MYSTERIOSER MANN: 8

16 2 0
                                    

Adira Afia menghirup chocolat panas yang berada di tangannya itu. Dia hanya melihat sekeliling cafe itu. Kali terakhir dia datang situ sebelum berangkat ke Paris. Dengan tiba-tiba seseorang duduk di depannya. Adira Afia baru sahaja ingin membuka mulut tetapi tidak jadi. "Duduk seorang ja?" soalnya itu. "Faiq? macam mana awak ada dekat sini?" soal Adira Afia. Terkejut dia tiba-tiba Faiq berada di sini. "Saya baru ja masuk lepastu nampak awak" kata Faiq sambil tersenyum. "Tapi awak bukan ada dekat Paris?" soal Adira Afia lagi. Dia tidak tahu mengapa dia banyak bercakap bila berhadapan dengan lelaki di depannya itu. "Saya dah balik dah dari Paris" kata Faiq pendek. Adira Afia melihat lelaki itu di depannya itu. 

Matanya melihat lelaki di depannya itu, masih sama. Lelaki di depannya itu masih kacak dan bergaya, mata hazel lelaki itu juga buat dia terpegun. Kenapa Faiq kelihatan seperti Asy? ketinggian lelaki itu? Kekemasan lelaki itu? Siapa awak sebenarnya Faiq?

"Cik Adira Afia apa yang awak tenungkan muka saya ni? ada apa-apa ka di muka saya ni? Dah kali kedua awak tenung saya macam ni" tegur Faiq yang telah terperasan ketika Adira Afia merenungnya itu. Muka Adira Afia bertukar merah. Malunya dia! "Ma..mana ada saya tenung" kata Adira Afia yang gemuruh. Faiq tersenyum sendiri. "Betul ka awak tak tenung saya? Habis kenapa muka awak merah ni?" usik Faiq. Suka pulak dia melihat muka Adira Afia yang merah itu. Comel! Adira Afia memegang mukanya yang terasa panas. Aduh! malunya! 

Faiq sudah ketawa. Suka dia mengusik Adira Afia itu. Tak tahulah sejak bila dia suka mengusik orang selama ini tidak pernah pun. Muka Adira Afia masam mencuka. 'Eii dia ni ketawa pulak, tumbuk baru tahu' detik hati Adira Afia. "Faiq, can i ask you something?" kata Adira Afia sambil melihat Faiq. "Sure, what is it?" Soal Faiq. Pelik pulak dia tiba-tiba Adira Afia kelihatan serius. "Kenapa awak minat karya Mr.Asy?"  soal Adira Afia. Riak wajah Faiq kelihatan tenang. "Well karya dia buat saya bersemangat dan mungkin minat dengan cara dia hadapi semua benda" kata Faiq. Adira Afia melihat Faiq. Faiq tersenyum sendiri. "begitu, tapi kenapa eh saya tak nampak awak dekat Meet & Greet Mr.Asy?" soal Adira Afia. Iya dia curiga sebab ketika di Meet & Greet Mr.Asy dia tidak nampak Faiq, sebenarnya pada waktu itu tidak begitu ramai dan kebanyakannya perempuan.

Faiq melihat Adira Afia. 'Ah sudah aku nak jawab apa ni' detik hati Faiq. Adira Afia tertunggu tunggu jawapan Faiq. "mungkin masa tu saya tak ada lagi sebab saya pergi lambat sikit sebab ada hal yang perlu saya selesaikan" kata Faiq panjang lebar. Adira Afia mengangguk tanda mengerti. 'Itulah kau Fia, dah cakap semua tu kebetulan sahaja' detik hati Adira Afia yang sedang memarahi dirinya itu. "Sorry kalau saya banyak tanya sebelum ni saya tak pernah pun nak bertanya macam-macam" kata Adira Afia yang serba salah. Mesti Faiq berasa dirinya itu menjengkelkan untuk melayan kerenahnya itu. "Eh tak ada apalah saya suka Afia bercakap, sebab comel" kata Faiq sambil senyum ke arah Adira Afia. Lagi sekali muka Adira Afia bertukar merah.

