faiq melihat Adira Afia. Berkali-kali dia memanggil nama gadis itu yang berada di depannya tetapi gadis itu hanya merenung dia. 'Aduh kenapa lah dia pandang aku macam ni? ada apa-apa ke dekat muka aku?' detik hati Faiq. Dia terkejut jugak dengan kejadian tadi yang Adira Afia menerjah masuk ke tandas lelaki sehinggakan tertinggal buku yang di pegang oleh gadis tersebut. "Cik Adira Afia? apa yang awak tenungkan sangat muka saya ni?" soal Faiq sambil memandang Adira Afia.

Adira Afia tersentak, malu dia seketika. 'ishh kau ni Fia yang kau tenung dia kenapa' detik hati Adira Afia sambil memandang ke arah lain. "Erk tak ada apa...cuma saya rasa macam kenal je awak sapa" kata Adira Afia lagi. Eksperasi Faiq agak tenang. "Mestilah awak kenal...kita kan pernah berjumpa masa pergi keluar makan" kata Faiq lagi. Suasana di situ agak bingit kerana baru sahaja berakhir Meet & Greet Asy. "Tak maksud saya, saya macam pernah nampak awak sebelum ni" kata Adira Afia. Dia pasti dia pernah ternampak lelaki yang berada di hadapannya itu. Dia cuba mengigati kembali. Kening Faiq terangkat, menandakan dia tertanya-tanya. Jika betul di mana mereka berdua terjumpa atau terserempak.

"Awak kan yang langgar saya masa dekat Eiffel tower haritu?" soal Adira Afia. Dia amat yakin lelaki yang berada di depannya itu orang yang sama. "Eh? awak lah tu? patutlah saya rasa macam pernah nampak awak dekat mana-mana, awak rupanya" Jawab Faiq pulak. Dia tidak sangka gadis yang didepannya itu orang yang telah dia langgar haritu. "by the way, Awak buat apa kat sini?" soal Adira Afia. Takkanlah ada apa-apa acara di sini, yang dia tahu acara meet & greet Asy sahaja yang diadakan di sini. "Oh i came for Mr. Asy meet & greet" kata Faiq. Adira Afia terkejut, dia tidak sangka lelaki di depannya itu membaca karya Asy.

"Seriously? but i didn't see you anywhere just now" kata Adira Afia. Tak nampak pulak Faiq di Event Meet & Greet Asy tadi. "saya duduk dekat belakang tadi, mungkin sebab tu awak tak nampak saya. situ kan ramai tadi" Kata Faiq lagi. Dia tidak sangka gadis yang di depannya itu dikatakan pemalu dan pendiam itu boleh bercakap-banyak. Mungkin gadis di depannya itu hanya teruja. 

Adira Afia mengangguk apabila mendengar kata-kata Faiq itu. "So how long you being fans of Mr. Asy?" soal Faiq kepada Adira Afia setelah lama berdiam. "I think since his first book" kata Adira Afia pulak. Betul sudah lama dia menjadi peminat penulis tersebut. Dia hanya terharu dengan kata-kata yang ditulis oleh penulis buku tersebut. Mampu memberi semangat kepadanya itu.

 "Apa yang awak suka dengan buku-buku yang ditulis oleh Mr.Asy?" soal Faiq lagi. Dah serupa macam penyiasat sahaja. "Saya suka dengan pengalaman yang dia ceritakan...dan kata-kata semangat yang dia letak dalam bukunya itu, dan karya Mr.Asy itu dapat menarik remaja-remaja pada masa kini yang mudah putus asa dan membantu saya jugak bila harungi sesuatu" jawab Adira Afia. Itu yang membuatkan dia menjadi Peminat penulis tersebut.

Faiq mengangguk tanda faham. "Jadi awak tak pernah terfikir untuk lihat wajah Mr.Asy?" soal Faiq kepada Adira Afia. Adira Afia melihat Faiq yang berada di depannya itu. "Encik Faiq kenapa awak tanya banyak sangat soalan ni? Awak tak percaya saya ni seorang peminat Mr.Asy?" soal Adira Afia hairan. Faiq tersenyum sendiri. "Maaf saya tak bermaksud macam tu saya cuma ingin tahu" kata Faiq sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal. 

