Part 26 - Kebenaran

22.1K 555 27
                                    

"Ayah tahu Iman masih cintakan Putra"

"Lepastu macammana? Takkan kita nak rahsiakan dari pengetahuan adik? Buatnya dia mengamuk taknak majlis berjalan nanti"Iman Firdaus meluahkan kerisauannya.

"Ayah tahu adik kamu bukan macamtu. Kamu jangan berani-berani buka mulut. Lagipun Iman tak tahu keadaan Amirul sekarang. Ayah rasa lebih elok macamtu"

Iman Firdaus hanya mengangguk. Dia tahu ayahnya lebih arif mengenai kebahagiaan adiknya. Dan pastinya itu juga adalah keutamaannya. Jadi Iman Firdaus hanya bersetuju.

Dia juga dapat merasakan yang Putra amat mencintai adiknya dan mampu menjaganya dengan baik. Tanpa pengetahuan Iman,Amirul sebenarnya terlibat dalam kemalangan yang mengakibatkannya kini koma di hospital.

Amirul yang baru saja pulang dari rumah Iman setelah membuka rahsia mengenai Putra ketika itu membawa kereta pada kelajuan yang agak membahayakan. Tanpa disedarinya,sebelum dia lalu di kawasan itu,sebuah lori yang membawa muatan minyak masak telah terbalik mengakibatkan sesetengah botol minyak telah pecah dan menyebabkan jalan licin.

Semasa di selekoh,Amirul yang bernyanyi girang kerana dapat dirasakan kemenangan miliknya tanpa sedar telah tertekan minyak lalu keretanya tergelincir ketika melalui jalan licin tersebut. Keretanya berpusing sebanyak 5 kali sebelum terbalik melanggar penghadang jalan dan masuk ke laluan bertentangan. Dia yang pada masa tersebut tidak memakai tali pinggang telah tercampak keluar melalui tingkap yang pecah dan kepalanya terhentak penghadang jalan dan jatuh terkulai di tengah jalan.

Kecederaan yang dialaminya agak parah. Encik Shazni hanya mengetahui keadaan Amirul setelah dia menelefon ibu Amirul untuk memberitahu mengenai pertunangan antara Iman dan Amirul. Belum sempat dia menyampaikan hasratnya,berita yang lebih buruk tiba ke pengetahuannya. Dan dengan rancangan antara dia dan Ibu lah terjadinya pertunangan antara Putra dan Iman.

Ibu memberitahu bahawa dia tak sanggup lihat Iman terseksa lagi dengan menidakkan cintanya pada Putra. Ibu redha andainya Iman tidak menjadi menantunya. Ibu inginkan Iman bahagia. Ibu juga memberitahu Encik Shazni mengenai masalah mental disorder Amirul dan dia meminta supaya Encik Shazni merahsiakan keadaan Amirul sehinggalah majlis pertunangan selesai.

Keesokan harinya,melihatkan Putra yang datang ke rumahnya dalam keadaan serabut risaukan Iman,Encik Shazni tahu anak gadisnya itu bakal dijaga dengan elok oleh Putra. Mereka merencanakan majlis pertunangan itu bersama ibu saudara Putra memandangkan kesihatan ayahnya tidak mengizinkan. Majlis yang hanya dirancang selama 3 hari itulah yang bakal menjadi kejutan buat Iman.

*********

"Eh bakal pengantin ni malu-malu pulak. Abang duduklah dekat tepi Kak Iman! Misha nak ambik gambar"celoteh adik sepupu Putra. Anak kepada Mak Teh. Mak Tehlah yang menyarungkan cincin ke jari manis Iman sebentar tadi.

Iman hanya terkebil memandang Putra. Dia tak faham situasinya sekarang.

'Bakal pengantin? Aku memanglah tapi Putra? Jangan cakap...'

"Assalamualaikum Iman. Boleh I duduk sebelah ni?"Putra bersuara sambil menunjukkan pelamin tempat duduk sebelah Iman. Iman hanya membatu,memandang Putra tidak berkelip.

'Eh baju dia purple jugak. Sama'

"Kak Iman,tunjuk cincin tu! Misha nak ambik gambar ni"

Iman hanya menurut. Sempat dia menoleh ke arah Putra. Putra merenung kedalam mata Iman penuh kasih. Iman juga membalas renungan tersebut. Selalunya dia rasa seperti hendak pecah hempedunya apabila merenung mata redup Putra tapi tidak kali ini. Dia rasa tenang dan kini terubat rindunya terhadap Putra. Namun ego seorang Iman Amanda membuatkan dia bertindak sebaliknya.

"Eh abang ni! Pandang Kak Iman macam nak telan tu kenapa? Seram pulak Misha tengok"Misha berkata lalu meraup-raup tengkuknya. Seram sejuk kot.

Iman yang tersedar akan situasi tersebut segera bangun dari pelaminnya meninggalkan Putra yang terkebil dan terus menuju ke biliknya. Majlis memang sudah selesai tapi masih ada yang sibuk bergambar dan makan. Iman tidak mengendahkan semua itu. Dia terus berlalu masuk ke dalam biliknya dan menguncikan dirinya. Dia keliru. Ditanggalkan veil di kepalanya dan dicampak ke atas katil.

Ketukan di pintu bertalu. Tidak diendahkan. Kenapa lain yang dirancang,lain yang jadi? Apa maksud semua ni? Kemudian kedengaran ketukan lagi. Kali ini lebih kuat.

"Iman,come out sayang. Pihak lelaki nak balik dah tu"suara Encik Shazni di sebalik pintu itu. Iman menarik nafasnya panjang. Dirapikan wajahnya di hadapan cermin soleknya kemudian dia membuka pintu. Wajah Encik Shazni ditatapnya lama seolah meminta penjelasan.

"Nanti ayah explain"

Iman terus berlalu turun dan menyalami wanita tua yang menggelarkan dirinya Mak Teh sebentar tadi. Kemudian semasa menyalami Misha,iaitu adik sepupu kepada Putra,Misha terus memeluknya.

"Akak jaga diri okay! Tak sabar tunggu akak dengan Abang Putra kahwin! "Ceria suara Misha. Iman seakan tergamam. Tidak tahu hendak membalas apa.

"Ish apa kamu ni Misha. Macam jadi kakak ipar kamu pulak"Mak Teh mencelah.

"Mestilah! Isteri Abang Putra mestilah kakak ipar Misha"

"InshaAllah Misha. Misha pun belajar rajin-rajin ya"hanya itu yang mampu Iman balas.

Kemudian matanya tertancap pada kelibat Putra yang sedang berbual mungkin dengan saudara maranya juga di pintu. Diperhatikan lelaki yang dicintainya itu sebelum matanya ditangkap oleh mata Putra. Kemudian Putra mengenyitkan matanya. Iman yang menyedari perbuatan itu hanya menjeling sebelum berlalu meninggalkan mereka bersalaman untuk pulang.

****************
Finallyyyyyyy :')

I'm so happy when i tulis this chapter. Hahahhahaha. Emosi kan writernya pun. Lol. If you feel the same way pls pls pls drop some comment guys! I truly appreciate it! I suka baca comment2 you alls! Suka sangatttt.

Keep on vote and comment okay. Stay tuned for updates! Love you alllllll

Muahhxx
ammara clarissa ♡

F*ck First,Love LaterWhere stories live. Discover now