MYSTERIOSER MANN: 12

16 1 0
                                    

(Gambar di atas sebagai contoh sahaja)

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.

(Gambar di atas sebagai contoh sahaja)

Dengan sekali lafaz, Adira Afia selamat dihijab kabulkan. Dia sekarang bergelar isteri yang sah kepada Faiq Aisy. Majlis mereka diadakan secara kecil-kecilan di Kampung Becah Sawa, Baling kedah. Iaitu di perkampungan rumah Tok wan dan Tok ma Faiq Aisy. "Suami boleh solat sunat dahulu, lepastu kita boleh teruskan dengan pembatalan air sembayang" kata Tok kadi yang berada di depan Faiq Aisy.

Faiq Aisy mengangguk lalu menyalam tok kadi dan bangun untuk mengambil wuduk. Selesai sahaja solat sunat, Faiq berdoa kepada Allah S.W.T. "Ya Allah, kau berkatilah perkhawinan ini. Kau hadirkan rasa bahagia dan cinta yang berkekalan di dalam rumah tangga kami. Ya Allah, kau ampunilah segala dosa-dosa ku dan kedua ibu bapa ku. Kau bimbing lah aku untuk menjadi Ketua keluarga dan suami yang baik untuk Adira Afia, isteriku. Kau semaikanlah perasaan cinta di dalam hati kami. Dan kau jauhkanlah hasad dengki dengan hubungan halal yang telah terjalin ini. Aamiin ya rabalalamin" doa Faiq Aisy dengan Ikhlas dan sepenuh hati.

Faiq Aisy bergerak ke arah sang isteri. Masjid Mohamadiah Becah Sawa, Baling kedah menjadi saksi terjalinnya hubungan mereka berdua.Adira Afia berasa berdeba-debar, matanya hanya memandang jarinya yang kesejukan itu akibat terlalu gementar. Dia tidak mampu memandang Faiq Aisy atau lebih tepat lagi sang suami yang telah berada di depannya itu. "Fia, hulurkan jari suami kau nak sarungkan cincin tu" kata Umairah kepada Adira Afia. Adira Afia menghulurkan jarinya secara perlahan-lahan.

Faiq Aisy sudah tersenyum. Faiq Aisy menyentuh jari Adira Afia, terasa jari isterinya itu sejuk mungkin kerana gemuruh. Faiq Aisy menyarungkan cincin di jari Adira Afia. Kini tiba giliran Adira Afia menyarungkan cincin ke jari Faiq Aisy, selepas sahaja Adira Afia menyarungkan cincin di jari Faiq Aisy. Adira Afia mencium tangan Faiq Aisy.

"Suami boleh cium dahi isteri, jangan teragak-agak dah halal dah" kata Tok kadi itu sambil bergurau senda sebentar. Kedengaran saksi-saksi yang berada di situ ketawa begitu jugak sahabat dan tokwan, tokma Faiq Aisy. Faiq Aisy memegang dagu Adira Afia dengan lembut. Manakala Hati Adira Afia sudah berdebar-debar.

Faiq Aisy mendogakkan sedikit kepala Adira Afia supaya memandangnya akhirnya mata mereka berdua bertembung. Terpegun seketika Adira Afia apabila melihat mata suaminya yang berwarna hazel itu. Faiq Aisy mendekatkan diri ke Adira Afia. Adira Afia dapat mendengar nafas panas suaminya itu. Faiq Aisy mencium dahi isterinya itu dengan lembut dan lama sambil berselawat di dalam hatinya itu.

"Faiq kamu dah hafalkan apa yang tok kadi bagi sebelum ni?" soal Tok kadi tersebut kepada Faiq Aisy. "Dah tok" jawab Faiq Aisy pendek. "Kalau macam tu letak tapak tangan kamu atas umbun-umbun isteri lepastu lafazkan dengan ikhlas" kata tok kadi lagi. Faiq Aisy mengangguk lalu mengikut apa yang telah di suruh.

"Ya Allah, aku memohon kepada-Mu dari kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau tetapkan kepadanya, dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatannya dan kejahatan yang Engkau tetapkan padanya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya" ucap Faiq Aisy dengan ikhlas lalu mencium umbun-umbun isterinya itu. Adira Afia menitiskan air matanya, dia dapat merasakan keikhlasan suaminya itu.

Selepas selesai sahaja majlis, Adira Afia pergi ke dapur lalu membasuh pinggan yang berada di dalam singki. "La cucu menantu tok ma ni dok buat apa dalam dapur ni? Kamu pergilah naik atas berehat. Tak apa biaq depa yang buat semua ni" kata Tokma kepada Adira Afia. "Tapi tokma.." Adira Afia berasa serba salah atau lebih tepat dia takut nak masuk bilik sebenarnya. "Tak ada tapi tapi, kamu pergi masuk bilik tu, Faiq dah tunggu tu" kata Tok ma yang menghalang Adira Afia dari menyentuh pingan mangkuk yang berada di dalam singki.