"Bagi saya, walaupun saya tak dapat lihat wajah Mr.Asy tapi saya bersyukur dapat membaca karya-karya Mr. Asy...dan itu hak dia kalau dia tidak mahu tunjuk muka di " Jawab Adira Afia. Tetapi adakalanya dia tertanya-tanya juga bagaimanakah wajah penulis buku tersebut. "Seronoknya berborak sampai tak perasan aku yang dekat sini ye" kata Umairah yang sudah berada di situ dari tadi. Tak sangka kawannya itu dapat berborak rancak dengan Faiq."Eh bila kau ada dekat sini?" Soal Adira Afia. Kenapa dia tak perasaan Umairah ada di situ. "Sejak korang sembang pasal Mr. Asy tu" kata Umairah lagi. 

Mereka sekarang berada di Restaurant SagarMartha. Umairah telah menelefon Airil untuk makan bersama mereka bertiga. "Bila masa kau ada dekat sini? Tak ajak aku pun eh? Senyap-senyap kau eh?" Soal Airil. Boleh pulak Faiq tak ajak dia. "Kan aku cakap aku keluar tadi ada hal ni pun aku terserempak dengan diorang" terang Faiq kepada Airil. "Iyelah aku gurau je pun, itu pun kau nak amik serius" kata Airil lagi. Adira Afia mula berdiam diri. Faiq melihat Adira Afia yang sudah tidak bercakap seperti tadi.

"Afia,apa perancangan awak untuk masa akan datang ni?" soal Faiq. Dia bukan apa dia hanya ingin mendengar suara gadis tersebut daripada biar Adira Afia tidak bercakap. Dia cuma takut Adira Afia berasa sunyi. "Buat masa ni mungkin saya hanya akan jadi photographer tak berbayar, dan melancong" Kata Adira Afia lagi. Adira Afia mula berasa selesa dengan Faiq. Sekurang-kurangnya dia dapat bercakap dan mengurangkan rasa pemalunya itu dengan mereka. Faiq mengangguk tanda mengerti.

"Wah kawan baik aku ni dah mula bersuara, kalau tidak diam je kau" kata Umairah kepada Adira Afia. Adira Afia menjeling kawanya itu. Sengaja la tu nak kenakan dia, bukannya dia tidak tahu Umairah ini suka sahaja buatnya menjadi malu. " Yalah-yalah aku tak kacau kau, nanti kaiu merajuk pulak dengan aku" Sakat Umairah lagi. 'Eii kalau tak sebab Airil dengan Faiq ada depan ni dah lama aku pijak-pijak kau Umairah' detik hati Adira Afia lagi. Faiq tersenyum sendiri. Macam-macam gelagat gadis yang berada di depannya itu.  Sudah jatuh hati ka dia? Tak mungkin!

Setelah berborak sesama mereka. Adira Afia melihat laman sosialnya itu. Dia melihat status Instagram yang telah di post oleh Asy. Dia terpegun kerana ramai yang datang hendak menngambil gambar dan tanda-tangan Asy. Dia melihat pemakaian Asy pada hari ini. Segak berpakaian kemas  bersut hitam dan T-shirt berwarna putih. Adira Afia terkelu. Dia melihat Faiq lalu melihat kembali gambar di dalam telefonnya itu. Tak mungkin! Mesti ini hanya kebetulan. 

Tidak mungkin Lelaki yang berada di depannya itu ialah Mr.Asy, Penulis buku termuka di dunia!

Bersambung.....

***********************************************************************************************

Hah macam mana? okay tak? seronok lah korang sis update dua chapter dalam masa sehari hahahahaa. Apa apa pun jangan lupa support sis dengan tekan bintang vote dan comment jika ada sebarang pandanga.

Sayang korang. Stay At Home and Stay Healthy

MYSTERIOSER MANNWhere stories live. Discover now