MYSTERIOSER MANN: 14

22 0 0
                                    

Faiq Aisy mengelap peluhnya itu. Dia menuai Sawah padi kepunyaan Tokwanya itu. Peluh di dahi menitik-nitik menandakan betapa penatnya dia menolong. Sudah lama dia tidak membuat kerja sebegini, sebelum dia duduk di Kuala Lumpur Faiq selalu menolong Tokwan dan Tokma nya itu. Faiq Aisy menoleh sekilas ke arah pangkin di belakangnya, dia melihat Afia yang sedang menuang air kedalam cawan yang dibuatnya.

Dia melihat sekeliling, lalu pergi mendapatkan Afia di pangkin, Topi jerami yang berada di atas kepala di letakkan di atas pangkin. Faiq Aisy mengesat peluh yang menitik itu dengan menggunakan tuala kecil lalu melabuhkan punggung di atas pangkin. "Jemput minum awak" pelawa Adira Afia, Air teh sejuk itu dituangnya tadi diberi kepada Faiq Aisy.

"Awak?" soal Faiq Aisy, kedua keningnya itu bercantum. Dia tidak pasti kenapa Adira Afia masih menggelar dirinya itu awak sedangkan mereka sudah sah menjadi suami isteri. "Kenapa awak tengok saya macam tu?" soal Adira Afia, pelik pulak dia tengok Faiq memandangnya begitu. 

"Kenapa gelarkan diri saya ni awak, tak ada ke nama lain? Darling ke? baby ke? manja ke? kita ni dah sah jadi suami isteri" ujar Faiq Aisy, dia menghirup air teh sejuk tersebut lega sedikit tekaknya yang kering itu. Dia memandang Adira Afia. Adira Afia kelihatan anggun memakai baju kurung, macam perempuan melayu terakhir sahaja. Mungkin perempuan melayu terakhir dalam hidupnya itu.

Adira Afia mengerutkan dahinya. Biar betik dia nak kena pangil Faiq darling? baby? manja? Macam pelik je. Adira Afia mengaru kepalanya yang tidak gatal itu. Kebingungan dia sebentar. "Kenapa Fia buat muka macam tu? salah ka apa yang saya cakap?" kata Faiq Aisy lagi. "Fia tak biasalah nak berdaling,berbaby semua tu.

 Kalau abang mungkin bolehlah" ujar Adira Afia sambil memandang suaminya itu. Faiq Aisy menghadiakan senyuman kepada Adira Afia. "Abang pun boleh, janji jangan berawak awak" ucap Faiq Aisy lalu meletakan cawan itu ke bawah.

Faiq Aisy berdehem buat beberapa kali bagi membetulkan anak tekaknya. "Duduk sini tepi abang" pelawa Faiq Aisy sambil menepuk-nepuk ruang kosong disebelahnya. Adira Afia hanya mengikut kata-kata suaminya itu.

Faiq Aisy mendekatkan dirinya dengan Adira Afia. Berdegup-degup jantung Adira Afia menahan debaran itu. "Nak duduk atas riba abang pun boleh" bisik Faiq Aisy di teliga Adira Afia. Muka Adira Afia bertukar merah. "err..tak apalah Fia duduk sini je" kata Adira Afia dengan pantas.

Faiq Aisy menahan dirinya dari tersenyum. Suka dia melihat Adira Afia gelisah begitu. "Fia?" pangil Faiq Aisy sambil memandang Adira Afia. Adira Afia menyahut pangilan suaminya itu. "Fia percayakan abang? Fia takkan tingalkan abang? Walau apa pun yang berlaku?" soal Faiq Aisy panjang lebar kepada Adira Afia. Apa yang dia rasakan sekarang ini dia takut kehilangan Adira Afia itu. Ya, dia takut jika apa-apa berlaku kepada isterinya itu. Dia takut jika dia kehilanggan Adira Afia. Dahi Adira Afia berkerut. Kenapa suaminya berkata begitu. "kenapa Fia nak tinggalkan abang? kenapa pulak Fia tak percayakan abang? kalau tidak mesti Fia tak terima lamaran abang" ujar Adira Afia panjang lebar.

Faiq Aisy tersenyum menyenget. "Maksudnya Fia dah lama sukakan abang la?" soal Faiq Aisy ingin memancing. Adira Afia terdiam. Alamak! "Fia nak masuk dalam kejab" kata Adira Afia yang ingin mengelat dan pergi dari situ. Tetapi Faiq Aisy menarik Adira Afia sehinggakan Afia jatuh ke atas riba Faiq Aisy. Mata mereka bertentang lama. Ha sudah buat drama hindustan dekat kampung orang pulak! Adira Afia mengalihkan pandangannya itu. 

"Taknak tengok abang  dah ke sayang?" soal Faiq Aisy sambil jarinya itu mengusap pipi mulus Adira Afia dengan lembut. Faiq Aisy dapat mengagak yang Adira Afia sedang menahan malu. Faiq mengetap bibirnya, menahan daripada tersenyum. Suka dia mengusik Adira Afia begitu. "Geram abang tengok isteri abang ni" kata Faiq Aisy.

Cup!

Bulat mata Adira Afia merasakan sesuatu yang lembut telah berada di pipinya tadi. Terus terbangun Adira Afia dari riba Faiq Aisy. Faiq Aisy ketawa kecil. Manakala Adira Afia sudah tercengang di situ. "Lagi sekali Fia buat abang geram bukan setakat kiss je abang bagi. Tapi..." Kata-kata Faiq Aisy dibiarkan tergantung. Adira Afia memandang Faiq Aisy. "Ta..tapi?" soal Adira Afia yang tertunggu-tunggu apa yang akan dikatakan oleh Faiq Aisy. "Faiq, tolong Tokwan sat angkat bakul durian ni!"sampuk Tokwan yang sedang membuka pintu van tersebut. 

