Part 20 - Pening

25.2K 538 33
                                    

"I sayangkan you Iman Amanda. And I know about you and Amirul. I sayangkan you ikhlas dari hati I,bukan sebab I kasihankan you. Dah lama I nak bagitau,tapi tak ada masa yang sesuai. Sekarang ni I rasa,adalah masa paling sesuai sekali Iman. Apa yang I tahu,you pun dah mula sayangkan I kan?"

Terngiang-ngiang di telinga Iman akan pengakuan Putra siang tadi. Dia yang sedang berbaring di hadapan sofa di ruang tamunya tersenyum seorang diri sebelum telefon bimbitnya berbunyi.

"Assalamualaikum ayah,rindunya Iman!"

"Waalaikumussalam,ayah pun rindukan Iman. Kenapa lama tak call ayah?"

Benar,lama Iman tidak menelefon ayahnya. Dia terlampau sibuk dengan kerjanya dan juga masalah Amirul yang sering menganggunya.

"Iman minta maaf ayah,Iman sibuk sikit. Kerja baru ni kan biasalah ayah"Iman memberi alasan.

"Sibuk dengan buah hati ke Iman? Apa yang Iman tak beritahu ayah ni?"ayahnya menduga.

Iman berasa pelik. Apa maksud ayahnya?

"Apa maksud ayah? Iman tak faham"

"Iman tak bawa balik pun siapa calon Iman,tiba-tiba je nak kahwin"suara Encik Shazni seperti sedih saja.

"Siapa yang nak kahwin?!"terkejut sungguh Iman apabila ayahnya memberitahu yang dirinya bakal berkahwin.

"Tadi ibu kekasih Iman telefon. Nak datang rumah hujung minggu ni,katanya nak berbincang hal perkahwinan kamu berdua. Katanya Iman dan siapa nama budak tu. Ermm Amir? Ermm hah Amirul! Dia kata korang dah lama bercinta"

Buntang mata Iman mendengar khabar yang dibawa oleh ayahnya. Ibu! Dia tak tahu sama ada ibu dipaksa melakukan semua ini oleh Amirul atau ini sememangnya rancangan ibu.

"Jadi ayah cakap apa pada diorang?"

"Ayah cakap,ayah nak tanya Iman dulu. Iman balik ye weekend ni?"

"Hmm tengoklah"Iman menjawab lemah.

"Salah ke khabar yang ayah dengar?"

"Nanti balik Iman cerita kat ayah ye. Ayah jaga diri. Kirim salam Daus. Assalamualaikum"

"Waalaikumusalam"Encik Shazni menamatkan perbualan.

Peningnya datang semula. Apa lah dosa yang dilakukannya sampaikan perlu menanggung beban seperti ini. Lepas satu-satu. Dia perlu tidur dah merehatkan otaknya. Seharian otaknya bekerja menahan stress. Lama-lama gamaknya boleh darah tinggi,gol terus.

Semasa sedang cuba melelapkan matanya,telefon bimbitnya berbunyi menandakan Whatsapp masuk. Dengan mata terpisat-pisat cuba menyesuaikan dengan kecerahan handphonenya,dia membuka Whatsappnya.

From: Amirul

I rasa you dah tau kita nak bertunang this weekend kan? I told you,we will be together sweetheart.

Sah. Sahlah dah gila Amirul ni. Siapa yang setuju nak bertunang Iman pun tak tahu. Memang betullah doktor tu sahkan Amirul ni sakit mental. Tak payah doktor sahkan pun Iman percaya memang Amirul sakit mental,jiwa dan dia memang perlukan rawatan segera.

To: Amirul

You ni dah gila ke? Siapa yang nak bertunang dengan you? In fact,I akan berkahwin dengan Putra. Mungkin you tersalah majlis. But you are invited since he was your bestfriend too right?

'Padan muka kau Amirul!'getus hati Iman.

Bluetick. Mungkin Amirul terkejut. Typing. Masih mahu membalas nampaknya.

From: Amirul

Hahahha sweetheart,say what you want but it's confirmed that my family will come over and ask for your father's blessing. See you future wife. I love you. :*

F*ck First,Love LaterWhere stories live. Discover now