Part 16

30.6K 506 53
                                    

Pagi-pagi subuh lagi Iman dah mengetuk bilik Putra. Harini mereka akan bertolak pulang ke KL. Iman ingin memastikan keadaan kesihatan Putra pada harini. Dah macam nurse pula.

"You dah nampak okay sikit harini"

"Tengoklah siapa yang jaga I. Buah hati I kan"Putra tersenyum. Iman juga tersipu. Mengada-ngada.

"Okay nanti kita turun breakfast. I nak kemas barang. You dah kemas ke? Kita nak check out dah harini kan"Iman mengingatkan.

"Belum. I tak larat sangat semalam. Harini I dah rasa okay. Kejap lagi I kemas. You go ahead"

Setelah selesai bersarapan dan urusan check out hotel mereka pun segera bertolak pulang ke KL. Semasa mereka di Ipoh,Putra telah menerima satu panggilan telefon.

"Hello,ye you nak apa?"Putra bertanya.

Setelah mendengar pihak di sana berkata,Putra mula tidak senang duduk. Mukanya cemas dan dia telah berjanji untuk pulang dengan segera. Iman yang melihat keresahan Putra ingin mengetahui gerangan siapakah yang menelefon Putra sehingga Putra tidak senang duduk sebegini.

"Siapa call you? Cemas semacam?"

"It was my stepmom. My dad admitted. Heart attack"Putra bersuara perlahan.

"Your stepmom? You mean.."

"This is not the right time Iman"Putra membidas. Sedikit tinggi suaranya. Iman agak tersentak melihat perubahan sikap Putra namun didiamkan saja. Kerana mungkin Putra bersikap begitu kerana risaukan ayahnya.

Perjalanan yang mengambil masa 2 jam itu,menjadi 1 jam setengah. Putra tidak terus menghantar Iman pulang. Dia membawa Iman ke hospital di mana ayahnya dimasukkan ke wad. Iman hanya menurut.

"Nurse,Dato' Azizan Hamid admitted wad mana?"terus soalan itu diterjah oleh Putra di kaunter pertanyaan tersebut.

'Oh anak Dato' Putra ni'Iman hanya berkata di dalam hati.

Belum sempat nurse tersebut menjawab soalan Putra,seorang wanita terus menegur Putra. Sangat bergaya. Berwajah cerah mungkin menggunakan produk collagen , rambutnya yang beralun,skirt paras lutut berwarna kuning neon dipadankan dengan blaus hitam beropol. Nampak sungguh classy apatah lagi dengan stilettonya.

'Ni ke ex-gf Putra. Bapak lawa woi! Patutlah ayah dia pun tergoda'Iman menjerit di dalam hati. Kemudian dia rasa teruk sebab ayah Putra sedang sakit,dia pulak judge pilihan ayahnya untuk dibuat isteri.

"Where is my dad? How is he?" Putra menerpa ke arah wanita itu.

Tiba-tiba wanita tersebut memegang lengan Putra dan menangis dibahunya.

"Dia ada kat dalam. Tadi doktor tengah periksa keadaan dia. I taktau Put,macammana boleh jadi macamni"kata wanita tersebut sambil tersedu-sedu.

'Eh perempuan ni,air mata pun tak ada sedu je lebih. Berlakon betul. Tak nampak ke aku kat belakang ni? Gatal merenyam punya perempuan. Bapak nak,anak pun nak"Iman berkata dalam hati sambil menjeling perlakuan mereka berdua.

"Lana,apa ni? Orang tengok tau tak? You tu wife papa I. Tak sedar lagi ke?"Putra cuba melepaskan lengannya dari pegangan Lana.

"Alah you tu stepson I. Apa salahnya"Lana masih cuba mengeratkan pelukan di lengan Putra.

Iman yang melihat pergelutan pelukan lengan tersebut mencebik. Meluat melihat sikap mengada-ngada Lana dan juga Putra yang lembik sangat. Setakat peluk sikit pun tak boleh nak lepaskan. Putra pun seakan terlupa kewujudan Iman yang sedang menunggu di belakangnya. Tiba-tiba perut Iman berkeroncong. Baru dia teringat. Dia belum makan tengahari lagi. Dipandangnya Putra yang sibuk dengan Lana untuk melawat ayahnya.

F*ck First,Love LaterTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang