Part 21 - The Final Decision?

24.5K 518 71
                                    

Iman tiba di rumah ayahnya yang terletak di Kuala Selangor selepas solat jumaat. Tiada siapa di rumah pada waktu itu. Selalunya selepas solat Jumaat,ayah Iman akan pergi ke kolam udang galahnya yang tidak berapa jauh dari kawasan rumahnya. Setelah merehatkan dirinya tiba-tiba perut Iman berbunyi. Kemain rancak lagi bunyinya.

Iman memalaskan dirinya bangun dari katil yang amat dirinduinya itu. Katil yang tidak pernah berubah dari dia meninggalkan rumah itu 3 bulan lalu. Dia menjengahkan kepalanya didalam peti ais. Mencari-cari apa yang boleh dimasak.

"Ada ayam je? Ayah ni tak pergi pasar ke?"Iman bebel seorang. Akhirnya dia memutuskan untuk membuat sup ayam apabila dilihat bahan-bahan yang diperlukannya mencukupi. Nasi ditanak dan dia pun membuka langkah untuk memasak. Gitu kau membuka langkah. TV dapur dipasang bagi menghilangkan kesunyiannya di dapur berseorangan.

Sedang leka memotong bawang di meja kecil yang dipanggil prep table oleh ayahnya itu,tiba-tiba Iman disergah dengan kuat. Iman segera melompat dari kerusi tinggi itu dan memusingkan badannya sambil tangannya mengacah pisau pemotong daging yang dipegangnya ke arah gerangan yang menyergahnya dan terjerit kecil.

"Woooooo,ni abang lah!"Iman Firdaus mengangkat tangannya seolah tidak bersalah.

"Ish abang ni! Kalau dah terbang pisau ni lekat kat dahi abang tadi,siapa nak jawab? Suka tau buat adik macamtu!"rengus Iman sebelum duduk semula ditempatnya. Iman Firdaus terus memeluk adik kembarnya yang sedang duduk dengan muka masam itu dari belakang. Kemudian dicium pipi adiknya itu.

"Sorrylah dik. Abang rindulah kat adik. Lama sangat tak balik."kemudian Iman Firdaus duduk di kerusi di hadapan adiknya. Iman hanya menjeling.

"Rindu tapi sergah-sergah adik. Kalau terkejut tadi,pengsan. Hah rindulah abang terus kat adik sampai bila-bila"sesudah berkata begitu Iman ketawa kecil. Tapi ketawanya mati apabila melihat wajah serius abang kembarnya yang memandang ke arahnya.

"Kenapa adik cakap macamtu? Abang taknak adik pergi dulu. Kalau nak pergi kita pergi sama-sama"sayu bunyinya. Iman yang rasa bersalah segera bangun dan memeluk abangnya itu.

"Siapa yang nak pergi sama-sama sangat tu?"kedengaran suara garau menyampuk perbualan mereka.

"Ayah!"

Iman melepaskan pelukan pada abangnya dan memeluk erat ayahnya.

"Ish Iman ni,bau bawanglah!"Encik Shazni mengomel namun tetap dipeluk satu-satunya anak gadisnya itu. Iman Firdaus yang melihat keadaan itu hanya tersenyum. Dia tahu betapa rindunya ayahnya pada Iman. Dia juga begitu. Yelah orang kata kembar ni mempunyai naluri yang sama. Lagi pula,mereka hanya dua beradik dan teramat rapat. Kembar pula. Lagilah kuat naluri mereka bersama. Semasa kecil,jika Iman demam,Firdauslah yang menjaga namun akhirnya dua-dua sekali demam bersama. Kadang sakit perut juga begitu. Siap boleh berpindah lagi sakitnya. Lepas sorang dah rasa okay,sorang lagi pula yang sakit. Macam-macam perangai mereka yang membuatkan Encik Shazni pening kepala namun mereka berdualah pengarang jantungnya. Rasanya sakit sekali jika ada sesiapa yang menyakiti anak-anaknya itu.

"Dahlah jom masak sama-sama,Iman lapar"Iman berkata setelah meleraikan pelukannya.

"Eh,adik yang sibuk nak masak,masaklah sorang. Suruh orang tolong pulak"Iman Firdaus mengusik adiknya.

"Ayah tengok abang,saja je nak buli Iman"Iman mengadu pada ayahnya. Iman Firdaus yang melihat keadaan itu hanya mencebik. Ayahnya hanya tersenyum melihat telatah mereka berdua.

"Tak apa,meh sini ayah tolong. Nak ayah tolong apa?"Encik Shazni memihak pada Iman. Iman tersengih dan menjelirkan lidahnya pada Iman Firdaus.

"Hah manjakan lah budak manja tu. Huhh"Iman Firdaus mengetuk perlahan dahi adiknya.

F*ck First,Love LaterOnde histórias criam vida. Descubra agora