MYSTERIOSER MANN : 2

44 6 0
                                    

Adira Afia melihat account instagramya itu. Dan dia memandang post terbaharu Asy. "Wei! Umai! Umai!" Jerit Fia sambil berlari ke bilik Umai. "Ehhh, kau kenapa ni? Terjerit-jerit...jiran marah kita nanti" tegur umai. Pelik pulak peragai kawannya ini...Selalunya kalau peragai Afia macam ni mesti sebab...

"Umai Asy! Dia ada kat sini! Dia ada kat paris weii!" Kata Afia yang teruja. Mestilah dia teruja sebab dia peminat penulis tersebut. Selalunya kalau Asy datang ke paris mesti akan ada Meet & greet. Kalau ada meet & greet, mesti sebab buku terbaru yang Asy keluarkan.

"Dah agak dah kau ni, kau kalau macam ni mesti sebab tu, tak habis-habis lagi ke pasal Asy?" kata Umai lagi. Penat pulak dia dengar pasal Asy ni je. "Alah mesti ada meet and greet nanti sekurang-kurangnya dua kali" teruja Afia. Dia bukan apa dia cuma nak tanda tangan penulis tersebut itu pun dah membuat Adira Afi tersenyum riang.

"Eii dahla aku nak sambung layan drama ni" jawab Umai malas. "Alah umai nanti teman lah aku kalau aku nak pergi meet and greet ni nanti" pujuk Afia kepada Umai. "Tengoklah dulu kalau aku tak penat aku teman kau" kata umai. Matanya tetap memandang drama yang dilayannya itu.

Bibir Adira Afia sudah muncung sedepa rasanya boleh kalah jambatan pulang pinang kedua itu. Umai melihat kawannya, dah macam itik dah. "Yalah...yalah kalau ada aku teman kau ye Adira Afia" kata Umai lagi. Adira Afia tersenyum riang. "Thank you, sayang kau" kata Afia lagi lalu memeluk kawanya itu.

"Okaylah Aku nak masuk bilik dulu bye goodnight" kata Adira Afia lalu bangun ke biliknya. Dia duduk di kerusi lalu membuka laptopnya. Sebenarnya laptop bagaikan buku diary dia. Semuanya dia tulis di situ,pergi mana dan apa yang terbuku di hatinya itu.
Selepas saja melihat laptopnya itu, dia ke katil untuk melelapkan matanya yang sudah terasa berat.

"Wii Afia mamat tu hensem lah" kata Umai sambil mencucuk-cucuk bahu Afia. Ha ni lah satu-satunya peragai umai ni. Kalau nampak lelaki hensem sikit mula lah nak mengatal.

Afia mengelengkan kepalanya. "Kau ni tadi nampak mamat lain, kau kata hensem...ni mamat lain pulak haih" keluh Afia kepada Umai. "Alah kau ni bukan senang tau nak cari mamat hensem kat malaysia tu, sini ha ramai, mat salleh lagi" kata umai lagi. Matanya tetap memandang jejaka-jejaka di depan mereka itu.

"Eh siapa kata kat malaysia tak ada mamat hensem, Asy tu salah satunya tau" kata Afia lagi seperti memuji Asy. "Eii kau ni muka dia pun kau tak tahu macam mana, lepastu kau nak kata dia hensem" kata Umai sambil menjelingkan matanya itu.

"Jeling-jeling cucuk mata kau baru tahu" kata Afia lagi. "Hai" Tegur seseorang. Adira Afia dan Umairah Irdina serentak memandang empunya suara. Ada seorang jejaka yang sedang berdiri di depan mereka berdua. Ha Umaira tu mula lah bila dah nampak lelaki tu mula lah peragai dia.

"Haii, can i help you?" Soal Umai sambil tersenyum sehingga ke telinga. "Yeah im just want to say hello and get to know you" kata jejaka tersebut kepada Umai. Adira afia sudah mula membisu. Dia memandang seseorang yang kelihatan seperti sedang menunggu jejaka di depan mereka berdua itu.

'Muka dia tu macam pernah nampak ja' detik hati Adira Afia.

"Umai aku gi kat sana dulu ye" kata Afia yang ingin beredar dari situ. Umai mengangguk.

"Eh orang malaysia ke?" Tanya jejaka tersebut seperti terkejut. "Eh haah, awak orang malaysia jugak ya?" Kata umai pulak. Jejaka tersebut mengangguk laju. "Kalau macam tu jomlah minum-minum dengan kitaorang" kata jejaka tersebut. "Eh tak apa ke airil?"tanya Umai sambil melihat Afia. Manakala Afia mengelengkan kepalanya itu.

'Ish umai ni memandai je setuju, buat diorang ni jahat austaufirullahalazim kenapa kau ni Fia tak baik fitnah org' detik hati Afia.

"Takpalah airil kawan saya ni pemalu lain kali ja iya" kata Umai lagi. Melepas dia huhu. "Kalau macam tu saya ambik nombor awak, awak amik nombor saya? Nanti kita whatsapp" kata Airil lagi. Mereka berdua pun saling bertukar nombor. "Terima kasih umairah" kata Airil lalu senyum.

"Sama-sama..." balas Umai yang sudah tersenyum senyum macam kambing. Airil beredar dari situ mendapatkan kawannya itu. "Gatal" kata Afia sepatah. Terus mati senyuman kawannya itu. "Eii kau ni sampai hati, mamat tu hensem wei, mana tahu jodoh aku" kata umai yang kembali senyum. Berangan la tu "Yang kau lagi satu dia ajak pergi minum-minum kau taknak pulak." Kata Umai lagi.

"Ish taknaklah aku dah la baru kenal, lepastu kau main setuju je" bebel Afia lagi. "Alah kau ni tahulah kau tu pemalu plus segan tapi tak payah la sampai macamtu...nanti aku single sampai bila-bila" kata Umai sambil menjuihkan bibirnya itu.
"Kau ada kan nombor mamat tu so nanti dia chat, kau chat pergi lah keluar dengan dia tapi jangan nak mengada ajak aku, aku taknak" kata Afia lagi dan berlalu pergi meninggalkan Umai.

Umai dari tadi yang sedang berjalan sampai ke rumah tak berhenti tersenyum-senyum. Bermesej dengan mamat tadi agaknya. Umai ni kalau tak jumpa lelaki hensem tak sah.

"Ish umai kau ni tersegih-segih dari tadi kenapa? Dah kena sampuk ke?" soal afia. Manakala Umai memberikan senyuman manis kepada Afia. "Ini orang kata bahagia, ish airil ni sweet lahh haih berdebar hati aku ni" kata Umai lagi sambil menendang-nendang angin. "Kau ni biar betul, baru sehari jumpa kut, eii tak paham aku" kata Afia yang bingung.

"Sebab tu aku kata kenal-kenal dengan orang, baru kau faham perasaan aku ni! Eii dahla aku nak masuk bilik nak on call dengan jejaka hensem" Umai berlalu ke biliknya itu sambil menyanyi riang.

Aduh kalau semua macam umai ni parah.

Tiba-tiba dia teringat sesuatu, "siapa mamat yang ada dengan airil tu, macam pernah nampak...haih entahla malas amik tahu"

Bersambung.....

*******************************
Macam mana? Best tak?  Sorry kalau ada kekurangan dalam cerita ni

So readers2 dipersilakan tekan bintang vote dan comment untuk sis lanjutkan lagi cerita ni😘

Love you guys

From sis

MYSTERIOSER MANNWhere stories live. Discover now