MYSTERIOSER MANN: 11

18 1 0
                                    

Selama beberapa hari ini Adira Afia ditinggalkan keseorangan. Papa dan Mamanya bergerak ke Johor Baharu atas urusan yang penting. Selama dia berada di rumah, dia hanya melayan telefonnya atau keluar bersama Umairah. Kadang-kadang dia ada jugak saling berbalas pesanan dengan Faiq Aisy. Adira Afia tersenyum seketika dia teringat kejadian beberapa minggu lepas. 

Baginya Faiq amat baik terhadapnya, dia tidak sangka dia dapat berkenalan dengan lelaki misteri tersebut dan dia tidak sangka juga bahawa Faiq ialah Asy, penulis buku terkenal yang dia minati. Telefon Adira Afia berdering meminta untuk diangkat. Nombor yang tidak dikenali terpapar di skrin telefonnya itu. Dia mengangkat telefonnya. Jelas kedengaran suara seseorang yang tidak dikenalinya itu.

"Assalamualaikum? ini anak kepada Encik.Mohd Khalif dan Puan Mariana ke?" soal satu suara. "Waalaikumusalam, iya saya boleh saya tahu cik ni siapa?" soal Adira Afia pula. Dia sudah berasa tidak sedap hati. "Saya Doktor Hamizah dari Hospital Sultanah Aminah Johor Baharu, saya ingin memberitahu cik bahawa ibu bapa cik terlibat dalam kemalangan" kata Doktor tersebut. "Ya allah" ucap Adira Afia. Telefon yang dipegangnya terjatuh ke lantai. Dia terduduk di tanah. Dia terasa apa yang ada di sekeliling hilang begitu sahaja. Air matanya jatuh menuruni pipi mulus Adira Afia. Dia terasa dunianya itu kelam dan kabur.

***

Telefon Faiq berbunyi minta diangkat. Faiq mengangkatnya lalu kedengaran suara gadis yang sedang menangis teresak-esak. "Faiq..Tolong Afia" tersekat-sekat suara Adira Afia. "Afia? kenapa ni? awak okey tak? kenapa awak menangis ni?" soal Faiq. Suaranya jelas risau akan keselamatan Adira Afia. "Mama...papa...kemalangan, tolong saya Faiq" ucap Adira Afia. Dia tidak tahu apa yang perlu dia lakukan. "Allahu, Afia sabar mengucap banyak-banyak, awak dekat rumah awak ke sekarang ni? saya datang ya, tunggu situ" kata Faiq lagi. Belum sempat Adira Afia berkata apa-apa pangilan telah dimatikan.

Faiq memecut laju ke rumah Adira Afia. Apa yang dia rasakan sekarang ini hanyalah kerisauan. Dia berfikir pasti gadis itu ketakutan. Selepas 20 minit  dia telah sampai di depan rumah Adira Afia. Faiq turun dari perut keretanya dan bergegas mendapatkan Adira Afia. "Afia?" pangil Faiq. Dia terlihat Adira Afia yang sedang menangis keesakan di atas sofa. Faiq mendapatkan Adira Afia.

 "Faiq, saya nak tengok papa dengan mama...tolong saya Faiq, saya nak pergi Johor baharu nak tengok keadaan papa dengan mama saya" kata Adira Afia yang sedang menangis teresak-esak. Mukannya yang putih mulus itu berubah menjadi merah. Faiq memeluk Adira Afia dengan erat. "Shhh...saya bawak awak, jangan nangis Afia saya ada dekat sini" kata Faiq yang cuba menenangkan Adira Afia.

Mereka berdua tiba di Hospital Sultanah Aminah, Johor Baharu. Adira Afia bergegas ke kaunter pertanyaan. "Nurse boleh saya tahu mana wad Mohd Khalif dan Puan Mariana" soal Adira Afia yang sedang sebak. "Boleh saya tahu cik siapa?" soal Nurse itu pulah. Manakala Faiq berada di sebelah Adira Afia."saya anak mereka berdua" kata Adira Afia. Adira Afia berdoa di dalam hatinya agar kedua ibubapanya berada dalam keadaan selamat. "Cik tunggu sekejab ye saya pangilkan doktor" kata Nurse tersebut lalu mendapatkan Doktor. Adira Afia duduk di atas kerusi menunggu dengan sabar. "Afia, doa banyak-banyak saya pasti diorang dalam keadaan selamat" kata Faiq yang cuba menenangkan Adira Afia.

