MYSTERIOSER MANN : 9

15 2 0
                                    

"You! Asy?!" jerit Adira Afia. Bergema lorong itu dengan suara jeritan Adira Afia. Lelaki itu dengan pantas menutup mulut Adira Afia. Adira Afia bersandar di dinding akibat ditolak oleh Lelaki tersebut. Mata mereka berdua bertembung. "Shhh Afia janganlah bising" Katanya itu supaya tiada siapa-siapa yang mendengar. Adira Afia mengalihkan tangan lelaki tersebut. "Faiq? Awak Asy?" soal Adira Afia. Faiq mengeluh. Kenapalah dia cuai sangat? Faiq mengangguk mengiyakan apa yang di soal oleh Adira Afia. "Dont you ever tell anybody about this" kata Faiq dengan tegas memberi amaran. Adira Afia melihat Faiq lalu mengangguk.

Mereka berdua berjalan bersama-sama. Adira Afia tidak berhenti melihat Faiq. Dia sekarang ni rasa keliru, happy, gementar. "Kenapa tenung aku macam tu? happy dapat jumpa aku?" soal Faiq kasar. Dahi Adira Afia berkerut. Kenapa Faiq berubah begini. "Faiq kenapa dengan awak ni? tiba-tiba nak berkasar dengan saya?" soal Adira Afia. Pelik dia dengan peragai Faiq. Faiq lagi sekali mengeluh. "Sorry, saya tak patut cakap macam tu" kata Faiq. "Awak tak payah lah risau, saya bukannya jenis perempuan yang suka ambik kesempatan orang dan ambil tahu pasal orang" kata Adira Afia dan melajukan langkahnya itu. Lagi sekali Faiq mengeluh. 'Kenapalah kau cakap macam tu Faiq? Bodohnya kau!' detik hati Faiq. "Afia...Afia tunggu!" pangil Faiq dan mengikuti Adira Afia. Adira Afia mengendahkan pangilan Faiq, dia tidak berhenti dari melangkah. Faiq menarik pergelangan tangan Adira Afia. Mata mereka bertembung lagi sekali. "Im sorry, i should not talk to you like that, please forgive me" rayu Faiq kepada Adira Afia.

Dia tak nak Adira Afia membencinya. Dia tidak sengaja berkata begitu mungkin dia risau kerana identitinya telah terdedah. "it okay, saya tahu awak tak sengaja" kata Adira Afia sambil mempamerkan senyumannya itu. Jelas kelihatan di wajah Faiq bahawa dia berasa lega. Adira Afia sekarang ini sedang terkelu dia tidak tahu ingin mulakan percakapnya. Dia sudah tidak bersuara hanya sepi menemani mereka berdua. Setelah sekian lama mereka berjaya keluar dari bagunan tersebut. "Afia! kau pergi mana puas aku telefon kau tak dapat" soal Umairah yang kelihatan cemas. Matanya menatap seseorang yang berada di sebelah Adira Afia.

"Eh Faiq?" tegur Umairah. " Aku sesat tadi Umai lepastu terserempak dengan Faiq, nasib baik Faiq ada kalau tidak dah kemana aku" kata Adira Afia lagi. 'dan aku dapat tahu siapakah Asy' detik hati Adira Afia sambil melihat Faiq sekilas. "Nasib baik kau terserempak dengan Faiq, Terima kasih Faiq" kata Umairah kepada Faiq. "sama-sama" ucap Faiq lalu memberikan senyuman. "Umai jom balik aku letih la, kitaorang balik dulu ye Faiq" kata Adira Afia lalu menarik lengan Umairah. Faiq mengangguk.

Faiq baring di atas katilnya. Dia meraup mukannya itu lalu mencapai telefon bimbitnya. Dia berpikir patutkah dia whatsapp Adira Afia. "Arghh! tensionnya!" kata Faiq. "Okay relax Faiq control yourself" kata Faiq untuk menenangkan dirinya, Nanti tak pasal-pasal jiran kata dia gila. Faiq menghantar pesanan meseg kepada Adira Afia.

Faiq Aisy
Assalamualaikum Afia, dah tidor ka tu?

Adira Afia

Waalaikumusalam Faiq, belum lagi kenapa ni?

Faiq Aisy

Tak ada apalah, saja nak tanya khabar awak

Adira Afia

Iya ka? ke nak beri amaran dekat saya?
jangalah risau saya tak bagitahu sapa-sapa pun

Faiq terdiam seketika. Betul apa yang dikatakan oleh Adira Afia. Apa yang hendak dia risaukan, Faiq pasti Adira Afia seorang gadis yang baik dan sopan santun. Dia tahu itu apabila mendengar cara Adira Afia bercakap dengannya walaupun kejadian petang tadi.

