MYSTERIOSER MANN: 13

19 0 0
                                    

Adira Afia menikmati udara pagi yang segar itu. Sudah lama dia tidak merasai suasana kampung itu. Kali terakhir dia merasai suasana itu pada 5 tahun lepas di rumah neneknya itu. Adira Afia memejamkan matanya itu. Dia merasai sungguh tenang pada waktu itu. "Kalau papa dengan mama ada sekarang ni mesti seronok kan" kata Adira Afia perlahan. Tiba-tiba terasa sebak di dadanya.

 "Papa...mama Fia rindu" kata Adira Afia lagi. Sungguh dia rindu dengan kedua ibu bapanya itu. Dia sedih papa dan mamanya tiada pada saat yang penting buat dirinya itu. Mungkin inilah rasanya sesorang yang tiada ibu bapa sejak kecil lagi. Baginya dia bersyukur kerana dia masih dapat merasa kasih sayang seorang ibu dan ayah.

Kemudian Adira Afia dapat merasa seperti seseorang mengusap pipinya itu. Dia membuka mata, suaminya rupanya. Baru dia ingat nak lari, mana tahu tetiba ada benda tak diundang ka. "Sayang buat apa dekat sini?" soal Faiq Aisy kepada Adira Afia. "Saja Fia nak menikmati suasana pagi kampung" jawab Adira Afia.

 Faiq Aisy hanya mengangguk. Mereka berdua ditemani dengan pemandangan sawah padi yang terbentang luas di depan mata mereka berdua. "Awak? Fia nak tanya sesuatu boleh?" soal Adira Afia sambil memandang suaminya itu. "Boleh, Fia nak tanya apa? lagi satu pangilah abang janganlah berawak-awak dengan abang" kata Faiq Aisy lembut.

"Sorry, kenapa abang tak bawak mak ayah abang datang majlis perkhawinan abang? kan penting majlis ni" soal Adira Afia. Ya, dia tertanya-tanya kenapa Faiq tidak mengajak mak dan ayahnya ke majlis perkhawinan mereka berdua. Dia telah bertanya kepada Tok ma yang kedua ibu bapa Faiq Aisy masih ada. Faiq Aisy memandang isterinya itu.

 "Diorang sibuk Fia sebab tu diorang tak dapat datang" hentam Faiq Aisy. Adira Afia memandang Faiq Aisy dengan pandangan tidak mempercayai kata-kata suaminya itu. "Okay okay macam ni, apa kata lepas ja kita balik Kuala Lumpur abang bawak Fia jumpa Umi dengan daddy?" Kata Faiq Aisy yang sedang menabur janji. Adira Afia tersenyum gembira lalu mengangguk tanda bersetuju dengan candangan Faiq Aisy.

 "Geram pulak abang tengok isteri abang ni" kata Faiq Aisy nakal. Ulat bulu miang datang dah. Adira Afia melihat suaminya itu. 'Ha sudah! mula lah tu peragai dia' detik hati Adira Afia. "Abang jangan nak mengada eh, Fia cubit pingang tu nanti" Ugut Adira Afia kepada Faiq tapi sebenarnya mukannya sudah kemerahan. "Iyaka nak cubit abang? cubitlah, abang nak jugak rasa cubitan manja isteri abang ni" usik Faiq Aisy lagi. 

Geram dia melihat muka kemerahan isterinya itu! nak sahaja dia mengomol-gomol isterinya itu kalau tak difikirkan mereka berada di luar rumah. "ish dahla, saya tolong Tokma lagi bagus dari melayan abang" kata Adira Afia lalu bangun ingin pergi dari situ. Tetapi pergelangan tangannya dipegang oleh Faiq Aisy. "Malam ni siap sayang!" usik Faiq Aisy sambil mengeyitkan matanya itu lalu melepaskan pergelangan tangan Adira Afia.

Bertambah merah muka Adira Afia. Dia cepat-cepat beredar dari situ. Faiq Aisy sudah mengekek ketawa kerana dapat mengusik isteri tercinta. Malu dan berdebar! itu yang dia rasakan ataupun bahagia? Adira Afia tersenyum gembira. 'Terima kasih hadir dalam hidup Fia' detik hati Adira Afia. "Amboii, tersenyum sampai ke telinga pengantin baru ni, bahagia ka tu" kata Tokma yang berada di ruang tamu sambil melipat baju. 

