Part 23 - Meeting her dad

21.4K 505 42
                                    

"I hantar you balik okay"Putra berkata sejurus membantu Iman masuk ke dalam kereta. Iman hanya mengangguk.

"Are you okay sayang? Kenapa sampai demam ni? Rindu I eh?"

Iman cuma tersenyum.

"Maybe I stress banyak sangat nak fikir"

"Let's not think about anything. I just nak you sihat and schedule semua kerja I"

"Ish you ni,bagilah i rest sekali sekala"Iman menarik muncungnya panjang.

Putra memicit hidung Iman.

"Ni tak cukup rest ke ni???"

Mereka ketawa bersama.

***************
Malam itu Iman mundar mandir di ruang tamu rumahnya. Dia sedang memikirkan kata-kata Ari.

*previously*

"Sampai bila Iman kau nak rahsiakan? Sampai kau dah sah jadi isteri orang baru kau nak bagitau Putra? Tak ke lagi hancur hati dia?"

Iman mengeluh.

"Entahlah Ari. Selagi tak ada apa-apa ikatan antara aku dengan Amirul aku.."

Belum sempat Iman menghabiskan kata-katanya,Ari menyampuk.

"Kau apa? Kau tahu tak kalau Putra tahu dari orang lain,lagi susah. Apatah lagi dia sayangkan kau sangat. At least korang dua boleh fikir apa yang korang boleh lakukan untuk stop this wedding"

*******

Iman segera mendail nombor Putra. Ya,dia ingin berterus terang dan dia mahukan mereka berdua berhadapan dengan Encik Shazni bagi membatalkan rancangan perkahwinan antara dia dan Amirul.

"Mana ni? Kenapa tak angkat call"

Iman seperti cacing kepanasan apabila Putra tidak mengangkat panggilannya. Iman terlalu letih hari itu lalu dia tertidur dengan telefon bimbit di tangannya.

Keesokan harinya,Iman masih bercuti. Namun dia gagahkan dirinya untuk bangun bersiap. Dia mahu ke pejabat. Dia perlu berjumpa Putra. Dia bersiap ala kadar. Memakai polo shirt hitam dan skinny jeans berwarna biru gelap. Kaca mata hitam tidak dilupakan. Cover mata lebam kononnya. Besar spec dari tuan gayanya tu.

Sesampainya dia di office dia terus diterjah oleh Lisa.

"Iman! Dah sihat ke? Bos kata Iman tak sihat?"

Iman hanya tersenyum mendengar celoteh Lisa. Memang kepoh Lisa ni.

"Dah sihat sikit. Erm bos ada ke?"

"Baru cuti sehari dah rindu bos ke? Haaaa"Lisa tersengih-sengih.

"Ish awak ni,kalau bos awak dengar nanti kembang hidung dia tau"

"Hehehhe. Ada dia dalam bilik meeting. Dia ada fail nak kena check"

Iman hanya mengangguk sebelum meneruskan langkahnya ke bilik mesyuarat. Mak tidak kelihatan. Mungkin memebeli barang pantry di bawah. Apabila melihat Putra di dalam bilik dengan tangan menongkat dahi meneliti fail,jantung Iman berdegup kencang. Dia sememangnya sentiasa gementar apabila bersama Putra. Bukan bersama je,bila tengok pun rasa macam satu zoo ada dalam perut. Lagi-lagi Putra memyingsing lengan kemejanya menampakkan lengannya yang berurat sedikit. Aumm sangat.

Lama sangat meneliti kekasih hatinya itu sampai Iman tak sedar yang dia telah tertolak pintu bilik mesyuarat itu. Iman tersentak malu.

"Erm pintu ni nak kena repair sikit. Mcm loose je"Iman mengawal malu. Putra menunjukkan riak wajah keliru.

"Erm you busy ke? Kalau busy tak apalah"Iman seolah mahu meninggalkan bilik tersebut sebelum Putra bangun dan menarik tangan Iman untuk duduk di sebelahnya.

F*ck First,Love LaterWo Geschichten leben. Entdecke jetzt