MYSTERIOSER MANN: 10

14 0 0
                                    

Umi Aira menghirup air kopi yang baru sahaja diletakkan oleh orang gaji di atas meja tadi. Setelah itu pandangan dihulur ke arah Datin Rosma yang baharu sahaja keluar dari perut kereta mewah BMW X7. Dengan itu satu senyuman dihadiahkan kepada Datin Rosma. Agak lama juga tidak bertemu dengan wanita itu kerana Datin Rosma sibuk dengan perniagaanya itu. Jadi masa agak terhad untuk mereka bersembang seperti dulu kerana Datin Rosma kadang-kadang sampai 2 bulan tidak berada di Malaysia.

"Hai Rosma, tak cakap pun dekat i you nak datang sini?" Soal Umi Aira kepada Datin Rosma. "Hai, you sihat Aira? I lama tak datang sini. I sibuk sangat sekarang ni. Biasalah, lepas balik dari Meldives bulan lepas i terus pergi Italy sebab nak uruskan apa yang patut. Ala, i saja nak jenguk you lama sangat kita tak jumpa. Lagipun, dekat sana ada majlis lelong secara besar-besaran. Rugi pulak you tak datang. So, you sorang je ke dalam rumah ni?" Soal Datin Rosma sebaik sahaja bersalaman dengan Umi Aira. Pipi Umi aira dicium tanda kerinduan yang amat sangat dengan Umi Aira.

"Semenjak I lama tak melawat you, you makin cantik pulak sekarang ni" seloroh Datin Rosma lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Umi Aira yang sedang menghadap Taman mini. "I sihat je Rosma, Ala, you ni apa kurangnya lagilah lawa. Si suami pun mesti makin sayang dekat you. Wanita berjaya lagi Eh, you nak air apa? i panggilkan bibik buatkan air untuk you" kata Umi Aira sambil menghirup air kopi tersebut.

"Tak payah la. Terima kasih. I datang pun tak lama Aira. Saja datang sebab nak tengok you. Mana anak bujang you yang segak tu?" soal Datin Rosma yang menayakan tetang Faiq Aisy. "Macamlah you tak tahu dia dengan daddy dia tu tak pernah bersependapat. Yang suami nak anak ambik alih syarikat, yang anak nak kejar cita-cita sendiri, i pulak nak bermenantu" Gumam Umi Aira sehingga membuatkan Datin Rosma ketawa kecil.

"Biasalah tu you, darah muda mestilah diorang memberontak, eh i dengar ishak nak gadingkan anak Tengku Hisyam, si Natasya tu dengan Faiq betul ka?" soal Datin Rosma kepada Umi Aira ingin mendapat kepastian. "Betul lah tu, suami i dia nak gadingkan dengan anak kawan dia tu, tapi selagi Faiq tak nak amik alih syarikat suami i selagi tu lah diorang tak bersama" kata Umi Aira lagi. "Tapi Faiq tak kesah ke? yelah anak you tu mesti tak setuju dengan Ishak, suruh dia amik alih syarikat pun dia tak nak, apatah lagi nak khawin dengan orang yang dia tak kenal" kata Datin Rosma.

"You tahu kan peragai suami i, dia akan buat apa sahaja untuk buat Faiq setuju" kata Umi Aira lagi. Dia pun pening memikirkan peragai suaminya itu. Disebabkan anak sulungnya Farid berkhawin dengan bukan pilihan hati Ishak. Suaminya itu sanggup menghalau Farid dari hidup mereka, dan menjauhkan hubungan adik beradik di antara Farid dan Faiq.

"Ishak tak habis-habis nak tentukan hidup anak-anak you. Tak rasa terkongkong ke mereka tu? Hmm, nervermind. I pun taknak masuk campur urusan family you. Kalau i, i biar ja anak-anak i cari calon isteri diorang, iyalah anak-anak i kan dah besar dah pandai tahu beza mana elok dan tak elok, diorang yang nak berkhawin bukan i " kata Datin Rosma diselit dengan perli. "Eh you ni perli ishak ya?" kata Umi Aira seperti dapat menghidu apa yang dikatakan Datin Rosma. Datin Rosma ketawa kecil. "Ala, you ni gurau sikit pun tak boleh" kata Datin Rosma lagi.

