Part 22 - Depression

22.1K 494 36
                                    

Iman menangis teresak-esak didalam biliknya. Dia tak menyangka yang ayahnya berkeras untuk mengahwinkan dia dengan Amirul.

*previously*

"Pakcik nak kamu bawa keluarga kamu datang hujung bulan ni. Buat cara beradat"

"Ba..baiklah pakcik. Saya akan inform ibu saya and suruh dia prepare apa-apa yang patut"Amirul gugup namun bibirnya menguntum senyuman penuh makna.

"Hmm. Kamu pula Iman,hujung bulan ni balik. Ayah akan siapkan majlis merisik sekali bertunang. 2 bulan saja bertunang kemudian kamu berdua perlu bernikah"Encik Shazni memberi kata putus.

"Iman takkan balik. Ayah buatlah majlis apa pun tapi Iman takkan balik! Iman tak akan kahwin dengan Amirul!"Iman membentak.

"Iman Amanda! Kalaupun kamu tak balik,majlis tetap akan berjalan. Dan kamu tetap akan menjadi tunangan Amirul. Jangan bantah cakap ayah!"

Iman hanya terduduk menangis dan Iman Firdaus datang memeluk bagi menenangkannya. Amirul sudah tersengih-sengih. Firdaus hanya merenung Amirul tajam.

**********

Pagi Ahad itu,Iman sudah menyiapkan dirinya untuk pulang ke Kuala Lumpur. Ayahnya sedari malam tadi tidak menegurnya. Selalunya jika Iman berkurung didalam bilik kerana merajuk,ayahnyalah yang akan datang untuk memujuknya makan. Namun malam tadi,ayahnya cuma membiarkan saja Iman seorang di dalam bilik. Langsung tidak dihirau anak gadisnya itu. Apabila Iman merasa lapar,dia turun ke dapur dan dilihat ada lauk di atas meja. Ayahnya masih kisahkan keadaannya cuma mungkin marah kerana membelakangkan dirinya dalam hal penting tersebut.

Iman turun perlahan-lahan dengan beg ditangan kirinya. Dilihat sunyi rumah itu. Hujung bulan ni,meriahlah dengan hiasan untuk majlis bertunangnya. Dia juga belum memberitahu Putra hal tersebut. Dia mahu merahsiakan perkara ini selagi termampu. Dia tidak kuat untuk melihat kekecewaan di wajah Putra. Wajah paling dikasihinya kini. Ayahnya tidak kelihatan,cuma kelibat abangnya saja sedang menyediakan sarapan di dapur.

"Eh adik! Nak balik dah ke?"

Iman hanya menganggukkan kepalanya lemah sebelum duduk di meja dapur tersebut.

"Kenapa awal sangat? Abang belum puas lepas rindu kat adik"Iman Firdaus membuat riak wajah sayunya. Iman bangkit lalu memeluk lengan abangnya yang sedang menggoreng nugget. Kemudian dilentokkan kepalanya ke lengan abangnya dengan muka menghadap ke belakang. Kemudian dirasakan air matanya mengalir perlahan

"Benci betul ayah kata adik. Adik nak balik,tapi ayah tak ada pun kat rumah"sedih hatinya mengenang ayahnya pagi-pagi lagi sudah meninggalkan rumah. Entah kemana.

Iman Firdaus rasa sayu apabila adiknya berkata begitu. Kemudian dilentokkan kepalanya ke kepala adiknya.

"Ayah tengah marah. Adik kenalkan ayah tu. Ayah mana pernah marah lama-lama. In fact,ayah tak pernah marah pun. Mungkin dia kecil hati bila adik rahsiakan benda yang besar macamni dari pengetahuan dia"Iman Firdaus cuba memujuk.

"Hmmm. Adik nak balik ni. Abang jaga diri eh"Iman melepaskan pelukan dilengan abangnya.

"Breakfast dulu please? Penat abang masak"

Iman menjenguk ke kuali.

"Goreng nugget apa yang penatnya abang...."Iman tersenyum kecil.

************

"Iman,you kat mana? I dah sampai KL ni"ceria suara Putra menerjah ke telinga Iman. Setiap pagi dan malam memang Putra akan menelefonnya. Mereka akan bercerita tentang bagaimana perjalanan hari masing-masing. Namun semalam,Iman tidak mengangkat langsung panggilannya. Yelah orang tengah sibuk menangis. Namun Putra tak pernah marah kalau dia tak angkat telefon. Siap whatsapp goodnight wish.

F*ck First,Love LaterWhere stories live. Discover now