Part 15 - Personal Care

33.1K 602 21
                                    


Keesokan harinya, selepas bersarapan Iman dan Putra menghadiri mesyuarat yang diadakan di Sunway Hotel,Seberang Jaya. Mereka bersetuju untuk memilih syarikat Putra sebagai main designer untuk projek mereka yang terbaru. Ternyata perjalanan mereka hingga ke Penang membuahkan hasil. Mungkin dari segi pengalaman, Putra tidaklah mempunyai pengalaman yang begitu luas,namun idea yang diketengahkan dianggap fresh dan mereka menyenangi perihal Putra yang tidak nampak seperti terdesak untuk merebut projek tersebut.

"Tahniah Azibullah. Saya memang yakin syarikat awak boleh memikul tanggungjawab ni"salah seorang pengarah syarikat memberi ucapan tahniah kepada Putra setelah habis mesyuarat.

"Terima kasih Dato' Alias. Kalau tak kerana Dato' beri peluang pada saya untuk buat presentation harini,manakan saya nak dapat project ni" Putra merendah diri. Iman disebelah hanya memberikan senyuman kepada Dato' Alias.

"Saya cuma memberi peluang,dapat atau tidak itu bergantung pada usaha awak. Dan harini awak dah buktikan. Bukan setakat awak mewarisi syarikat ayah awak,tapi awak memang mewarisi bakat dia. Jadi apa yang awak buat,semua hasil usaha awak."Dato' Alias menepuk bahu Putra.

"Terima kasih Dato'. Jangan puji saya lebih-lebih,nanti tinggi sangat saya terbang Dato'. " Putra cuba berjenaka.

"Saya yakin awak bukan orang sebegitu. Cuma saya masih tak tahu kenapa tidak dari dulu ayah awak serahkan syarikat ni pada awak. Tapi takpe,awak pun dah buktikan sebaliknya. So,kita jumpa lagi on next meeting?"

Putra hanya mengangguk dan mereka bersalaman sebelum Putra meminta diri untuk pulang.

**************

Malam itu,Iman telah mengajak Putra untuk keluar dan menghabiskan malam mereka di Penang dengan berjalan di sekitar bandar Penang. Dia tahu apabila sudah tiba di KL nanti,dia pasti akan memikirkan Amirul,jadi apa salahnya sementara dia disini,dia menenangkan fikirannya.

"You! Slownya jalan. Jom lah kita tengok tu ada busking kat tepi tu"Iman mengajak. Ceria macam kanak-kanak nampak gula-gula pun ada. Putra yang nampak seperti lemah hanya mengikut saja Iman dan tersenyum melihat gelagat Iman.

Dilayan je kerenah Iman pada malam itu,Iman mengajak dia makan nasi kandar. Sesudah itu,diajaknya pula makan rojak sotong dan ABC. Tak padan dengan kurus Iman ni,tapi makan mengalahkan orang tak makan 3 hari. Namun Putra tidak merungut mahupun mengeluh. Diikutkan saja kehendak Iman. Order punya banyak tapi tukang menghabiskan sebenarnya adalah Putra. Sampaikan perut Putra naik sebu kerana banyak sangat makan. Pengakhirannya diajak Putra melihat orang busking tepi jalan,macam tak ada orang busking kat KL je Iman ni.

Kemudian semasa sedang berjalan menuju ke kereta,Iman menyedari yang Putra tak seperti biasa. Tak mengusiknya seperti selalu. Putra hanya mendiamkan diri dan mukanya kelihatan pucat. Iman tiba-tiba menjadi risau.

"You okay ke ni? Pucat semacam je muka you tu"Iman bertanya risau.

"Okay je. Kenapa? I nampak tak okay ke?"Putra cuba mengukir senyuman namun kelat je senyumannya.

"Obviously! Bibir you tu,nampak pucat semacam. Dengan mata you pun,dahlah memang jenis tak berapa nak buka mata tu,ni lagi nampak teruk mata you. You nampak jalan tak ni?"sempat lagi Iman mengutuk mata Putra dan ketawa kecil.

"Kalau bibir I pucat,cuba kiss? Mana tahu jadi elok?"Putra tersengih macam kerang busuk.

"Ish you ni! I serious ni,you boleh main-main pulak. Malas lah I nak tahu pasal you"Iman berjalan mendahului Putra,konon merajuk.

Kemudian dia memalingkan semula pandangannya kebelakang apabila dilihat Putra tidak mengejar memujuknya seperti selalu. Dia terkejut melihat Putra tiada di belakangnya. Setelah ditoleh sekeliling,Putra rupanya berada di sebuah pokok tepi jalan. Dia memuntahkan segala isi perutnya disitu. Iman segera berlari ke arah Putra. Terasa bersalah kerana merajuk di saat Putra sedang tidak sihat.

F*ck First,Love LaterWhere stories live. Discover now