MYSTERIOSER MANN: 6

20 1 0
                                    

Adira Afia termenung sendiri. Betulkah apa yang dia sedang fikir? Mungkin kebetulan sahaja. Haih runsing dia. Ei kenapa dia nak fikir pasal ni. "Oii! kau ni dari tadi termenung kenapa?" Soal Umairah, risau pulak dia. Tersentak Adira Afia akibat disergah begitu. "Tak ada apalah Umai, penat je ni" kata Adira Afia. "Iyelah tu kau, dari tadi balik kau macam ni, kenapa ni? apa yang kau fikir sangat sampai kau termenung ni?" soal Umairah lagi. Risau pulak dia, tiba-tiba sahaja Adira Afia begini. "Tak ada apalah aku okay ja, kan aku kata aku penat sikit" kata Adira Afia. Dia taknak Umairah risau dan dia pasti kalau dia bagitahu pasal hal ni dekat Umairah pasti Umairah tidak percaya.

Telefon Adira Afia berbunyi menandakan meseg masuk. Adira Afia melihat telefonnya itu. "Siapa tu? buah hati Faiq ke?" soal Umairah. "Ish bukanlah, mak aku" kata Adira Afia. "Hah kenapa dengan mak kau?" Soal Umairah lagi. " Papa aku...dia dekat Icu..." kata Adira Afia yang sedang mengalami kejutan. "Ya allah"

Laju langkah Adira Afia menuju ke pintu Kemalangan dan Kecemasan. Sejuruh sahaja dia menerima berita tentang papanya dia terus bergegas ke lapagan terbang hinggalah tiba di Kuala Lumpur, dia terus bergegas Ke Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur. Dia melihat Pn.Mariana yang sedang duduk berhadapan dengan Bilik ICU (Intensive Care Unit). "Mama!" Adira Afia berlari mendapatkan Pn. Mariana. "Papa macam mana mama? dia okay tak? Doktor kata apa" Soal Adira Afia bertubi-tubi hanya keresahan yang terbit di dadanya itu. Air mata yang telah bertakung akhirnya jatuh jua. Dia tidak dapat menahan sebaknya itu. "Mama tak tahu sayang...Doktor tak keluar lagi, kita tunggu ya, dah taknak menangis macam ni, kita kena kuat demi papa, doa banyak-banyak ya" kata Pn.Mariana lagi sambil memeluk anak sulungnya itu.

Mohd Khalif mempunyai penyakit sakit jantung kronik. Papanya itu selalu berharap dengan ubat-ubatan yang telah diberikan oleh Doktor Private mereka. Adira Afia selalu berpesan kepada Papanya supaya sentiasa makan ubat dan jangan selalu lakukan kerja berat tetapi papanya itu selalu sahaja berdegil. Adira Afia resah dan risau akan kesihatan Mohd Khalif. Dia hanya mampu menunggu Doktor yang dari tadi tidak keluar dari bilik ICU (Intensive Care Unit) tersebut.

Kemudian Sekujur tubuh memapak keluar dari Bilik ICU (Intensive Care Unit) tersebut. Adira Afia dan Pn. Mariana berdiri untuk mendapatkan Doktor tersebut. "Doctor macam mana keadaan papa saya?" Soal Adira Afia jelas kelihatan raut wajah yang putih mulus itu kerisauan. "Alhamdulliah, pesakit dalam keadaan stabil, Puan dan cik tak perlu risau cuma buat masa ini dia di dalam pemantawan kami" terang Doctor tersebut. "Alhamdulillah" Adira Afia melafaz syukur bahawa papanya dalam keadaan stabil. "Terima kasih doctor, boleh kami masuk tengok suami saya?" Soal Puan Mariana. Doctor tersebut mengangguk tanda membenarkan mereka masuk untuk melihat Mohd Khalif.

"Papa!" laung Adira Afia lalu memeluk tubuh papanya itu. Seorang insan yang amat penting buat hidup Adira Afia. "Aduh! beratnya puteri papa ni"gurau Mohd khalif. Adira Afia mencebikkan bibirnya itu. "Fia selalu pesan dekat papa, jaga kesihatan papa baik-baik. Fia risaulah papa" 

"Kenapa nak risaukan papa? Papa okay ja, ha tengok ni boleh senyum lagi bercakap pun boleh" kata Mohd khalif sambil melihat puteri sulungnya itu. " Papa ni Fia risau tahu tak, kalau apa-apa jadi tadi..." sekali lagi air mata Adira Afia gugur. Dia tidak dapat tahan perasaannya itu. "Shhh...papa okay, taknaklah menangis tak cantik dah puteri papa ni" kata Mohd khalif sambil mengesat air mata anaknya itu. Puan Mariana senyum gembira bahawa suaminya itu tidak apa-apa, dan dia gembira Adira Afia sudah pulang ke Malaysia. "Amboii dah lupa mama la tu bila dah jumpa papa kesayangan dia" gurau manja Puan Mariana. "Alamak! papa mama jeles lah" kata Adira Afia pulak. "Takkan kamu tak kenal mama kamu dengan janda sebelah rumah pun mama kamu jeles" usik Mohd khalif pula. "Awak tu yang mengatal dengan janda sebelah rumah tu" kata Puan Mariana. Aikk macam merajuk sahaja mamanya itu.