Adira Afia tersenyum malu lalu duduk bersebelahan Tokma. Dia membantu Tokma melipat baju yang kelihatan berbukit itu. Tokma berasa senang hati, walaupun baharu beberapa hari mengenali Adira Afia tetapi Adira Afia seorang yang rajin dan hormat akan orang tua. "Untung cucu Tokma dapat isteri macam kamu ni" puji Tokma kepada Adira Afia.

"Eh, kenapa Tokma cakap macam tu?" soal Adira Afia pelik. "Iyalah, kamu ni sopan santun, hormat orang tua, rajin pulak tu untung cucu nenek dapat kamu ni" puji Tokma lagi. "ish tak adalah Tokma, Fia biasa-biasa sahaja rasanya Fia yang beruntung dapat Faiq, dia yang banyak tolong Fia dan selalu ada dengan Fia" kata Adira Afia. Ya, itu hakikatnya dia yang berasa untung kerana telah ditakdirkan berkhawin dengan Faiq. Faiq selalu menolongnya dan membuat hari-harinya terasa bahagia. 

"Ha Faiq apa kamu buat kat luar ni?" soal Tokwan yang baru balik dari sawah. "Eh Tokwan baru balik dari sawah ke? Faiq duduk luar sini kejap lama tak merasa suasana kampung ni Tokwan" terang Faiq Aisy kepada Tokwannya itu. "Iyalah, tokwan nak tengok sawah-sawah tu nanti kan dah nak dekat musim menuai" terang Tokwan pulak. Dia melihat cucunya itu, macam ada sesuatu yang di fikirkannya itu. 

"Apa yang Faiq fikirkan sangat tu? Faiq fikir tentang Umi dengan daddy ka?" soal Tokwan yang seperti dapat mengagak masalah cucunya itu. Faiq melepaskan keluhannya itu. "Faiq pening Tokwan, daddy suruh Faiq amik alih syarikat daddy tapi Faiq taknak, Faiq tak minat semua tu" mengadu Faiq kepada Tokwannya.

Baginya Tokwan dan Tokmanya sahaja yang memahami dirinya itu. Apa-apa sahaja masalah yang dihadapinya itu akan diceritakan kepada mereka. "Mungkin daddy nak tengok Faiq senang, iyalah kalau tak Faiq sapa yang nak amik alih syarikat tu?" kata Tokwannya itu. "Along kan ada,along boleh amik alih syarikat daddy tu dia yang patut amik alih syarikat daddy" kata Faiq panjang lebar lagi. 

"Hmm, kamu pun dah tahu yang daddy kamu tu dah halau Farid tu" kata Tokwannya itu. Sebenarnya dia agak kesal dengan perbuatan Ishak, dia tidak pernah mengajar anaknya menjadi begitu. "Tapi Tokwan daddy paksa Faiq khawin dengan orang yang Faiq tak kenal" keluh Faiq Aisy. Pemikirannya berserabut, dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan lagi. Tokwan mengelengkan kepalanya. 'Ishak,ishak kenapalah kau kongkong anak-anak kau, aku tak pernah pula tak izinkan kau buat apa-apa yang kau suka' detik hati Tokwan yang kesal dengan sifat anaknya itu.

"Dahla, kamu berdoa kepada Allah semoga hati daddy kamu tu lembut, sekarang ni kamu fikir pasal rumah tangga kamu ni dulu, dah jom masuk dalam rumah nanti isteri kamu tu cari kamu pula" kata Tokwan lagi bagi meredakan hati cucunya itu. Faiq Aisy mengangguk, ringan sedikit hatinya apabila meluah apa yang dia sedang rasa pada waktu ini.

Sekarang dia cuma perlu berfikir macam mana dia perlu berhadapan dengan Umi Aira dan Daddynya itu. Macam mana dia hendak memberitahu bahawa dia sudah berkhawin? 

Bersambung.....

***********************************************

Jngan lupa tekan bintang vote dan comment pandangan korang sis sayang korang.

MYSTERIOSER MANNWhere stories live. Discover now