Part 13 - Journey

35.9K 564 15
                                    

Iman terjaga pada pukul 630 pagi. Terus dia bergegas untuk menunaikan kewajibannya sebagai umat islam. Setelah selesai menunaikan solat subuh,dia segera mengambil telefonnya dan menelefon Ari. Dia perlukan penjelasan.

Setelah 10 kali mencuba akhirnya kali ke-11 baru Ari mengangkat telefonnya.

"Eh! Kau tak bangun subuh ke Ari?"

"Siapa ni?"mamai cara Ari menjawab panggilannya.

"Kau buka mata kau tengok nama siapa yang call kau" getus Iman geram.

"Ohh,Iman! Ish kau ni,pagi-pagi dah call aku ni apahal? Kacau lah kau ni."

"Eh pagi memanglah pagi,kau bangunlah subuh. Rezeki tau bangun pagi-pagi"

Iman nak nasihat konon pasal rezeki,padahal waktu dia menganggur dulu 2x5 je perangainya. Lagi lambat kot bangun.

"Aku period Iman. What's wrong with you? Call nak bebel-bebel pulak. Bila kau ganti Mak Yam ni?"Ari menjawab.

"Mak Yam kau ke Mak Yam aku?"Iman bertanya keliru. Sebabnya,arwah mak Iman dan mak Ari mempunyai nama yang sama dan panggilannya pun sama. Seorang Maryam Anisa,seorang lagi Mas Maryam.

"Eh kau ni,Mak Yam aku lah. Kan kaki bebel tu. Hehehe. Kau nak apa ni Iman Amanda bt Shazni?"

"Ohh! Erm aku nak tanya,kenapa kau bagi nombor aku kat Amirul? Kau tau kan aku dah taknak jumpa dia and taknak ada kaitan dengan dia?"akhirnya Iman menjelaskan sebab dia menelefon pagi-pagi buta ni.

"Erm.. urm.. hurmm.."

"Kau apahal?"

"Aku tak sengaja. Aku marah dia waktu dia pm aku kat fb and masa marah-marah tu, aku terceritalah macammana keadaan kau waktu tu. Macammana teruknya kau waktu tu,so dia rasa bersalah ke apa taktaulah. Tu yang dia minta nombor kau nak minta maaf. "

Iman mendengus. Ari menyambung lagi.

"Aku memang taknak bagi,sungguh Iman. Tapi bila aku fikir balik,you deserve an apology Iman. So both of you will have your heart at peace. I'm just doing my part Iman. I'm sorry Iman"Ari berkata lemah.

Ari sememangnya rakan yang baik. Pada hari kejadian,semasa Amirul sedang tidur keletihan,Iman segera menelefon Ari untuk mengambilnya dan membawanya pergi pada pukul 4 pagi. Ari yang sedang tidur waktu tu,mendengar suara Iman yang tersekat-sekat terus datang dalam masa 15 minit saja.

Ari ni bukannya jenis orang yang bawa kereta laju,tapi apabila Iman dalam kecemasan,tiba-tiba dia seakan mendapat satu dorongan untuk segera tiba untuk mengambil Iman. Setelah mengambil Iman,dia tidak segera bertanya apa yang terjadi. Dibiarnya Iman menangis memeluknya adalah dalam 20 minit sampai tertidur. Tapi dikerlingnya baju Iman yang koyak di bahu. Sudah dapat diagak apa yang terjadi,namun dia diamkan saja dan membiarkan rakan baiknya itu tenang dahulu.

Setelah Iman bangun dan tenang,dia meminta supaya Iman menceritakan apa yang terjadi. 3 hari Iman murung dan tidak berkata apa-apa. Tak makan dan tak minum hanya ditemani air mata sehinggalah akhirnya Iman pengsan kerana terlalu lemah. Doktor mengesahkan yang Iman mengalami trauma dan lemah kerana tidak menjamah sebarang makanan.

Dalam keadaan Iman yang lemah,Ari terpaksa mendesak Iman untuk menceritakan apa yang berlaku. Dalam tamgisannya,Iman menceritakan pengalaman perit dalam hidupnya itu kepada Ari. Sebaik saja mengetahui nasib yamg ditimpa rakan baiknya itu,Ari ingin melakukan report polis namun dihalang Iman. Iman cuma meminta dibawa ke suatu tempat yang jauh. Jauh dari Amirul.

"Aku tak salahkan kau lah yang,aku cuma nakkan penjelasan. Aku ambil masa bertahun cuba lupakan apa yang jadi and now sesenang tu dia nak minta maaf?"Iman menjelaskan keadaan.

F*ck First,Love LaterWhere stories live. Discover now