MYSTERIOSER MAN : 1

80 7 0
                                    

Sinaran matahari yang terik menyinari bilik tersebut. Satu susuk tubuh yang sedang baring di katil tersebut bergerak-gerak kerana diganggu tidor oleh sinaran matahari.

"Hiyahhhh" jerit seseorang separuh mamai. Rambutnya yang serabai itu menutup sebelah mukanya. Dia bangun dari katilnya itu dan bergerak ke arah tingkap untuk menikmati sinaran matahari tersebut.

"Bestnyaaa lama tak rasa panas macam ni" katanya itu sambil berjalan ke arah bilik air untuk membersihkan dirinya.

"Fia! Kau buat apa lama-lama dalam bilik air tu cepatlah!" Jerit seseorang dari luar bilik Adira Afia. "Ya...ya aku keluarlah ni, nak mandi pun tak senang" kata Adira Afia.

Selepas seketika bersiap dia turun ke bawah untuk bersarapan sambil membawa satu buku. "Fia kau ni asyik bawak buku tu ja tak bosan ka?" Katanya. Adira Afia mempamerkan senyumannya. "Mana ada bosan umai, best tau baca lagipun aku peminat penulis buku ni" kata Fia kepada umai.

Umaira irdina ataupun umai ialah kawan kepada Adira Afia mereka berdua berkawan sejak zaman college lagi. Sekarang ni mereka berdua duduk serumah dan selalu travel bersama-sama di luar negara atau dalam negara.

"Apa yang kau minat sangat dekat penulis tu? Rupa dia pun kau tak tahu macam mana" kata Umai lagi. Dia tak faham apa yang kawannya minat sangat dengan penulis tu tapi dia mengaku semua karya penulis tersebut hebat-hebat belaka cuma dia tak faham kenapa perlu bersembunyi?

"Sebab tulah aku suka penulis tu dan semua karya dia hebat, misteri dan intresting lagipun dia seorang yang humble" kata Fia pulak.

"Apa-apalah Fia asalkan kau bahagia" kata umai lagi. Adira Afia tersenyum kembali. Dia tak salahkan Umai sebab Umai jenis yang tidak suka membaca berbanding dia. Adira Afia amatlah suka membaca kerana dirinya seorang pendiam dan pemalu.

Selepas sahaja bersarapan Adira Afia melihat laman sosialnya iaitu Instagram. Dia melihat profile Asy iaitu penulis buku yang dia minati. Dia melihat dengan tekun. Dia tidak tahu kenapa setiap kali dia melihat profile Asy dia menjadi tertanya-tanya dan berdebar-debar kerana sifat ingin tahunya yang mendalam.

Dia selalu berharap agar satu hari dia dapat melihat muka Asy itu tetapi dia tahu perkara itu tidak mungkin akan terjadi kerana Asy ialah seorang yang susah untuk mendedahkan wajahnya kepada sesiapa kecuali orang yang dikenalinya.

"Nasiblah sekarang ni musim panas kalau tak memanjang sejuk" bebel Umai. Adira afia tersenyum. Dia faham dengan apa yang dikatakan oleh Umai. Yalah mereka sekarang sedang berada di France, paris. Kota cinta yang dipenuhi dengan pasangan. Selalunya mereka datang kesini ketika musim sejuk kalini berbeza, mereka datang ketika musim panas.

Adira Afia dan Umaira Irdina kedua-duanya lepasan student yang sedang menunggu kerja. Sementara itu mereka berdua sedang travel. Soal duit itu tiada masalah buat mereka berdua kerana mereka berdua dari keluarga berada tetapi tak miskin dan tidak kaya hanya sederhana.

"Fia jom pergi Le Pelaton cafe" ajak Umai. Dia teringin nak makan Croissont bread sekarang ni. "Jomlah aku pun lapar ni" kata Fia lalu mengambil buku dan beg cameranya itu. Mereka berdua keluar dari rumah mereka dan bergerak ke cafe tersebut.

