PART 31

19.5K 452 42
                                    

"I'm getting married in less then a week"

"Tahu,ibu pass kat I dah kad kahwin you"

"I hope you will be there Amirul. At least for your bestfriend"

"You ikhlas cintakan Putra?"

Iman hanya menunduk. Dia singgah ke rumah Amirul sebelum pulang ke rumah ayahnya bagi membuat persiapan akhir majlis perkahwinannya dan juga Putra.

"Kenapa diam? I tanya ni. Atau you tak yakin?"Amirul menebak.

Iman memandang wajah Amirul sebelum memberi senyuman tawar.

"I atau dia yang tak ikhlas? Hati I masih sakit dengan kenyataan bahawa dia juga penyebab you.."

"Adda please,don't say it. I dah menyesal. Sangat sangat menyesal."Amirul mengeleng-gelengkan kepalanya dan mengetuk perlahan menggunakan tangannya tanda menyesal. Iman segera memegang kedua tangan Amirul.

"Mirul,dah. I dah lupakan. Cuma kenyataannya,Putra taknak berterus-terang dengan I menyakitkan hati. Dia masih ingat I bodoh,tak tahu apa-apa,sedangkn kebenaran dah jelas depan mata I"

Amirul memandang wajah sayu Iman. Dia tahu dalm hati Iman penuh cintanya buat Putra cuma dia terluka akan hakikt bahawa Putra masih tidak mahu berterus-terang tentang peristiwa hitam Iman dahulu.

Amirul mendongakkan wajah Iman menghadap wajahnya.

"Adda,believe me. He's the one for you. Dia sangat cintakan you and I tau you pun sama"Amirul menelan liurnya sedikit. Mata Iman sudah mulai berkaca.

"I cintakan you sampai I jadi gila Adda. Disebabkan I terlalu cintakan you,I nak you bahagia di sisi orang yang you betul-betul cinta. And please,jangan sia-siakan orang yang cintakan you juga. Kurangkan sikit kepala batu you tu"sempat Amirul memberi nasihat. Iman tak dapat mengawal air matanya. Dia tak sangka,Amirul sudah belajar menerima hakikat bahawa mereka tak akan pernah bersama. Air mata Iman mengalir deras apatah lgi apabila Amirul menasihatinya untuk mengurangkan sikap keras kepalanya.

Ya,dia terlalu keras kepala. Putra sabar melayan kerenahnya. Putra ikhlas cintakan dia namun,Iman sentiasa meragui cinta Putra. Air mata Iman semakin laju menuruni wajahnya.

"Thanks Mirul. I memang keras kepala. I sedar. I need to change that"Iman berkata dalam sedu. Amirul yang melihat kesedihan dan penyesalan di wajah Iman terus menarik Iman ke dalam rangkulannya. Di dalam pelukan Amirul,Iman menghamburkan tangisan semahunya.

"I will always be there for you,Adda"Amirul membisikkan kata-kata itu ke telinga Iman.

**********

"Ayah! Siapa yang nak ambik baju Iman kat dobi ni?"

"Kamu ni Firdaus,siapa lagi. Kamulah pergi ambik! Takkan adik kamu pulak. Dia kan pengantin,darah manis,apa-apa jadi nantikan susah!"

Kecoh suasana malam berinai di rumah Iman. Esok bakal berlangsungnya pernikahan antara Iman dan juga Putra sekaligus majlis resepsi di sebelah pengantin perempuan. Iman yang sedang diinai oleh saudara maranya hanya tersipu malu apabila diusik oleh mereka.

Dia sebenarnya risau keadaan Putra. Persiapan Putra,memandangkan sudah hampir seminggu mereka tidak berhubung. Langsung tiada panggilan mahupun sms. Semuanya melalui Firdaus,ayah takpun papa Putra. Lana sudah tentu tidak mengambil tahu langsung tentang perkahwinan Putra. Siang tadipun,semasa mereka mengambil lauk untuk dibawa ke rumah tamu pengantin lelaki,Lana membuat riak wajah menjengkelkan semasa terserempak dengan Iman. Iman buat bodoh je,knowing her like that.

Sebelum itu,hubungan mereka dingin kerana kekerasan kepala si Iman. Keras tahap kalau diketuk pakai batu lesung,mungkin batu lesung yg pecah. Jadi Iman risau,manalah tau pengantin lelaki tak muncul ke. Tak ke haru!

Selesai berinai,semua menyuruh Iman berehat di dalm bilik. Katanya pengantin perlukan rehat secukupnya memandangkn esok hendak menjdi raja seharilah katakan. Iman mengeluh. Semua tak bagi dia nak buat kerja pun jdi dia memilih untuk duduk dalm bilik.

Iman merenung jarinya yang merah. Biliknya dihias cantik oleh mak andam. Esok disinilah bakal bersatu cintanya dan Putra. Dia gelisah memikirkan hari esok dan kemudian,pintu biliknya dikuak. Ayah.

Ayahnya memilih untuk duduk di sebelah Iman. Iman melentokkan kepalanya ke bahu ayahya. Ayahnya hanya mengusap lembut bahu anak gadisnya yang bakal menjadi milik orang lain esok.

"Iman okay?"

"Nervous sikit ayah. Takut pun ada"

"Orang kahwin seronok,yang Iman nak takut ni kenapa?"

"Tahlah. Takut tak dapat nak manja dengan ayah macamni lagi"Ayahnya hanya tersenyum.

"Iman dah nak jadi isteri orang. Nak manja-manja macamni lagi dengan ayah? Manjalah dengan suami Iman"

"Ayah will always be my first lover. Lelaki pertama yang Iman sayang. Takkan ada ganti"

"Habis abang lelaki keberapa??" Tiba-tiba Iman Firdaus yang entah dari mana muncul dan juga mengambil tempat disebelah Iman. Kini Iman diapit dua lelaki kesayangnnya.

"Abang. Hmmmmm. Jap Iman fikir. "Iman membuat-buat berfikir.

"Banyklah adik punya fikir! Abang kena utama juga lah! Takkan ayah je"Iman Firdaus seakan merajuk. Encik Shazni tersenyum melihat gelagat anak kembarnya itu. Hartanya dunia akhirat.

"Alah abang pun kekasih adik juga. Tak ada gantinya" Iman memeluk pula abangnya.

"Adik jangan garang-garang eh dah kahwin nanti. Kesian Putra. "

"Ish taulah! Sibuk je abang ni. Lepasni abang pulak"

"Abang lambat lagi pun takpe. Lelaki lagi berusia lagi digilai ramai. Tak gitu ayah?"

Encik Shazni hanya menggelengkan kepalanya.

"Iman sayang sangat ayah dengan abang. Takde siapa akan gantikan tempat ayah dengan abang dalam hidup Iman"

"Ayah pun sama sayang"Iman Firdaus hanya mengangguk. Akhirnya mereka bertiga berpelukan dan menitiskan air mata kegembiraan.

*********
Wahhh dah nak kahwin!! I'm so excited! Siapa lagi yang excited macam I? 🙋🏻🙋🏻🙋🏻

Tak sabar rasanya nak write new chapter! Keep the votes coming guys pls pls pls! Sangat menbakar semangat,apatah lagi klau comment! Pls 👉🏻👈🏻

Stay tuned guys!

Love,
Ammara Clarissa 💕

F*ck First,Love LaterWhere stories live. Discover now