Part 37

8.3K 139 26
                                    

Malam itu,Iman dan Putra berdua menuju ke rumah Dato Azizan Hamid. Mereka merancang untuk dinner di luar tapi tadi Dato telah menghubungi mereka dan mengajak makan malam Bersama. Sementelah mereka memang merancang untuk ke rumah Dato pun selepas ini jadi mereka pun bersetuju.

"Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam Tuan,jemput masuk Tuan,Puan"ujar pembantu rumah berbangsa Indonesia itu.

"Sebentar lagi Dato turun."

Mereka berdua hanya mengangguk. Mata Iman meliar melihat rumah banglo mewah milik Dato' Azizan Hamid. Rumah banglo 3 tingkat itu sangat luas dan mewah namun terasa sunyi dan seperti kosong. Tak ada seri kasih sayang mungkin. Sukahati je Iman berfikir begitu.

Sedang mereka menanti Dato Azizan Hamid,tiba-tiba kedengaran suara dari luar.

"Bukalah pintu ni,aku nak masuklah!"

Terkocoh-kocoh pembantu rumah berlari membuka pintu. Setelah pintu dikuak,wajah Lana Trisha kemerah-merahan dihadapan pintu.

"Kenapa lambat bukak?!"Tempik Lana

"Maaf Datin,saya tiba dari dapur sebentar tadi"terkulat-kulat pembantu rumah menjawab.

Belum sempat Lana menempik sekali lagi,matanya tertancap pada Putra yang sedang memerhatikannya dengan pandangan tak puas hati.

"Aww,my stepson slash my exboyfriend. Selamat Pengantin Baru!"seusai berkata begitu,Lana ketawa. Jelaslah dia bukan dalam the right state of mind.

"It's only 830pm Lana. Awal you masuk shift mabuk ye?"Putra memerli. Iman hanya memandang keliru.

'Mabuk pun ada shift ke?'Iman Amanda berkata dalam hati.

"Come on honey,this is our lifestyle kan. Ke you dah berubah sekarang? Since when dear?"Lana bertanya sambal berjalan perlahan menuju ke arah Putra tanpa mempedulikan Iman yang sedang duduk disebelah Putra. Tangannya cuba untuk merangkul leher Putra namun belum sempat berbuat begitu namanya dipanggil.

"Lana! You naik atas sekarang,jangan nak memalukan I macamni"keras suara Dato' Azizan Hamid.

Lana yang mendengar suara Dato' terus menuju ke atas namun sempat berpusing ke belakang melayangkan flying kiss,taktaulah untuk Dato' atau untuk Putra. Putra hanya menjeling sebal. Lana berjalan terhuyung-hayang menaiki tangga. Dato' Azizan Hamid meminta orang gajinya memapah Lana.

"I'm sorry about the situation. Come let's eat"Dato Azizan Hamid mengajak mereka berdua ke meja makan.

***

"Bibik,berapa lama dah kerja dengan Dato?"Iman berbasa-basi dengan pembantu rumah semasa bersama di dapur mencuci pinggan sesudah makan. Pada pandangan Iman mungkin baru dalam lingkungan 30-an. Cantik manis wajahnya. Wajah asia.

"Tidaklah lama. Dalam 5 tahun. Puan tak usah susah duduk disini sama saya. Saya bisa buat sendiri kok"Pembantu rumah itu kelihatan segan. Yelah selama ni buat kerja sorang,tiba-tiba harini ada peneman pulak. Peneman yang kadang-kadang mengilai kat tingkap dapur tu lain. Itu dia dah biasa. Eh seram pulak. Salah genre.

"Hahaha takpelah bik. Saya dah biasa lah. Lagipun saya bagi time Tuan bersembang dengan papa"Iman mengenyit matanya. Pembantu rumah tersebut seakan memahami lalu sama-sama tersenyum.

"Puan duduk aja ye kalau udah bilang begitu"baru sempat habis ayatnya,Iman dah mencapai pinggan semua untuk dilap dan disusun dalam cabinet.

"Apa dia bik,tak dengar"sambil tangannya lincah mengelap dan menyimpulkan senyuman nakalnya.

"Aduh Puan ini. Tak dengar ya orang bilang"pembantu rumah menggeleng namun sama-sama lincah buat kerja.

"Bik,saya nak tanya bibik sikit boleh?"serious wajah Iman.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 24, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

F*ck First,Love LaterWhere stories live. Discover now