MYSTERIOSER MANN: 15

19 2 0
                                    

Sudah beberapa hari Faiq dan Afia balik ke Kuala Lumpur, Adira Afia sekarang ini sedang berada di dalam bilik Faiq. Dia  melihat suaminya itu yang sedang menghadap laptopnya itu. Adira Afia menghampiri Faiq Aisy dengan perlahan. Dia ingin megintai penulisan lelaki itu. Mana tahu boleh tengok karya suaminya itu sebagai Asy. Faiq mengerling ke sebelahnya itu. Dia tersenyum, dia tahu isterinya itu ingin mengintai apa yang ditulisnya untuk buku seterusnya itu. Iyelah Adira Afia kan peminat setianya.

Kaki Adira Afia terjengket-jengket ingin melihat apa yang ditulis oleh Faiq Aisy. Tetapi dia tidak dapat melihat kerana kepala Faiq menghalang pandangannya itu. 'ishh kepala Faiq ni, kejap kekanan kejab ke kiri duduk la diam-diam' detik hati Adira Afia. Faiq memusingkan badanya dan menghadap Adira Afia. Terkejut dia apabila Faiq memusingkan badannya itu. "Fia buat apa kat belakang abang ni?" soal Faiq sambil menarik lengan Adira Afia lembut menghampiri dirinya itu lalu mendudukan Adira Afia di atas  ribanya itu. "Err...nak tengok abang buat penulisan tu untuk buku abang yang seterusnya" kata Adira Afia. Dia menelan air liurnya tekaknya tiba-tiba terasa kering.

Kening Faiq Aisy terangkat. "Kan abang kata rahsia, nanti Abang dah siap dan dah masuk ke pasaran abang bagi dekat Fia" kata Faiq Aisy sambil menyelit rambut isterinya yang terjuntai itu. "Sekarang abang nak..." Faiq Aisy tersenyum nakal. "nak air? Fia pergi buatkan" selit Adira Afia. Dia sudah seram sejuk melihat Faiq Aisy yang sedang tersenyum ke arahnya begitu. Faiq Aisy mengeleng. Faiq mencium pipi mulusnya itu dan turun ke leher jinjang isterinya itu. Manakala Adira Afia sudah tercegang. Dia sudah tidak tahu apa yang perlu dia lakukan lagi. Faiq ketawa nakal. "wangilah sayang malam ni, geram abang" kata Faiq Aisy lalu mencuit hidung Adira Afia.

Dia mendukung tubuh kecil Adira Afia lalu bergerak ke arah katil mereka berdua. 'Ya Allah, kau selitkanlah kebahagian di dalam rumah tangga kami supaya berkekalan selama-lamanya' detik hati Adira Afia.

(Ha sampai situ je sis tak pandai nak buat)

***

Umi Aira sedang membelek majalah yang berada di tanganya itu. Matanya teralih apabila memandang kereta jenama Honda itu berhenti di depan rumahnya itu. Kelihatan seorang gadis yang berambut panjang dan berpakaian kemas yang telah keluar dari perut kereta itu.

"Assalamualaikum umi, umi sihat?" soal gadis itu. Umi Aira mempamerkan senyumannya itu. 'Budak ni lagi' detik hati Umi Aira. Kalau tak kerana di fikirkan orang di depannya itu anak kepada kawan suaminya dah lama dia halau keluar. "Waalaikumusalam tasya, umi sihat sahaja. Tasya dari mana ni?" soal Umi Aira sambil memandang Tasya.

"Oh, Tasya dari spa tadi" kata Tasya, matanya melihat sekeliling mencari seseorang. "Dia tak ada Tasya, dah berapa minggu dia tak datang sini" kata Umi Aira lagi. Sejak beberapa minggu ini Tasya selalu sahaja datang ke rumahnya semenjak suaminya memberi gambar anak lelakinya itu kepada Tasya.

"Ala Umi bila Tasya dapat tengok dia? Bila Tasya nak kenal dengan anak umi tu?" kata Tasya mengada. Setelah dia lihat gambar Faiq Aisy yang kacak itu terus dia bersetuju untuk berkhawin dengan Lelaki itu. Baginya lelaki itu sempurna, kacak, pandai bergaya dan paling penting berharta. Lagipun sesuai la dengan dirinya itu. Tasya seorang model terkenal dan Faiq bakal ceo. Senang la hidup dia nanti masa depan pun terjamin. Tasya sudah tersenyum-senyum membayangkan semua itu.