Faiq Aisy

Eh taklah saya percayakan awak, saya nak cakap sesuatu dekat awak ni

Adira Afia

Awak nak cakap apa?

Faiq Aisy

Thanks for the give that you give me in Meet & Greet at Paris,

I love it so much

Manakala di sebelah sana muka Adira Afia sudah bertukar merah. Malunya dia! ya allah.

Adira Afia

Sama-sama...

Faiq Aisy

Afia saya nak ajak awak keluar besok boleh?

Adira Afia

Untuk apa Faiq?

Faiq Asy

Untuk kenal awak lagi,

saya pasti awak pun banyak soalan yang nak tanya dekat saya

Setelah lama Adira Afia berdiam diri akhirnya dia bersetuju. Selepas sahaja mereka berborak, pangilan dimatikan. Faiq tersenyum sendirian, mungkin benar kata Airil mungkin dia sudah jatuh cinta dengan Adira Afia. Faiq kembali menatap telefonnya, dia kembali melihat pesanan mesegnya bersama Adira Afia. Dia kembali tersenyum, angaukah dia?

Faiq bangun dari pembaringnya dan menuju ke laptonya itu lalu menyambung penulisan yang tergendala. Pada waktu ini dia perlu fokus untuk mengeluarkan buku yang ke-9nya itu. Faiq ralit menaip tulisannya di laptop sehinggakan tidak sedar waktu telah menginjak ke pukul 12 malam. "Laa dah 12 malam dah" kata Faiq. Dia menutup laptopnya itu dan bergerak ke katilnya. Matanya sudah terasa berat.

Adira Afia dan Faiq tidak bersuara, hanya suara dari corong radio sahaja kedengaran di dalam kereta Faiq itu. Faiq yang menjemput Adira Afia dari rumah kedua ibu bapanya Adira Afia. Sehingga Mama dan Papa Adira Afia menyoal Adira Afia dengan bermacam-macam soalan. Siapa lelaki itu? Boyfriend kah lelaki itu?

"Saya susahkan awak sahaja Faiq" kata Adira Afia yang serba salah kepada Faiq. "Tak susah pun Afia, perkara kecil ja ni" kata Faiq kepada Adira Afia.Faiq memandang Adira Afia sekilas. Comel sahaja orangnya, bertubuh kecil dan mempunyai wajah ayu. "Faiq nama penuh awak apa?" soal Adira Afia yang akhirnya bersuara setelah sekian lama mendiam. "Nama penuh Faiq Aisy, umur 28" kata Faiq yang memperkenalkan dirinya. Dia ingin ketawa, ketika ini dia terasa lucu kerana pertama kali mereka berdua bertemu tidak pernah mereka memperkenalkan diri dengan sebetulnya. "Afia,awak tak rasa benda ni lucu ke?" soal Faiq kepada Adira Afia.

Adira Afia memandang Faiq. "benda apa yang lucu?" soal Adira Afia pula. "Iyalah kita dah lama berborak dari paris lagi tapi tak pernah bertanya tentang diri masing-masing, nama, umur" terang Faiq kepada Adira Afia yang kelihatan bingung. "Eh haah, betul lah" kata Adira Afia yang telah tersedar. Betul juga kata Faiq, mereka berdua belum lagi berkenalan secara rasmi. Mereka berdua saling berpandangan dan akhirnya meletus ketawa mereka di dalam kereta itu. Kalaulah orang di luar nampak mereka bergelak ketawa sebegitu pasti mereka akan mengelar mereka berdua gila.

Mereka berdua berborak dengan rancak tanpa sedar waktu yang hampir tiba malam. Ketika ini Faiq merasakan mereka berdua semakin rapat, mungkin ada sebabnya dia dan Adira Afia terserempak pada hari tersebut. Itu yang membuatkan mereka berdua semakin rapat. Mereka berdua sedang berjalan di Formasi Air Pancut Muzikal Taman Simfoni Suria KLCC. Mereka berdua menikmati pemandangan Malam yang bercahaya di Air pancut tersebut yang berada betul-betul di depan Menara berkembar petronas.

Faiq melihat Adira Afia yang sedang menikmati pemandangan tersebut. Dia dengan berani menyelit rambut Adira Afia ke belakang telinga Adira Afia. Adira Afia terkaku dengan tindakan Faiq. Mukanya bertukar merah. Hati Adira Afia berdebar-debar. Apa yang sedang dia rasakan sekarang ini?

Bersambung.....

*************************************

macam mana bab kali ini? menarik ke idok?

Jangan lupa tekan bintang vote dan comment, segala pandangan korang penting buat sis untuk sis teruskan cerita ini dan memberi semangat kepada sis, sis sayang korang!

MYSTERIOSER MANNWhere stories live. Discover now