Part 19 - The Confession

26.8K 561 22
                                    

"Amirul,baru balik? Dari mana tadi?"

"Eh ibu! Tak tidur lagi? Sorry Mirul tak perasan tadi. Haah baru balik."Amirul tergagap.

"Mirul pergi mana? Ibu pergi office diorang kata satu hari Mirul tak masuk"Ibu berkata lembut. Dia tidak mahu memberi tekanan pada anaknya itu.

"Mirul ada hal tadi bu. Erm,Mirul naik atas dululah ye"terus Amirul naik ke atas dan dia terdengar ibunya berpesan supaya jangan lupa mengambil ubatnya.

Ya,ubat. Dia perlu bergantung dengan ubat sehinggalah doktor mengesahkan yang dia sudah pulih sepenuhnya. Mentally unstable,kerana terlampau banyak tekanan. Dia yang sangat rapat dengan arwah ayahnya,tidak boleh menerima hakikat setelah setahun menjaga ayahnya yang sakit,akhirnya ayahnya dijemput oleh Ilahi.

Rapuh sungguh dirasakan apabila memikirkan ibunya yang menjadi balu dan dia sendiri berdepan tekanan pemilik saham syarikat yang berebutkan jawatan di dalam syarikat setelah pemergian arwah ayahnya. Setelah diteliti wasiat yang keluar setelah sebulan ayahnya meninggal,ternyata pemilik saham terbesar masih milik keluarganya. Milik ibu. Namun disebabkan kesihatan ibu yang tidak mengizinkan,ibu telah menyerahkan saham syarikat itu sepenuhnya kepada Amirul.

Amirul yang langsung tidak berminat untuk menerajui syarikat bertambah tertekan apabila terpaksa memikul tanggungjawab itu memandangkan dia adalah anak tunggal. Namun sakitnya itu dirahsiakan daripada pemegang saham lain,kerana jika rahsia sakitnya itu terbongkar dia tidak akan dipercayai bagi menerajui syarikat tersebut. Itu lagi menambahkan tekanan pada Amirul yang perlu berpura-pura sihat.

Tiba-tiba semasa ibu sedang bersiap untuk naik ke biliknya,dia terdengar bunyi hempasan yang kuat dari bilik Amirul. Ibu bergegas naik untuk melihat keadaan Amirul. Alangkah pilu hati seorang ibu apabila melihat Amirul sedang meringkuk ditepi katilnya sambil menangis teresak-esak memeluk gambar Iman. Kemudian ibu melihat almari bukunya habis diterbalikkan. Mungkin itulah bunyi hempasan yang ibu dengar daripada bawah.

Ibu melangkah masuk ke bilik Amirul perlahan-lahan. Amirul yang melihatkan ibunya segera mengesat air matanya. Ibu terus memeluk Amirul yang sedang mengesat air matanya.

"Mirul jumpa dia bu...Dia dah tak macam dulu. Semua salah Mirul bu. Semua salah Mirul"Amirul menangis teresak-esak seperti anak kecil didalam pelukan ibu.

Ibu mengusap lembut belakang anaknya,cuba menenangkannya.

"Mirul"Ibu memanggil perlahan. Amirul mendongak.

"Mirul tak boleh macamni nak. Mirul tak boleh paksakan orang untuk sukakan kita sayang. Itu bukan cinta,itu kesian"sejurus ibu berkata begitu,Amirul terus melepaskan pelukan ibunya.

"Tak! Adda sayangkan Mirul! I know it! Mirul boleh nampak!"Amirul memberontak. Kemudian dia menggaru-garu kepalanya dan berjalan mundar mandir di dalam biliknya.

"Adda sayangkan Mirulkan? Kan ibu?!"Amirul membentak. Ibu yang terkejut hanya menganggukkan kepalanya dan mengesat air matanya. Dia tidak mahu Amirul nampak dia menangis. Doktor kata Amirul perlu duduk di persekitaran yang positif. Lalu ibu keluar membiarkan Amirul melayan perasaannya.

Ibu mengeluarkan telefonnya.

"Assalamualaikum Adda,esok Adda free? Ibu nak jumpa Adda."

************************************

"Assalamualaikum ibu"Iman menyapa setelah tiba di restoran ayam penyet di kampung baru tersebut. Harini merupakan hari Sabtu dan Iman sememangnya tidak mempunyai rancangan,memandangkan Putra juga sibuk menguruskan pengeluaran ayahnya daripada hospital. Jadi dia bersetuju saja apabila ibu mengajaknya berjumpa.

"Waalaikumussalam Adda"mereka bersalaman dan berlaga pipi.

Setelah memesan makanan,ibu memulakan bicaranya.

F*ck First,Love LaterWhere stories live. Discover now