MYSTERIOSER MANN : 16

22 1 0
                                    

Adira Afia mencelikan matanya apabila terasa sinaran matahari. Dia meraba-raba di sebelahnya itu. 'Aik? takde?' detik hati Adira Afia. Dia bangun dari pembaringannya itu lalu melihat sekeliling. Adira Afia teringat apa yang telah terjadi malam semalam serta merta mukannya menjadi merah.

Dia memakai baju kemeja kepunyaan Suaminya itu. Dia turun dari katil dan turun ke bawah. Dia melihat Faiq Aisy yang sedang sibuk memasak. Faiq mengalihkan badannya dan melihat Adira Afia yang sedang berdiri seperti patung cendana. "Bangun dah sayang abang ni?" ucap Faiq Aisy dan menghampiri Adira Afia lalu mencubit pipi isterinya itu. Geram pulak dia melihat Adira Afia yang sedang memakai baju kemejanya itu.

Adira Afia memandang Faiq pelik. 'Ada apa-apa ka dekat muka aku atau badan dia' detik hati Adira Afia lalu melihat badannya. Dia tercengang seketika. "err...saya pergi mandi dulu ye" kata Adira Afi yang ingin melarikan diri. "Eh dah goda abang nak lari pulak?" kata Faiq Aisy kepada Adira Afia. Sengaja dia mengusik isterinya itu.

Adira Afia mencebikkan bibirnya itu. Suaminya itu nakal tak bertempat atau lebih tepat miang keladi. "Abang gurau je, jom breakfast" ajak Faiq Aisy lalu duduk di meja makan bersama Afia. "Abang Fia nak tanya boleh?" soal Adira Afia sambil melihat Faiq Aisy yang sedang menjamah roti bakar. "Tanyalah, nak tanya banyak pun boleh" kata Faiq Aisy.

"Erm, bila abang nak bawak Fia jumpa daddy dengan umi?" soal Adira Afia lagi. Dia hanya risau, iyalah restu ibu bapa kan penting. Faiq Aisy memandang Adira Afia. Dia berfikir apa yang perlu dia jawab. Afia memandang suaminya itu, seperti ada sesuatu yang di fikirnya.

"Umi dengan daddy tak tahu abang berkhawin kan?" teka Adira Afia. Dia tak tahu kenapa dia berkata begitu tetapi hatinya kuat mengatakan apa yg dikatakan itu betul. Kalau tidak kenapa Umi dan Daddy suaminya itu tidak datang ke Majlis perkhawinan mereka. Ibu bapa mana yang taknak lihat hari bahagia anak mereka.

Faiq Aisy merenung Afia. Dia tidak tahu hendak berkata apa lagi. Faiq Aisy mengangguk kepalanya perlahan-lahan lalu melepaskan keluhan. Pelbagai persoalan yang berada di kepala Faiq Aisy. Daddy akan halau dia ke? Umi dah tak sayangkan dia nanti ke?

Adira Afia menghampiri Faiq lalu memegang tangan suaminya itu. "Kenapa abang tak bagitahu Umi dengan daddy? Diorangkan berhak tahu" kata Adira Afia dengan lembut. Dia tahu ada masalah yang berlaku di antara keluarga suaminya itu.

"Daddy pasti akan marahkan Abang, dia selalu tak peduli tentang pilihan abang dan apa yang abang nak" kata Faiq Aisy mukannya bertukar mendung. Dia berkata begitu kerana dia tahu daddynya itu pasti akan mengamuk.

"Abang syurga abang kan mereka, diorang kena tahu, Fia tahu daddy pasti faham" lembut sahaja percakapan Adira Afia itu untuk memujuk suaminya. Faiq Aisy mengeleng-gelengkan kepalanya berkali-kali.

"Abang sayangkan Fia kan? kita jumpa umi dan daddy ya?" kata Adira Afia lagi. Dia tak nak suaminya hidup dalam penyesalan kerana menipu kedua ibu bapanya itu. Faiq Aisy mengangguk akur.