"kejab Tokwan!" kata Faiq Aisy. Dia memandang Adira Afia disebelahnya semula. "Abang pergi tolong Tokwan kejab, malam nanti kita bermanja-manja ye" kata Faiq Aisy lalu mengenyitkan sebelah matanya itu. Dia mengusap kepala Adira Afia lalu turun dari pangkin dan bergerak ke arah Tokwannya itu yang sibuk memasukan bakul ke dalam van itu. "Ber...bermanja?" soal Adira Afia. Bulu romanya mencanak naik mendengar kata-kata Faiq tadi. Seram!

Adira Afia duduk di pangkin itu bersama Tokma. Mereka berdua sibuk membuat Karipap pusing untuk Faiq dan Tokwan. Manakala Faiq sedang menolong Tokwan di dusun. "Tokma, Faiq dengan Tokwan memang suka karipap pusing ke?" soal Adira Afia yang tertanya-tanya sambil tangannya lincah menolong.

 "Tokwan dengan Faiq tu memang sukakan karipap pusing, daddy Faiq tu pun sama lagi-lagi Along Faiq tu. Dulu bila depa balik kampung selalu mintak Tokma buatkan Karipap pusing ni" kata Tokma panjang lebar. Dahi Adira Afia berkerut siapa Along Faiq? Faiq ada  Along? Pelbagai persoalan di dalam kepala Adira Afia

"Kalau kamu nak tahu depa empat beranak tu kalau nampak Karipap pusing ni tingal satu berebut nak makan" kata Tokma. Adira Afia sudah tertawa. Tak sangka pulak peragai mereka itu seperti budak-budak kecik yang berebutkan mainan. "Dulu rumah ni penuh dengan gelak ketawa depa, lepas apa yang jadi rumah ni pun dah lama sepi" kata Tokma. Tokma hanya membantu memasukan inti ke dalam doh, yang lain Adira Afia yang buatkan.

Wajah orang tua itu jelas kelihatan sedih. Apa yang jadi kepada mereka? Bertambalah persoalan di kepala Adira Afia. Adira Afia memandang Tokma lalu memeluk bahu Tokma. "Alaa, Tokma taknaklah sedih-sedih Fia kan ada Fia temankan Tokma ya?" kata Adira Afia. Entah mengapa dia terasa begitu dekat dengan Tokma. Tiba-tiba dia terasa rindu akan neneknya. Mungkin Tokma yang akan mengantikan neneknya yang telah tiada itu. Tokma tersenyum dengan gelagat Adira Afia. "Iyalah fia dah jom kita pergi masak Karipap ni, nanti depa balik nak minum petang" kata Tokma lalu mengangkat Karipap pusing yang telah siap, cuma perlu digoreng sahaja.

Tokwan dan Faiq berjalan memasuki perkarangan rumah. Mereka berdua terdengar gelak ketawa Tokma dan Adira Afia. "Tokma kamu tu dah makin rapat dengan Afia tu, seronok sakan diorang berborak" kata Tokwan. Semenjak cucunya itu datang membawa cucu menantu kelihatan isterinya itu semakin gembira. Faiq Aisy tersenyum senang, sudah lama dia tidak mendengar ketawa Tokmanya itu. Mereka berdua masuk ke dapur dari arah belakang. "Assalamualaikum" ucap Tokwan dan Faiq Aisy. "Waallaikumusalam, eh Tokwan dengan abang dah balik? duduklah Fia dengan Tokma baru habis goreng Karipap pusing ni" jawab Adira Afia lalu menghidang di atas meja. Tokwan dan Faiq mengambil tempat duduk. "Ha nah makanlah karipap pusing ni" sua Tokma kepada mereka berdua.

"Lama Faiq tak merasa karipap pusing tokma ni" kata Faiq Aisy sambil menyuap karipap pusing ke dalam mulutnya. 'aik kenapa rasa lain ni? selalunya karipap pusing tok rasa lain' detik hati Faiq Aisy. "Bukan Tokma yang buat, ni ha isteri kamu ni yang buat" kata Tokma pula. "Eh? Tokwan tak tahu pulak kamu pandai buat karipap pusing? susah budak muda sekarang nak pandai buat ni" kata Tokwan pulak. Faiq Aisy mengedipkan matanya seperti tidak percaya. Afia yang buat karipap pusing ni? Adira Afia tersenyum. "Tak adalah tokwan, dulu arwah nenek yang ajarkan sebab tu Fia tahu buat karipap pusing ni" terang Adira Afia panjang lebar.

"Ohh iya ka, ha Faiq tak payah nak risau dah la boleh dah suruh Fia masakan untuk Faiq" kata Tokwanya pula yang sudah beberapa kali menyuap karipap pusing itu ke dalan mulutnya itu. "Nanti abang minta sahajalah mesti sayang buatkan untuk abang kan?" kata Faiq Aisy sambil memandang Adira Afia. 'Ish boleh pulak dia bersayang-sayang depan tokwan tokma pulak' detik hati Adira Afia.  Adira Afia menjeling Faiq Aisy sebagai tanda amaran.  Faiq Aisy mengetap bibirmya, dia menahan dirinya daripada tersenyum. 

Bersambung.....

******************************************

kalini sis bagi panjang sikit hehe

Jangan lupa tekan bintang vote dan comment tau


MYSTERIOSER MANNUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum