MYSTERIOSER MAN : 21

14 1 0
                                    

                 UMI Aira memandang Tasya yang sedang mengamuk macam orang gila. Manakala Faiq hanya berlagak selamba. Dia memicit dahinya, pening betul mendengar suara Tasya yang bingit itu.

          Tiba-tiba Umi Aira merasakan belakangnya di usap. Dia memandang tubuh di sebelahnya itu lalu tersenyum. Sejuk betul hatinya melihat keprihatinan Adira Afia. Tidak salah lagi pilihan anaknya itu.

          "Tasya kamu duduk boleh tak? Sakit telinga aunty dengar kamu membebel" Panas hatinya mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Tengku Tasya itu.

             Tasya memeluk tubuhnya itu lalu mengerling ke arah Adira Afia. Argh! Sepatutnya dia yang menjadi Isteri kepada Faiq Aisy bukan gadis yang tidak tahu mana asal usulnya!

          "But Aunty Papa Tasya mesti tak suka semua ni? You have make promised to my father and now you broke the promised!"

           Umi Aira menarik nafas sedalamnya lalu menghembus. "You listen here! Its not me that make the agreement of this marriage but Dato Ishak!" Meninggi sedikit suara Umi Aira.

          Suka hati sahaja anak dara ini mengatakan dia yang membuat perjanjian ini padahal suaminya. Suaminya itu membuat perjanjian tanpa dia tahu.

        Terdiam terus mulut Tasya yang dari tadi membebel apabila mendengar suara meninggi Umi Aira itu.

        Ha jangan main-main dengan Datin Aira, walaupun nampak lemah lembut tapi dalam diam ada singanya.

        Faiq pula hanya mendiamkan diri, malas dia hendak bercakap dengan minah Cowkit di depanya itu.

         Pada mulanya Tasya gembira kerana dapat bertemu jejaka yang bakal menjadi suaminya tapi dengan sekelip mata angan-anganya itu musnah kerana perempuan yang dia tidak tahu asal usulnya.

        Enggan berlama di situ Tasya mengambil beg tanganya untuk beredar. "Tasya balik dulu" Tanpa bersalam dia berlalu keluar dari situ.

         Umi Aira sudah tergeleng-geleng kepalanya melihat kelakuan Tasya itu. Ah apa dia kesah? Selama ini bukannya dia suka pada Tasya pun. Nak pergi mana pun pergilah! Dia tak nak ambik tahu.

         Mata Umi Aira teralih pada menantunya itu. "Menantu Umi yang cantik ni sihat?" lembut betul suara Umi Aira kepada Adira Afia.

         Adira Afia mempamerkan senyuman apabila mendengar soalan mak mertuanya itu. "Alhamdulillah Afia sihat, ish umi ni mana ada Afia cantik"

         Sebenarnya dia agak terkejut dengan berita tadi bahawa Tasya bakal menjadi isteri kepada suaminya. Jika itu yang akan berlaku dia tidak sanggup. Di jauh sudut hatinya dia berdoa agar perkara itu tidak terjadi.

        "Umi, Daddy mana? Faiq nak jumpa dia nak bincang sesuatu"

         Umi Aira memandang anaknya itu. "Daddy kamu dekat Offis belum balik lagi" Pelik pula dia bila anaknya itu hendak berbincang dengan suaminya. Selalunya dua dua macam api, tak nak mengalah.

    "Afia dengan Faiq dah makan? Umi boleh masak"

         Tersenyum lebar bibir Faiq mendengar kata-kata Uminya itu. Sungguh dia rindu dengan air tangan Uminya.

      "Umi dah cakap terus rasa lapar, Faiq rindu nak rasa air tangan Umi"

        Adira Afia memerhati dua beranak itu. "Kalau macam tu Afia nak tolong Umi, boleh?"

        Umi Aira tersenyum senang. "Eh mestilah boleh. Kalau macam tu harini Umi masak ikan patin masak lemak cili ladi"

        Kecur Air liur Faiq mendengar menu yang bakal Uminya masak. "Tak masak lagi dah terliur Faiq, ini yang tak sabar ni" ikan patin masak lemak cili padi itu memang makanan kegemaranya. Baginya air tangan seorang ibu tiada tandingannya.

आप प्रकाशित भागों के अंत तक पहुँच चुके हैं।

⏰ पिछला अद्यतन: Aug 28, 2021 ⏰

नए भागों की सूचना पाने के लिए इस कहानी को अपनी लाइब्रेरी में जोड़ें!

MYSTERIOSER MANNजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें