MYSTERIOSER MANN: 7

16 0 0
                                    

Faiq baring di atas katilnya setelah dia sampai di rumahnya. Badannya keletihan dan matanya berat. Dia perlukan rehat buat sementara waktu. Mata Faiq terpandang sesuatu, kemudian mengalihkan pandangannya kembali. Telefonnya berdering lalu dia mengangkatnya apabila melihat nama yang tertera. "Assalamualaikum umi" ucap Faiq. "Waalaikumusalam, anak umi bila nak balik ni? tak rindukan umi ke?" soal uminya itu. Umi Aira ialah ibu kepada Faiq yang telah menjaga Faiq dari kecil lagi. 

"Mestilah Faiq rindukan Umi, Umi sihat?" soal Faiq pulak. Umi Aira sudah mengagak Faiq pasti akan mengelak soalannya itu. "Umi sihat alhamdullillah, kamu mengelak soalan Umi ke Faiq?" soal Umi Aira itu. Faiq mengeluh, dia bukannya ingin mengelak cuma dia penat ditanya dengan soalan yang sama. "Tak apalah Faiq, Umi tak paksa kamu Umi cuma rindukan anak Umi ini sahaja" kata Umi Aira lagi.

"Nanti Faiq melawat Umi okay?" kata Faiq lagi. Dia bukannya tidak mahu balik cuma setiap kali balik pasti dia dan Daddynya itu bertekak. Dia cuma tak faham kenapa daddynya ingin memaksa setiap perkara yang dia tidak mahu. Daddynya itu tidak fahamkah dengan  dirinya itu. Dia tidak mahu mengambil alih syarikat daddynya itu, kenapa mesti dia? "Faiq rumah ni pun rumah kamu, kamu boleh tinggal di sini" pujuk Umi Aira lagi. 

Sungguh dia rindu dengan Faiq. Dia tahu suaminya sentiasa mendesak anak terunanya, itu yang membuatkan Faiq memberontak. "Tak apalah Umi, Faiq ada hal ni nanti kita borak lagi ya, assalamualaikum" ucap Faiq. "Iyalah, waalaikumusalam" jawab Umi Aira. Faiq mematikan telefonnya dan meraup mukannya itu lalu mengeluh. 'Maafkan Faiq umi' detik hati Faiq yang penuh rasa serba salah.

Selepas sahaja Faiq menunaikan solat, dia melihat bungkusan yang terletak rapi di atas meja. Dia mengambilnya lalu membuka terdapat secebis nota dan buku. Belum sempat dia membuka nota tersebut telefonnya berdering. Haih sapa pulak yang telefon malam-malam begini, baru sahaja dia hendak berehat. Dia melihat gerangan yang menelefonnya itu. "Ceh menganggu aku ja kerja kau" kata Faiq lalu mengangkat pangilan tersebut. 

"Assalamualaikum Airil, kenapa Airil kau telefon aku malam-malam ni?" soal Faiq. "Jom keluar Faiq pergi lepak?" kata Airil. "Kau tak penat ke Airil baru je balik harini?" soal Faiq lagi. Dia tak faham dengan kawannya satu ini, selalu sahaja keluar. "Alah kau ni jomlah lagipun aku ajak umairah keluar sekali" kata Airil lagi. Sejurus sahaja nama umairah keluar dia teringat akan Adira Afia. 'Afia mesti ada sekali' detik hati Faiq.

Dia tidak tahu kenapa dia tertarik dengan Adira Afia. Wajah gadis itu putih mulus dan ayu, mata gadis itu jugak menawan, rambut yang panjang ikal mayang dan senyuman gadis itu membuatkan dia teringat akan gadis itu. "So kau nak ikut tak ni?" soal Airil dari sebelah sana. Penat pulak dia menungu jawapan Faiq ni. "Yelah-yelah aku ikut, jumpa dekat mana ni?" soal Faiq kepada Airil. "Nanti aku hantar location" kata Airil lalu mematikan telefonnya. "Ceh dia tutup macam tu ja" kata Faiq. Dia bersiap-siap untuk keluar.

Faiq menghirup orange juice sambil melihat telefonnya. Dia bosan, kenapalah dia bersetuju untuk ikut. Niat dihati untuk berjumpa dengan Adira Afia tetapi Adira Afia tiada yang ada sekarang ini adegan bersemut dua orang yang berada di depannya itu. "Faiq kau okay tak ni? diam sahaja" soal Airil. "Aku penat sikit baru sampai Malaysia harini kan, tak apalah Airil aku nak balik aku dah mengantuk ni" kata Faiq yang sudah bangun dari bangkunya. "Betul ni Faiq?" soal Airil lagi. Faiq mengangguk lalu berlalu pergi. 