Umi Aira mengeleng-gelengkan kepalanya. 'Nak dapat bakal menantu pun gila' detik hati Umi Aira. Umi Aira bangun dari duduk. "Eh, Umi nak pergi mana?" soal Tasya kepada Umi Aira setelah nampak Umi Aira ingin memasuki ke dalam rumah. "Umi nak solat zohor, jom solat sekali dengan umi" ajak Umi Aira sambil memandang Tasya.

Tasya melihat Umi Aira. Dia? solat?Tasya menelan air liurnya, tekaknya itu berasa kering. Ambil wuduk pun dia tidak pandai apatah lagi hendak Solat.

"Er..Umi tak apalah Tasya baru teringat Tasya ada hal penting nak selesaikan, Tasya solat di rumah sahaja" tipu Tasya kepada Umi Aira.

"Tasya pergi dulu ya umi Assalamualaikum" ucap Tasya sambil menyalam tangan Umi Aira lalu menghadiahkan senyuman. Dia beredar dari situ dengan terburu-buru.

Umi Aira membalas salamnya itu lalu melihat kereta Tasya yang berlalu pergi dari pandangan matanya.

"Haih, ajak solat pun dah tolak apatah lagi nak masuk dapur nanti? kebulur la anak aku" kata Umi Aira dan berlalu ke dalam rumah untuk menunaikan kewajipannya sebagai seorang Islam.

Selepas sahaja Tasya beredar dari rumah Bakal mak mertuanya itu. Dia bergegas ke rumah kawan baiknya iaitu Eliza.

"Ha kau kenapa datang rumah aku ni? bukan kau kata nak pergi rumah bakal mak mertua kau tu?" soal Eliza kepada Tasya yang belum menjejakan kaki untuk memasuki ke dalam rumah Eliza.

"Eii kau ni bagi lah aku masuk dulu" kata Tasya lagi lalu masuk ke dalam rumah kawannya itu. "Sorry, aku terkejut je  dekat sini" kata Eliza lagi

"Mak mertua aku tu la ajak aku solat, terus aku cakap aku ada hal nak kena selesaikan" terang Tasya lalu duduk di atas sofa.

"Lah apa salahnya mak mertua kau ajak kau solat, baguslah tu. Kau sebagai menantu kena tunjuk sifat yang baik" nasihat Eliza kepada kawannya itu.

"Gila ka kau? aku ni ambik wuduk pun aku tak pandai apatah lagi nak solat" kata Tasya sambil menjeling Eliza yang berada di sebelahnya.

"Eii kau ni sekurang-kurangnya belajar lah, sejahil-jahil aku aku tetap solat tahu tak" terang Eliza kepada kawan baiknya itu.

"Ish dahla cair taik telinga aku dengar kau ceramah. Lagi satu asal rumah kau ni panas sangat? Kau tak pasang Aircond ka?" kata Tasya sambil mengibas-ngibas mukannya yang terasa dengan kepanasan itu.

'eh eh kau ni demand lebih pulak, nasib kawan aku kalau tak dah lama aku tunjal kepala kau tu Tasya' detik hati Eliza yang sedang memaki hamun orang yang berada di depannya itu.

"Panas betulah rumah kau ni Eliza! berpeluh-peluh aku" kata Tasya lagi. Dia seperti cacing kepanasan. "Eii kau ni mengada betul aku tunjal kepala kau tu baru kau tahu sabarlah aku baru ja bukak Aircond tu" herdik Eliza yang sudah tidak tahan dengan mulut bising Tasya itu. Tasya menjeling Eliza itu.

'Bila lah aku dapat jumpa bakal suami aku tu' detik hati Tasya.

Bersambung....

*************************************
Alamak tasya? haih cemana ni eh? korang rasa Tasya with Faiq or Afia with Faiq?

jangan lupa tekan bintang vote dan comment segala pendapat

MYSTERIOSER MANNWhere stories live. Discover now