MYSTERIOSER MANN:18

30 1 0
                                    

Adira Afia memandang Airil dan Faiq. Kebingungan dia di situ. "Johor? Abang nak pergi johor buat apa? Afia macam mana?" soal Adira Afia. Takkanlah Faiq nak tinggal dia sorang-sorang kat sini. Dia taknak tinggal berseorangan, dia takut. Faiq memandang Afia.

"Mestilah Fia ikut abang, kita pergi duduk sana lah sayang. Seorang Isteri kan kena ada di sisi suami" kata Faiq kepada Afia lalu mencuit hidung isterinya itu. Tak mungkin dia nak tinggalkan Afia kerana sekarang Afia di bawah tanggungjawab dia.

"Loya tekak aku tengok korang berdrama ni, dahla aku nak balik nanti kau bagitahu aku bila kau nak pergi johor" pesan Airil kepada sahabatnya itu. 'Aleh dia berdrama dengan Umairah boleh pulak' detik hati Faiq. Sempat lagi dia mengutuk. "Iyalah aku tak lupa. Kau tu balik hati-hati" pesan Faiq pulak. Airil membalas dengan aggukan kepala dan berlalu pergi.

"Ada apa dekat Johor tu?" soal Afia. Kenapa perlu pindah hingga ke Johor? Apa yang ada di Johor? Banyak persoalan dan banyak yang dia tidak tahu tentang MYSTERIOSER MANN di depannya itu. Misteri sungguh. "Ada cinta yang telah lama terpisah dan rindu yang tidak dapat dirasa" Kata Faiq. Dahi Adira Afia berkerut. 'Cinta? Rindu? Faiq ada bini lain ke?' detik hati Adira Afia. Ha itu sahajalah pemikiran perempuan.

Faiq tersenyum. Dia tahu Afia memikirkan perkara lain. "Janganlah risau apa yang Fia fikir tu tak betul pun. Abang sayang Fia seorang sahaja" kata Faiq lagi. Afia melihat Faiq lalu mengangguk. "Nanti dah sampai sana Fia tahulah, ye sayang" kata Faiq lagi sambil mengusap pipi isterinya. Sudah terbiasa pulak dia mengusap pipi Adira Afia. Afia mengangguk lalu mencium tangan suaminya itu.

"shukraan laki zawjati liqubuli" ucap Faiq kepada Isterinya itu lalu dahi Afia dikucupnya. Dahi Adira Afia berkerut. Apa yang Faiq cakapkan? Dia hanya tahu shukraan yang bermaksud terima kasih. "Terima kasih isteriku kerana terima ku" terang Faiq kepada Afia. Dia tahu berbahasa arab pun di sebabkan Tokwannya itu tetapi sedikit sahaja. Afia mengangguk lalu senyum.

***

"Kau bertolak pergi sana tu hati-hati bagitahu suami kau bawak kereta tu perlahan-lahan, nanti jangan lupa aku pulak" kata Umairah sambil memeluk kawan baiknya itu. "iyalah nanti aku pesan. Alahh macam manalah aku nak lupa kawan baik aku ni yang aku paling sayang, aku duduk johor bukan duduk luar negara" kata Adir Afia sambil membalas pelukan Umairah. Umairah sudah tersengih.

"Tapi rindu la aku dekat kau. Nanti tak boleh nak melepak dah" kata Umairah yang sudah mula sebak. "Ala kau ni janganlah nangis nanti aku pun nangis lah" kata Adira Afia pula. Faiq dan Airil saling berpandangan.

"Wei Faiq, Perempuan memang suka buat drama ke?" soal Airil Mikael sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal. "Maybe? Entahla aku, diorang kan lebih pada emosi" terang Faiq yang sedang menyandarkan dirinya di kereta sambil menyilangkan tangannya itu. Faiq dan Airil dapat merasakan ada mata yang sedang memandang mereka berdua.

Umairah dan Afia memandang mereka dengan pandangan tajam. "Mengutuk lah tu!" kata Umairah dan Afia serentak. "Eh mana ada, abang tak mengutuk pun lah sayang" kata Faiq dan mempamerkan senyumannya itu. "Betul tu Airil tak kutuk pun umai" kata Airil pula.

"Fia jom nanti lambat pulak kita sampai johor" kata Faiq sambil melihat jam tangannya itu. Adira Afia mengangguk. "Dah sampai nanti call aku tau Fia" pesan Umairah kepada Afia. Afia mengangguk tanda mengerti.

"Faiq kau hati-hati bawak kereta, apa-apa nanti kau call je aku" kata Airil sambil menepuk bahu kawannya itu. Faiq mengangguk. "Thanks tolong aku. Aku hargai sangat-sangat" kata Faiq ikhlas. "Kau kawan aku dari sekolah menengah lagi Faiq jadi kau tak perlu berterima kasih dengan aku" kata Airil lagi. Faiq mengangguk lalu masuk ke dalam perut kereta begitu juga Afia.