Faiq memapak masuk ke dalam rumah yang tersergam indah itu. "Assalamualaikum, Umi?" ucap Faiq. "Waalaikumusalam, anak Umi" sahut Umi Aira lalu memeluk anak terunanya itu. Faiq membalas pelukan Umi Aira. "Anak ibu sihat?" soal Umi Aira. "Sihat ja Umi, baru semalam Umi telefon Faiq" kata Faiq lagi. "Baguslah kamu datang, Umi dah masak ni" kata Umi Aira lagi. Mata Faiq melihat sekeliling mencari seseorang. "Daddy mana Umi?" soal Faiq. 

"Kejab lagi daddy kamu baliklah tu, dah duduklah makan" pelawa Umi Aira. Sejurus sahaja Faiq duduk, Ishak masuk kedalam rumah. "Assalamualaikum" ucap ishak. "Abang dah balik? tengok ni sapa datang" sambut Umi Aira lalu mengambil beg kerja dan kot suaminya itu. Ishak melihat anaknya sekilas lalu duduk di meja makan. 

Faiq menyalam tangan daddynya itu. Ishak menyambut acuh tak acuh. "Kamu bila balik?" soal Ishak kepada Faiq. "Malam semalam daddy" jawab Faiq. "ingatkan kamu dah lupa jalan balik ke rumah ni" sinis sahaja kata-kata Ishak itu. Dia cuma geram dengan anaknya itu suka sahaja memberontak. "Faiq tak lupa daddy" jawab Faiq. 'Gunung dah nak meletop' detik hati Faiq. "Bila kamu nak uruskan Syarikat daddy? daddy ni dah tua tak ada sapa nak gantikan daddy" kata Ishak. "Daddy Faiq tak minat kerja tu, Faiq..." kata kata Faiq terhenti.

 "Penulis buku tu jugak kau nak jadi! Berapa sangat duit yang kau dapat dari buku-buku yang kau terbitkan tu!" tengking Ishak. Faiq mengeluh, dia sudah dapat mengagak daddynya akan berkata begitu. Itulah rutin daddynya setiap kali dia balik ke rumah kedua ibu bapanya itu. "Along kan ada! kenapa Faiq jugak kena uruskan semua ni?!" kata Faiq pulak. Suasana tegang dengan pergaduhan dua beranak itu.

"Kau jangan nk sebut pasal budak tu! aku tak mengaku dia anak aku!" pekik Ishak pulak. "Abang! sudah-sudahlah tu! Faiq ni baru ja balik, abang dah soal macam-macam" kata Umi Aira cuba menenangkan suasana yang tegang itu. "Umi, Faiq balik dulu" kata Faiq lalu menyalam dan mencium tangan Uminya itu. "Faiq nak pergi mana? makanlah dulu" kata Uminya. "Maafakan Faiq, nanti Faiq datang lagi" kata Faiq dan berlalu keluar dari situ.  "Hah baguslah cakap sahaja lari" kata Ishak lagi.

"Abang tengok apa abang dah buat! Faiq baru ja balik sini abang dah cakap macam-macam" marah Umi Aira kepada Suaminya. " Anak awak tu yang degil, keras kepala" kata Ishak pula. "Abang dengan Faiq tu dua kali lima sahaja, sudahlah  malas saya nak layan abang" kata Umi Aira dan berlalu pergi. Ha sudah dua dua merajuk dengannya.

Faiq meraup mukanya di dalam kereta, dia tertekan tidak tahu hendak berbuat apa. Dengan daddynya yang memaksa dirinya. Ia dia ialah Asy yang orang sebut-sebutkan seorang lelaki yang mempunyai Sijil Master dalam bidang Arkitek dan business yang telah dipaksa oleh ayahnya. 

'Ya allah, bantulah hambamu ini' detik hati Faiq. Hanya dia yang dapat membantu bagi menempuhi segala ujian ini.

Bersambung.....

*****************************************

Terima kasih sudi baca cerita sis, sis hargai sangat2. sayang korang sangat-sangat

Jangan lupa tekan bintang vote dan comment segala pendapat, sayang korang sangat2

MYSTERIOSER MANNحيث تعيش القصص. اكتشف الآن