"Cik? cik anak kepada Mohd Khalif dan Puan Mariana ke?" soal Doktor yang telah berada di depan mereka berdua. Adira Afia bangun dari duduk. "Ya saya doktor" jawab Adira Afia. "Saya harap cik bertabah, Kami sudah cuba sebaik mungkin tapi Allah lebih sayangkan mereka berdua, kami tumpang takziah" kata Doktor tersebut dengan pilu. Adira Afia terkelu. Air matanya tidak berhenti mengalir. Faiq yang berada di tepinya itu juga terkaku. "Kenapa papa dengan mama tinggalkan Afia" kata Adira Afia yang sedang teresak-esak menangis. "Tolong doktor selamatkan diorang, saya tahu doktor boleh tolong doktor, saya tak boleh hidup tanpa diorang" kata Adira Afia lagi. "Afia, jangan macam ni Afia, mengucap Afia" kata Faiq. Dia tak mampu tengok Adira Afia begitu. "Faiq, saya tak ada sapa-sapa dah, mama dengan papa saya ja saya ada" teriak Adira Afia lagi. "Shhh...Afia saya ada, saya ada dengan awak" kata Faiq lagi sambil menenangkan Adira Afia.

 Selepas beberapa hari majlis pengembumian, Adira Afia hanya berdiam diri dari biasa. Pelbagai emosi yang sedang dia rasa. Adira Afia melihat gambarnya dengan kedua ibu bapanya. Baru beberapa hari mereka sekeluarga bergelak ketawa. Tetapi kedua ibu bapanya itu telah di jemput ilahi. Adira Afia kembali menangis. Dia rindukan Mama dan papanya, gelak ketawa mereka dan usikan manja mereka berdua. Dia telah merasa kehilangan yang besar dalam hidupnya buat kali kedua. Pertama bila dia kehilangan neneknya sekarang kedua ibu bapanya pula. 'Ya allah aku rindukan belaian kedua ibu bapaku' detik hati Adira Afia sambil memeluk gambar mereka sekeluarga. Adira Afia tidak keluar dari biliknya, dia hanya termenung dan melihat pemandangan dari tingkap biliknya.

Manakala Faiq, Umairah dan Airil berada di ruang tamu. Mereka sedang risau akan keadaan Adira Afia. Walaupun Adira Afia sudah besar, tapi dalam keadaan sekarang Adira Afia memerlukan sokongan dari mereka. "Kita nak buat apa Faiq, aku tak boleh tengok Fia macam tu, dia dah macam tak bernyawa" kata Umairah sedih. Dia tak boleh tengok Adira Afia begitu. Airil menepuk bahu Faiq yang sedang termenung jauh. "Apa yang kau fikir tu Faiq?" soal Airil Mikael kepada kawan baiknya itu.

 "Aku dah buat keputusan, aku akan jaga Adira Afia, aku akan jadikan Adira Afia isteri aku" Kata Faiq yang kedengaran yakin. Dia telah membuat keputusan. Dia akan jaga Adira Afia, lagipun dia cintakan Adira Afia. Airil dan Umairah kelihatan terkejut. Airil menarik Faiq jauh dari Umairah agar dapat bersendirian dan berbincang. "Faiq, betul ke apa yang kau buat ni? kau dah fikir masak-masak? Daddy dengan umi kau macam mana? Diorang bukan nak jodohkan kau dengan anak kawan kau?" soal Airil Mikael bertubi-tubi. Dia ingin memastikan Faiq Aisy membuat keputusan yang betul. "Aku dah buat keputusan Airil, pasal hal daddy dengan umi aku ketepikan dulu apa yang penting sekarang ni Adira Afia" kata Faiq yang yakin dengan keputusannya. Dia ingin membuat Adira Afia ketawa semula. Airil Mikael mengangguk tanda bersetuju. 

"Kalau itu yang kau dah tetapkan, aku ikut sahaja" kata Airil lagi. Tapi dalam hatinya dia risau amatlah risau, dia kenal peragai daddy Faiq Aisy. Orangnya begitu tegas dan ego. Daddynya pasti takkan membiarkan semua ini berlaku.

'Saya akan kembalikan senyuman awak, Adira Afia'

Bersambung.....

*************************************************

Sis yang tulis bab ni pun rasa nak menangis TT, 

Jangan lupa tekan bintang vote dan comment segala pendapat, sis sayang korang 


MYSTERIOSER MANNWhere stories live. Discover now