"Ala tak naklah gaduh-gaduh manja Fia ada dekat sini pun nak gaduh manja" mencelah Adira Afia supaya tidak berpanjangan pergaduhan manja mereka berdua itu. "Kenapalah kamu balik Fia?" soal Mohd Khalif. "Fia nak tengok papalah, Fia risau tahu tak" kata Adira Afia lagi. Mohd Khalif mengusap kepala puterinya itu. Adira Afia anak sulungnya yang dia sayang, hanya Adira Afia yang selalu mengusiknya.

Selepas beberapa hari Mohd Khalif dimasukkan ke hospital, akhirnya dia disahkan oleh doktor sembuh seperti sediakala. Perlahan-lahan kereta yang di pandu oleh Adira Afia masuk ke dalam halaman rumah Ibu bapanya itu. Dia melihat Bunglow yang tersergam indah itu. Masih belum berubah, masih ada lagi gazebo yang dia selalu duduk sambil membaca buku. Mestilah ada, dia bukannya pergi ke luar negara selama 20 tahun. Adira Afia ketawa sendiri, rasa lucu pulak mungkin dia hanya rindu. 

Adira Afia dari tadi memeluk tubuh Mohd Khalif dan Puan Mariana, dia amatlah rindu dengan kedua ibu bapanya itu. "Kamu ni Fia dari tadi berkepit dengan Mama dan papa, pergilah masuk bilik dulu mandi, buat apa yang patut" bebel Puan Mariana. "Ala mama ni halau Fia ya" kata Adira Afia sambil menjuihkan bibirnya itu. "Merajuk pulak dia, tak adalah kamu tu pergilah mandi dah sehari di Hospital mesti melekit badan kamu tu" kata Puan Mariana lagi. "Iyalah" akur Adira Afia.Sejurus Adira Afia masuk ke biliknya telefonya itu berdering.

Assalamualaikum Fia

Waalaikumusalam Umai, kenapa kau call ni?

Oh takda apa, aku nak tanya ja macam mana papa kau sihat dah?

Sihat alhamdulillah, ni pun baru discarj dari Hospital

Baguslah kalau macam tu, tapi aku nak bagitahu kau ni

Kau nak bagitahu apa Umai?

Aku ada dekat depan rumah kau ni

What?!

Adira Afia berlari ke arah tingkapnya itu dan melihat Umairah yang sedang melambai-lambai ke arahnya itu. Adira Afia mematikan telefonya itu dan terus turun ke bawah untuk mendapatkan kawan baiknya itu. Selepas sahaja dia turun Adira Afia terus memeluk sahabatnya itu. "Bila kau sampai? tak bagitahu aku pun kan?" kata Adira Afia lalu mencubit bahu kawanya itu. "Kalau tak bukan kejutan lah"  Umairah membalas pelukan kawannya itu. 

Mereka berdua bergelak ketawa di gazebo. Menceritakan pelbagai benda. Macam tak jumpa setahun padahal baru sahaja beberapa hari. "Eh Umai, bila kamu sampai?" soal Puan Mariana yang baru saja keluar dari dapur. Tak perasan pulak dia yang Umairah datang ke rumah mereka. "Baru je aunty" Umairah menyalam tangan Puan Mariana. "Fia kenapa tak bagitahu mama Umairah datang?" Soal Puan Mariana. Ini pasti anaknya terlalu kusyuk berborak sakan dengan umairah. "Fia terlupa lah mama, seronok sangat berborak" Adira Afia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Puan Marianan sudah mengelengkan kepalanya itu. 

Faiq melihat laptopnya  itu, sambil menunggu pengumuman untuk ke pelepasan kapal terbang. Airil yang sedang duduk ditepinya itu hanya menikmati Mocha Latte yang telah dibelinya tadi. "Kau taknak pulak jumpa buah hati kau tu?" soal Faiq setelah lama berdiam. "Dia tak ada lah sebab Afia pun tak ada" jawab Airil. Dahi Faiq berkerut. Tak ada? pergi ke mana pulak mereka berdua itu? "Tak ada? kenapa pulak?" Soal Faiq yang tertanya-tanya. "Dia balik Malaysia sebab dia kata Papa Afia sakit" terang Airil lagi. "sakit? sakit apa?" soal Faiq lagi. "ish kau ni aku bukannya doktor diorang, yang kau tanya banyak sangat ni kenapa?" soal Airil pulak. Pelik pulak peragai kawannya itu, selalunya Faiq tidak akan bertanya mengenai mana-mana wanita. Iyelah Faiq ni seorang yang berhati batu dan susah untuk jatuh hati dengan mana-mana wanita.

"Kau dah fall in love dengan Adira Afia ke?"

Bersambung....

*******************************************************

okay tak cerita kali ini? maaflah kalau ade kekurangan sis akan cuba perbetulkan...

jangan lupa tekan bintang vote dan comment pandangan korang okay?

sayang korang semua

MYSTERIOSER MANNDonde viven las historias. Descúbrelo ahora