Adira Afia naik ke atas lalu berdiri betul-betul di depan pintu bilik tersebut. Dia teragak-agak untuk masuk. Adira Afia masih berpikir patutkah dia masuk. "Sayang, buat apa depan bilik tu? takkan nak berdiri depan tu ja, taknak masuk?" kata Faiq Aisy kepada isterinya. Faiq nampak sebenarnya bayang-bayang Adira Afia di celah pintu. Manakala Adira Afia sudah terkaku, mukanya sudah kemerahan.

'Alamak! Tok ma tolong Afia' detik hati Adira Afia. Adira Afia menarik nafas perlahan-lahan lalu memberanikan dirinya itu, dia memulas tombol pintu lalu masuk ke dalam bilik. Faiq sudah berbaring di atas katil. Kain sampin dan songkoknya itu terletak rapi di tepi katil.

Adira Afia melihat Faiq Aisy. Dia mengaku Faiq Aisy kelihatan segak berpakaian baju melayu yang berwarna putih itu. Bibir yang kemerahan itu bukti Faiq Aisy bukan perokok di pandang Adira Afia, begitu juga mata dan hidung Faiq Aisy. Dia mengamati betul-betul wajah kacak suaminya itu. Haih, beruntunglah dia.

"Kenapa tenung abang macam nak makan abang tu?" usik Faiq Aisy. Serta merta Adira Afia tersedar, mukanya kemerahan menahan malu. 'Aduh Afia kenapalah kau ni' detik hati Adira Afia. "A...abang?" soal Adira Afia yang kebingungan. "Iyalah, mulai harini Fia kena pangil Abang, abang" kata Faiq Aisy yang sengaja menekankan perkataan ABANG itu. Faiq Aisy bangun dari pembaringannya dan bergerak ke arah Adira Afia yang sedang berdiri di depan pintu.

Muka Adira Afia kelihatan cuak, dia bergerak ke belakang sehinggakan badannya tersandar di pintu. Faiq Aisy meletakan kedua belah tapak tanganya di kedua-dua sisi Adira Afia. Dia mengunci Adira Afia daripa bergerak ke mana-mana. "Fia, kalau abang nak..." faiq menghentikan kata-katanya itu. Dia sengaja ingin mengusik Adira Afia.

"Nak...nak apa?" tergagap-gagap Adira Afia menjawab. Muka Adira Afia tidak payahlah cakap, sudah macam ketam bakar. "nak mandi boleh? panas sangat ni" kata Faiq Aisy. Tangannya mencapai tuala di sebelah lalu ketawa. "Eii awak ni!" marah Adira Afia, mukannya itu merah kerana menahan malu. "Aipp, Abang" kata Faiq Aisy untuk mengigatkan Adira Afia lalu keluar dari bilik untuk membersihkan diri sambil ketawa. Seronok dia mengusik Adira Afia. "Ya Allah, malunya!" kata Adira Afia sambil menutup kedua belah pipinya itu. "Eii kenapalah otak kau ni fikir benda bukan-bukan Afia" kata Adira Afia yang memarahi dirinya itu.

Selepas sahaja solat bersama, Adira Afia duduk di atas katil. Badan dia kaku, dia tak tahu nak buat apa. Baring ka? duduk ka? Tak tentu arah dia. Faiq melihat Adira Afia itu lalu melabuhkan punggungnya di sebelah Adira Afia. "Isteri abang ni okay? kenapa dari tadi diam ja ni?" soal Faiq Aisy prihatin. Risau pulak dia bila tengok Adira Afia diam sebegitu. "Okay..." kata Adira Afia pendek. Dia dapat bau haruman badan Faiq Aisy yang begitu dekat dengannya. Ini pertama kali lelaki begitu dekat denganya kecuali Arwah Papanya itu. "Fia tak perlulah risau abang tak buat apa-apa pun" kata Faiq Aisy lalu memusingkan badan Adira Afia menghadapnya. Dia mengusap pipi mulus isterinya itu. "Abang akan cuba jadi suami yang terbaik untuk Fia dan Abang akan cuba bimbing Fia sebaik yang mampu" kata Faiq Aisy dengan ikhlas. Mereka berdua bertentang mata. "Abang tak paksa pun Fia, kalau Fia nak bagitahu je" kata Faiq Aisy nakal lalu mengenyitkan matanya.

"Eii abang ni" Adira Afia menolak Faiq Aisy. Manakala Faiq Aisy sudah ketawa mengekek-ngekek. Suka dia melihat muka Adira Afia yang kemerahan itu.

'Abang akan jaga Fia dan bahagian Fia, Insya-Allah' detik hati Faiq Aisy

Bersambung....

****************************************

Wahhh diorang dah bergelar suami isteriiii! tahniah tahniah ahahaha

Jangan lupa tekan bintang vote dan comment segala pendapat anda

MYSTERIOSER MANNDove le storie prendono vita. Scoprilo ora