Adira Afia melambai-lambai tanganya kepada Umairah. Umairah membalas lambaian Afia. 'Jaga diri kau baik-baik Fia. Aku doakan kau bahagia selalu' detik hati Umairah lalu senyum. "Umai? jom kita pergi makan" ajak Airil. Umairah mengangguk.

Afia melihat pemandangan kelapa sawit di luar tingkap. Sudah sejam sejak mereka bertolak dari rumah Faiq. "Fia okay?" soal Faiq. Dia risau kerana isterinya itu hanya berdiam diri. Afia melihat Faiq. "Apa yang ada dekat Johor tu?" soal Afia sambil memandang Faiq.

"Kan abang dah cakap nanti kita sampai Fia tahulah" kata Faiq. Matanya tertumpu pada jalan raya. "Abang bagitahu Fia cepat kalau tak..." kata Afia. "Kalau tak apa sayang?" soal Faiq sambil memegang tangan Adira Afia. "Eii abang ni dahla malas layan" kata Afia sambil memeluk tubuh lalu mengalihkan pandangannya memandang luar tingkap.

"Fia? merajuk dengan abang ye?" soal Faiq. Adira Afia hanya mediamkan diri. Malas layan. Afia memejamkan matanya. "Tak sayang abang ke? hmm takpelah" kata Faiq. Suaranya sedikit mengundur. Tetapi tiada sahutan dari Afia. Faiq memandang Adira Afia sekilas. 'laa dah tidor rupanya patutlah tak jawab' detik hati Faiq.

Setelah beberapa jam, Faiq memberhentikan kereta di depan perkarangan Rumah Bunglow. "Sayang bangun" kata Faiq yang sedang membangunkan Afia dari tidor. Afia mengosok matanya yang sedang lena tidor. "Dah sampai ke abang?" soal Afia. "Dah sayang, jom kita turun" kata Faiq. Afia melihat sekeliling lalu turun dari perut kereta.

"Assalamualaikum" ucap Faiq lalu masuk ke dalam rumah. Adira Afia mengekori suaminya itu. "Waalaikumusalam, baru sampai Faiq?" tanya suara garau tersebut. Afia melihat lelaki yang sedang berada di depan suaminya itu. Mereka berpelukan antara satu sama lain. "Haah along baru je ni, ni isteri Faiq Adira Afia. Fia ni lah Farid, along abang" kata Faiq kepada Afia yang memperkenalkan Alongnya itu.

Farid mempamerkan senyumannya lalu Adira Afia membalas. "Kak Maya mana along?" soal Faiq. 'Maya? Maya karin ke?' detik hati Adira Afia. "Ada tu ha dekat dapur tengah masak" kata Farid lalu duduk di atas sofa. Begitu juga Afia dan Faiq. Kelihatan Maya sedang menghampiri mereka yang sedang berborak. Maya dan Afia saling membalas salaman. "Faiq baru sampai ja ka?" soal Maya kepada adik iparnya itu. "Haah kak maya baru ja" balas Faiq. Afia hanya berdiam diri di tepi suaminya itu. 

"Afia boleh tolong kak maya tak? Kak maya nak sediakan minum petang" kata Maya kepada Afia. "Eh boleh kak maya" kata Afia pendek. Mereka berdua beredar ke dapur untuk menyediakan minum petang. Farid dan Faiq saling berpandangan. "Daddy dengan Umi sihat?" soal Farid kepada Faiq. "Sihat alhamdulillah..." kata Faiq. Suaranya sedikit mengundur. "Daddy marahkan Faiq kan sebab tu Faiq bawak diri sampai ke johor ni?" soal Farid kepada Adiknya itu. Faiq Aisy mengeluh. Dia hanya mampu mengangguk. "Faiq tak faham along, kenapa daddy perlu kongkong Faiq? Faiq dah besar. Boleh beza baik buruk" luah Faiq kepada abangnya itu. Selama ini dia ada melawat Farid tetapi jarang kerana sibuk dengan urusan karya bukunya itu. 

"Bersabar la faiq, jadi Faiq duduk johor terus ke?" soal Farid kepada Faiq. Farid sengaja mengubah topik kerana dia faham apa yang di rasakan oleh adiknya itu. Perkara ini juga pernah terjadi kepadanya 2 tahun lepas kepada dirinya. Dia bukan sahaja di maki hamun oleh daddynya malah tidak di akui sebagai ahli keluarga daddynya itu. 

Bersambung....

**************************************************************

Maafleh sis lama tak update idea kosong sejak menjak ni...lepastu sibuk ngan class online and assignment yang bertimbun. Even pkp class tetap ada haih.

#STAYSAFE #STAYATHOME #FIGHTCORONA19


MYSTERIOSER MANNTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang