Part 10 - Bestfriend Comeback

42K 568 19
                                    

Hari kedua bekerja,Iman hanya termangu menunggu panggilan telefon. Deskwork semua Lisa yang siapkan. Bukan Iman yang suruh tapi dah memang itu kerja Lisa.

"Daripada aku melanguk ni,baik aku keluar pergi sembang-sembang dengan Lisa."

Mak tak bekerja hari itu. Ada hal keluarga katanya. Tinggal Iman dan Lisa sahaja di office. Iman menjenguk Lisa diluar dari biliknya, Lisa menyiapkan kerja sambil sesekali tangannya memegang handphone. Texting kot. Iman keluar untuk menegur Lisa.

"Banyak ke kerja Lisa?"

Kelam kabut Lisa menyembunyikan telefonnya. "Eh Cik Iman! Saya tak perasan pula tadi Cik Iman keluar bilik"

Iman rasa nak tergelak tengok Lisa yang kelam-kabut bila Iman menegurnya. Macam nampak hantu.

"Apalah awak ni nak bercik-cik dengan saya. Sama je dengan Mak. Panggil je Iman. Saya pun pekerja macam awak kan"

"Eh,haritu Encik Putra kata ada bos baru ganti tempat dia. Bukan Cik Iman ke?"

"Eh mana adalah Lisa. Btw,semalam kita tak sempat nak berkenalan. Awak macam busy sangat. Saya Iman Amanda. Saya P.A Encik Putra. Bukan bos baru awak. Hehehe"sengih Iman.

"Yeke. Saya mati-mati ingat awak ni bos baru"

"Oh tu yang kelam kabut simpan handphone eh bila saya tegur tadi?"

Lisa hanya tersengih sambil membetulkan tudungnya. Belum Lisa sempat menjawab apa-apa handphone Iman berbunyi. Iman bergegas masuk ke biliknya.

"Lah,aku ingat bos tadi. Apalah bos aku ni,saja bagi aku cuak. Nak ugut aku supaya aku tak main phone lah tu. Baik juga Iman tu. Nampak muka macam sombong. Hihihi"bebel Lisa seorang diri dan meneruskan kerjanya.

"Hello Iman! Banyak ke kerja tu?"ceria suara disebelah sana.

"Hye. Banyak sangat. Menimbun!"perli Iman.

"Hahahhaha. You bosan eh? I'm downstairs. Turunlah. Let's go and get some food. After that,I ada meeting. You ikut I."

"Yes! Finally!"

"Amboi seronoknya nak ikut I. Hahaha. Okayy Iman. Now okayyy."

"Eih perasanlah. Yeeeee. Bye."Iman terus mematikan talian.

"Akhirnya something productive!"

Selesai berkemas,Iman terus bergegas untuk turun ke bawah. Lisa telah diberitahu akan kepergiannya. Seronok semacam muka Lisa. Boleh mengelat buat kerjalah tu memandangkan tinggal dia seorang dalam office.

Putra membawa Iman ke foodcourt area Bangsar kerana di situ terdapat sebuah kedai yang menyediakan the best nasi goreng in town lah bak kata Putra. Putra memang bukan jenis memilih makan di tempat yang fancy. Tepi jalan pun okay asalkan bersih,halal dan sedap.

"Foodcourt je. You okay ke?"

"Eh apa pulak tak okay. Kadang-kadang makanan kat foodcourt ni lagi sedap daripada makan kat tempat mahal-mahal tau"Iman membalas. Putra cuma tersenyum.

Semasa sedang menunggu makanan,Iman tak dapat menahan diri dari menanyakan Putra soalan.

"You,I nak tanya ni"

"Apa dia? Tanyalah"

"Kenapa you hire I bekerja? I tengok you boleh je arrange schedule you. And dekat office,apalah sangat kerja I. You boleh buat sendiri tau"

"Betul you nak tau? " Iman mengangguk pantas. Comel juga dengan ponytail dia and baju kurung satin plain warna hijau pucuk pisang,macam student kolej lagi pun ada Iman ni punya comel.

"Sebab you tu jobless. Cukup baik lah I nak bagi you kerja. Cuba bersyukur sikit. Banyak tanya pulak"annoying cara Putra menjawab lalu dia ketawa. Iman hanya menjeling, sakit hati dengan jawapan Putra.

"Nasib you ni bos I tau,kalau tak..."