Umai melihat Fia yang sedang tekun membaca buku tersebut. Tajuk buku tersebut ialah PERJALANANKU. Bagi dia Fia ini seorang yang cantik tapi dia cuma pemalu dan pendiam, ada sahaja orang berkenan dengan dia, cuma dia agak pemalu bila berkaitan semua itu.

Setiap buku yang dibeli oleh Fia, dia pasti letakan penanda. Kalau lihat buku-buku lain yang di beli Afia penuh dengan penanda mungkin kerana ayat-ayat di dalam buku tersebut menambat hati dan kena dengan hati Afia.

Mereka berdua menikmati udara di Paris itu dengan sepenuh hati. Mereka juga berjalan di bawah Eiffel Tower. "Best kan fia walaupun kita duduk sini tapi aku tak pernah bosan dengan tempat ni" kata Umai kepada Fia. "Haah best, udara dia pun segar tapi yang tak best aku rindu nak makan sambal udang petai" kata Fia kepada Umai.

"Haah la Fia...aku rindu masakan mak aku yang meletop tu" kata Umai lagi.

Sedang mereka berdua berjalan seseorang terlanggar Adira afia sehingakan Adira afia terjatuh begitu jugak dengan bukunya itu. "Im sorry miss..Je suis désolé, i dind't mean to bumb you " ucap orang yang melangar Adira Afia. Dia mengambil buku itu lalu dia melihat buku itu yang telah terbuka sekilas lalu menghulurkan kepada Afia. "I'm so sorry miss" ucapnya lagi.

"ça va...i understand sir" kata Fia lalu mengambil bukunya kembali dan senyum sedikit. "Fia kau okey tak ni? Ish mamat ni pun...aduhh" jerit Umai kerana telah merasa cubitan ketam Adira Afia. Lelaki itu menghadiahkan senyuman lalu beredar.

"Kenapa kau cubit aku tadi fia sakit tahu tak" kata umai sambil mengusap lengannya yang masih terasa pedih. "Kau ni buat dia faham apa kau kata? Tak ka malu nanti, orang nanti kata orang luar ni biadap" kata Fia. "Alah kau ni dah dia salah pergi langgar kau, and kau sure ka dia faham" kata Umai lagi yang taknak kalah. Adira Afia mengelengkan kepalanya.

"Itu tak bermaksud kita boleh biadap dengan orang Umairah Irdina lagipun dia kata tak sengaja kan and lagi satu sekarang ni mat salleh pun boleh faham tau...so dont judge a book by it cover" terang Fia kepada Umai. Ye dia memang cakap banyak kalau dia dengan Umai tetapi dengan umai dan keluarganya sahaja, tetapi bukan dengan orang yang baru dikenalinya. Dia akan jadi pendiam dan pemalu.

Umairah irdina menghadiahkan jelingan manja kepada Afia seperti menyampah. Mula lah tu nak berceramah. Adira afia tersenyum.

Selepas sahaja mereka bersiar-siar afia dan umai pulang ke rumah mereka untuk berehat kerana malam nanti mereka akan sediakan makan malam.

Afia duduk di tepi tingkap sambil menikmati pemandangan kota cinta itu sambil mendengar lagu Esok belum tiba dari Nastia ft. Liyana Fizi. Matanya kembali menatap buku yang dibacanya, ada satu ayat yang buatkan Afia tertarik.

Kerana aku memilih untuk menunjukkan yang indah,
Aku lebih gemar diam. Telan segala yang pahit. Lupakan. Lalu kembali berusaha memperjuangkan nilai-nilai molek pada manusia.
Kerana dunia ini sudah penuh dengan yang pahit.
Life is too short for any one to hold bitterness in his heart.

Ayat itu membuatkan Adira Afia tersenyum. Dia kagum setiap buku yang di beli , setiap ayat yang ditulis oleh penulis buku asy tersebut amatlah menusuk ke hati.

Bersambung......

*******************************Cemana okey tak? Misteri tak hahahaa....mula2 hambar sikit

Tapi votelah untuk naikan semangat sis untuk teruskan berkarya 😘

MYSTERIOSER MANNWhere stories live. Discover now