***
Faiq Aisy dan Adira Afia turun dari perut kereta. Adira Afia terdiam. Dia memandang rumah yang tersergam indah itu. Besar, besar dari rumahnya. Adira Afia memandang Faiq Aisy. 'Siapa awak Faiq?' detik hati Adira Afia.   "Jom Fia" ajak Faiq Aisy lalu masuk ke perkarangan rumah. Afia mengikuti suaminya dari belakang. Tiba-tiba dia berasa gementar.

"Assalamualaikum" ucap Faiq Aisy sambil matanya melilau melihat ke dalam rumah yang tidak tutup pintu itu. "Waalaikumusalam, Faiq? Anak umi? Ya allah mana kamu pergi? umi call pun tak dapat?" Soal Umi Aira panjang. Risau dia akan anaknya itu, hidup ka? Mati ka?.

"Maafkan Faiq umi, Faiq balik ke kampung kejab jumpa Tokwan dengan Tokma" kata Faiq Aisy pulak. Tipulah jika dia tidak berasa berdebar-debar. Jantungnya itu berasa nak tercabut.

Mata Umi Aira beralih ke seorang gadis yang berada di sebelah Anaknya itu. Adira Afia menyalam Umi Aira."Assalamualaikum...." ucap Adira Afia. "Waalaikumusalam, siapa ni Faiq?" soal Umi Aira sambil menyambut huluran salam Adira Afia. "Jom masuk dulu umi nanti Faiq cerita" kata Faiq Aisy

"Sampai hati Faiq buat umi macam ni? Kalau daddy tahu mengamuk dia nanti" marah Umi Aira. Ya, dia marah bukannya marah disebabkan Faiq berkhawin tapi disebabkan Faiq tidak memberitahunya itu. Dia tidak kesah Faiq ingin berkhawin tapi sekurang-kurangnya bagitahulah dia. "Faiq mintak maaf umi, tapi Faiq sayangkan Afia dialah orang yang curi hati Faiq ni" kata Faiq Aisy sambil memegang tangan Uminya itu meminta ampun.

Adira Afia hanya mendiamkan diri, dia tidak tahu apa yang perlu dia cakap hanya perasaan serba salah menyelubungi hatinya itu. "Umi tak kesah kamu nak berkhawin Faiq tapi sekurang-kurangnya bagitahu umi, tapi yang Umi risaukan daddy kamu tu" kata Umi Aira lagi. Dia memandang gadis di sebelah anaknya itu. Cantik berbaju kurung dan ayu rupa parasnya, sejuk mata dia memandang bukannya macam Tasya buat semak matanya sahaja.

"Daddy biar Faiq uruskan, pandai-pandailah Faiq bercakap dengan daddy nanti" kata Faiq pula. Sebenarnya dia berasa lega di hati ibunya itu dapat menerima Adira Afia. Hilang satu kerungsingan di hatinya itu. "Makcik..." Adira Afia bersuara setelah lama mendiam. "Eh jangan pangil Umi makcik pangil je umi kamu kan dah jadi menantu umi" kata Umi Aira lalu menghadiahkan senyuman.

"Umi...Fia mintak maaf kalau umi sedih tapi ni bukan salah Faiq, Faiq banyak bantu Fia sejak di Paris lagi. Faiq pun bantu Fia sejak kematian Mama dan Papa Fia hinggakan Faiq sangup khawin dengan Fia. Fia rasa bersyukur sangat. Fia mintak maaf ye Umi" terang Adira Afia panjang lebar. Dia takut Umi Aira salah faham dengannya.

"Fia janganlah mintak maaf. Fia tak salah pun lagipun benda dah jadi kan" kata Umi Aira sambil memandang Adira Afia. Lemah lembut sahaja percakapan gadis itu. Kalau macam ni lah memang dia setuju.

PANG!

Bersambung......

*************************************
jeng2 tunggu lah esok pulak sis publish penat perah otak sampai kering dh

Jangan lupa tekan bintang vote dan comment segala pendapat korang

Sis sayang korang! muah cikit!

MYSTERIOSER MANNOnde histórias criam vida. Descubra agora