"Kalau tak apa? You nak panah hati I dengan panahan mata tajam you tu ke?"Putra mengenyitkan mata sambil menongkat dagu menghadap Iman.

"Ish you ni! Bencilah!"rajuk Iman terus memalingkan mukanya ke arah bertentangan.

'Tapi comel jugak dia buat macamtu'Iman berkata dalam hati.

Putra hanya ketawa melihat gelagat Iman. Semasa makanan sampai,ada sekumpulan pekerja lelaki baru sampai untuk makan tengahari di situ juga. Putra nampak seorang lelaki,macam dia kenal dari jauh. Lelaki tersebut juga memandangnya lama.

"OMG! Look at you!"Putra menegur lelaki dibelakang Iman.

'Eh siapa pulak dia tegur ni? Ah lantaklah aku makan lagi baik'Iman meneruskan suapannya.

"Putra! Wei lamanya kita tak jumpa. Adalah dalam setahun lebih"

'Macam aku kenal suara ni'namun Iman masih belum memalingkan muka.

"Yelah lama sangat kau menyepi. Membawa diri ke?"

"Aku pergi UK settlekan business ayah aku kat sana. Ayah aku sakit"

"Oh Alhamdulillah. Eh btw,kenalkan ni PA aku."Putra memperkenalkan Iman kepada kawannya. Iman memusingkan badannya. Macam nak pitam dirinya apabila melihat siapakah yang bersuara daripada tadi.

"Iman,ni kawan baik I. Dulu kitorang selalu main futsal together. But dah lama kitorang tak jumpa. Kenalkan,Amirul"

Lelaki yang menghancurkan jiwanya. Lelaki yang merosakkan maruah dirinya. Lelaki yang menghancurkan harapan Iman terhadap lelaki lain. Lelaki yang Iman tak harap untuk berjumpa buat selama-lamanya. Kini lelaki itu ada di depan matanya. Kawan baik kepada bosnya Menggigil tangan Iman. Rasa kalau ditikam 14 kali pun,belum tentu puas hatinya.

"Amirul,ni Iman. Iman Amanda. PA aku."tanpa menyedari ketegangan yang berlaku,Putra terus mengenalkan Iman kepada Amirul.

Amirul hanya terpaku. Terimbau kembali kekejaman yang dilakukan terhadap Iman. Belum sempat dia meminta maaf,Iman terlebih dulu melarikan diri. Dalam kebingungan,ayahnya ditimpa sakit. Lalu dia terbang ke UK untuk mengambil alih perniagaan ayahnya.

Namun tidak pernah sesaat pun dia melupakan Iman dan niatnya hanya satu,untuk mendapat kemaafan daripada Iman. Air mata lelakinya bergenang melihat kemarahan di mata Iman. Dia benar-benar rasa bersalah. Namun apa yang dilakukannya tidak akan dapat diundur kembali.

Iman tidak mengendahkan salam perkenalan yang Amirul hulurkan.

"Putra,I sakit kepala lah. Can you send me back?"sengaja dilembutkan suaranya dan dilembikkan badannya. Tangannya memegang lengan Putra.

"Yeke? I rasa sebab ajinomoto dalam nasi goreng ni kot"Lalu Putra memapah Iman masuk ke dalam kereta.

"Must be. I tak larat sangat ni"mengada-ngada sungguh bunyinya. Tak sama langsung dengan Iman Amanda yang selama ni independent.

"Putra,no worries. I'll pay for your food. Bawa Iman balik. Dia migrain kot tu"

Putra dari jauh menunjukkan isyarat okay.

"Masih marahkah kau kat aku Iman?"Amirul menggumam sendiri. Terbit penyesalan dalam dirinya. Namun tak dinafikan,hatinya sakit melihat Putra memimpin Iman dengan mesranya.

**********
How was it? Phewww i still sakit gigi but i gagahkan juga sambung cerita ni. Mesti you guys kata apa kena mengena gigi dengan i nak sambung cerita?

Mestilah ada kena mengena! Sakit gigi lead to sakit kepala then lead to brain disfunction. Lol. Kidding. Mintak simpang lah brain disfunction...

Btw,thanks to the readers! Continue reading and thanks for the vote and comment too! I will update ASAP! I ♡ you guys!

Muahhxx
Ammara Clarissa.

F*ck First,Love LaterWhere stories live. Discover now