Selepas sahaja mereka berdua keluar makan, mereka berdua pulang ke rumah masing-masing. Adira Afia masuk ke dalam rumah dengan senyuman yang tidak lekang. "Amboi, anak mama ni tersenyum dari masuk dalam rumah ni kenapa?" soal Puan Mariana. "Tak ada apalah mama, seronok dapat balik malaysia, makan makanan malaysia" kata Adira Afia lalu menyalam tangan Mamanya itu. "Betul ke anak mama  ni?" Soal Puan Mariana lagi sambil menyambut huluran Adira Afia.  Adira Afia menganguk.  

Adira Afia melihat telefonnya itu. Dia membuka Instagramnya dan melihat profile Asy. Haih suka sangat dia tengok laman profile Asy itu. "Wah, Asy nak buat meet & greet dekat Malaysia!" jerit Adira Afia riang. Dia mendail nombor telefon kawan baiknya itu. 


Assalamualaikum, hah kenapa Fia kau call aku ni?

waalaikumusalam umai, aku nak bagitahu ni Asy buat meet & greet lagi!

Aduh pekak telinga dia dengar Adira Afia jerit. Sekeh kepala baru tahu! Kalau tak jerit tu tak sah, haih Afia, afia

Alah kau ni mesti nak suruh aku temanlah tu

Heheh mestilah! teman aku ye Umai?

Alah kau ni apa susah ajaklah Faiq dia kan peminat Mr.Asy tu jugak

Alah seganlah aku, kau temanlah aku bolehlah? please!

Haih iyalah aku teman kau janji kau belanja aku makan ice cream Baskin robin,

dahla aku busy ni nak  layan buah hati.

Iyolah aku belanja, Assalamualaikum

Thank you Fia, Waalaikumusalam

Pangilan dimatikan. Adira Afia begitu teruja, untunglah dia dapat datang ke meet & greet Asy lagi. 

Selepas beberapa hari Adira Afia dan Umairah tiba di tempat meet & greet Asy diadakan. Mata Adira Afia melihat sekeliling. 'Mana Faiq? Takkan lah dia tak datang?' detik hati Adira Afia. Kelihatan Asy sedang masuk ke dalam dewan tersebut. Kedengaran suara gadis-gadis berteriak. Adira Afia memandang Asy yang sedang menuju ke arah meja. Kali ini Asy tidak memakai kaca mata hitam. Lupakah dia? Setahu dia apabila Asy melakukan meet & greet dia selalu memakai kaca mata hitamnya itu. 

Selepas seorang-seorang tiba giliran Adira Afia buat kali kedua. Yang pertama ketika di Paris sekarang di Malaysia. Sudah semestinya di Malaysia peminatnya agak ramai jadi suasana di dalam dewan itu amat bingit berbanding di Paris. Adira Afia merenung Asy. Asy memandang Adira Afia tepat. 'Mata dia warna hazel, cantiknya' detik hati Adira Afia. "ish cepatlah orang lain pun nak tanda tangan" ujar seorang gadis yang berada di belakangnya itu. Adira Afia lantas berlalu pergi dari situ setelah mendapat tanda tangan Asy buat kali kedua. Selepas berada di situ selama 2 jam akhirnya Meet & greet itu tamat dengan lancarnya. 

Dari tadi dia hanya termenung memikirkan mata Asy yang berwarna hazel itu.Adira Afia melihat sekeliling. "Mana pulak Umai ni?" soal Adira Afia. Kawannya itu melilau kemana pulak. Adira Afia berjalan di lorong yang dia masuki di sebalik pintu tadi. "Aduh kenapalah tempat ni besar sangat" bebel Adira Afia. Sebelum mereka masuk ke dalam dewan lagi mereka sudah sesat kerana tempat itu sungguh besar dan keliru dengan tiadanya papan tanda untuk di baca. Adira Afia melihat telefonnya. "Aduh habis bateri pulak, apalah nasib aku ni" keluh Adira Afia. Mestilah bateri habis, Adira Afia dari tadi mengambil gambar Asy dan video Asy dari jauh. Adira Afia hanya berjalan dia berdoa agar dapat keluar dari situ. Ketika Adira Afia sedang berjalan dia ternampak satu susuk tubuh sedang berjalan.

"you?! Asy!?"

Bersambung.......

*************************************

mesti korang fikir lajunya sis publish chapter baru hahahah

Jangan lupa tekan bintang vote dan comment ye korang sayang korang sangat2



MYSTERIOSER MANNWhere stories live. Discover now