"Oh ya, nanti kalau anak you nikah jangan lupa jemput i tau." kata Datin Rosma lagi. "Mestilah jemput you Rosma. Siapa lagi nak datang rumah I kalau tak you. Takkan i lupa you dah pulak" kata Umi Aira sambil mempamerkan senyumannya itu. "Eh, jemputlah minum Rosma" pelawa Umi Aira. "You ni susah-susah jer" kata Datin Rosma sambil menghirup air kopi yang telah dibuat oleh bibik Umi Aira.

"Faiq jangan nak berdegil dengan daddy! Daddy tak kira daddy nak kamu amik alih syarikat daddy dan berkhawin dengan Natasya!" Tengking Ishak kepada Faiq. Faiq menyesal balik ke rumah atas alasan Uminya sakit tapi lain yang jadi. "Faiq kata Faiq taknak, taknaklah!" marah Faiq. Dia bukan berniat untuk melawan daddynya itu. Tapi dia juga mempunyai hak untuk tentukan hidupnya sendiri. "Kalau Faiq berdegil, daddy akan dedahkan Identiti Faiq!" ugut Ishak kepada anaknya itu. Faiq memandang Ishak. Giginya diketap geram dengan rasa benci yang lagi membuak-buak. Kenapa daddy nak memaksanya? kenapa daddy nak mengugut dia!

"Kenapa daddy nak paksa Faiq? Kenapa nak ugut Faiq! Faiq dah besar ada hak nak tentukan masa depan Faiq,dan siapa yang akan menjadi isteri Faiq!" bentak Faiq dengan rasa tidak puas hati. "Faiq jangan macam ni sayang, dengar dulu apa yang daddy nak cakap" pujuk Umi Aira untuk melembutkan hati Faiq. Mungkin dengan cara begitu Faiq akan bersetuju. "Why me? Kenapa Faiq Umi? Tak layak ke Faiq untuk tentukan hidup Faiq? Kenapa nak Kongkong Faiq" Soal Faiq bertubi-tubi kepada Umi Aira.

Umi Aira berasa simpati, dia tidak dapat lakukan apa-apa. Suaminya itu begitu degil."Daddy tak kira, you have to take over my company and married Natasya! or Daddy akan dedahkan Identiti kamu!" kata Ishak dengan tegas tanpa mempeduli apa yang dirasai oleh Faiq. Dia dikawal oleh rasa marahnya dan ego.

"Suit yourself"Jaket kulit dan kunci kereta yang terdampar di atas meja itu terus disambar dan dia berlalu pergi dari situ dalam keadaan marah"Faiq! come back in here! im not done talking to you! Jangan cabar daddy!" tengking Ishak kepada Faiq yang sedang berlalu pergi dari pandanganya itu.

Faiq menghentak tanganya di setereng kereta berkali-kali.Dia mempedulikan rasa sakit yang terasa di tangannya itu. Baginya sakit di tangganya itu tidak setara dengan sakit dihatinya. Dia rasa serabut. Marah terhadap daddynya begitu tinggi. Faiq meraup mukannya berkali-kali. Apa yang perlu dia buat sekarang ni? 'Ya Allah, bantulah hamba mu ini' detik hati Faiq. Jatuh Air mata jantannya itu, hatinya terasa sebak kerana di uji sebegini. Telefonnya berdering dengan tiba-tiba lalu Faiq mengangkat pangilan tersebut.

"Faiq..tolong.."

Bersambung....

************************************

Maafkan sis kalau ada serba kekurangan dalam cerita ni, harap korang menikmati baca cerita sis ni...sayang korang

Jangan lupa tekan bintang vote dan comment segala pendapat korang syg korang sangat-sangat

MYSTERIOSER MANNWhere stories live. Discover now