00 | GRAY

132 17 1
                                    

"Kita putus, Kim Jiyun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Kita putus, Kim Jiyun."

Senyuman Jiyun yang dari tadinya lebar terus mati disebabkan sebuah ayat yang keluar daripada mulut lelaki yang berada di hadapannya ini.

Lelaki itu, Choi San namanya dan merupakan teman lelakinya.

Bergetar mata Jiyun memandang San. Air matanya juga hampir menitis di pipi tetapi ditahan hanya untuk membuktikan bahawa dia tidak lemah di hadapan lelaki ini.

Namun, lelaki itu hanya melihat Jiyun dengan pandangan yang endah tidak endah sahaja. Ke mana perginya sifat teman lelakinya yang dahulu?

Sifat yang sungguh prihatin terhadap hati dan perasaan Jiyun? Takkan sudah hilang. Secepat ini?

"San-ah."

Terketar-ketar suara Jiyun menyebut nama lelaki itu. Dia tidak kuat. Selama hampir setahun mereka bercinta, hanya San seorang yang menjadi tempat untuk dia mengadu dan mengeluh selain daripada abang kembarnya, Kim Sungyeon.

Tangan Jiyun cuba untuk mencapai tangan San tetapi lelaki itu lebih pantas. Dia segera mengambil beberapa langkah untuk menjauhi Jiyun tanpa memikirkan perasaan gadis itu.

"Kim Jiyun, aku tak sukakan kau lagi. Aku suka orang lain. Tolonglah faham." luah San.

Jiyun memandang San dengan wajah yang tidak percaya. Jadi, selama setahun mereka bercinta, San telah menyukai seseorang dalam diam. Tanpa pengetahuan Jiyun?

Jiyun menarik nafas sedalam-dalamnya lalu menghembuskannya. Perasaan sedih tadi secara tiba-tiba hilang disebabkan luahan San itu.

Dia mengukirkan senyuman sinis.

Tak sangka lelaki yang dia percaya selama ini sanggup menyukai gadis lain dalam diam. Jiyun mati-mati ingat, dia merupakan wanita yang pertama dan terakhir untuk San.

Tetapi semuanya adalah tipu belaka!

Jiyun melihat San lagi. Kali ini dengan pandangan yang penuh amarah.

"Kalau kau tak suka aku. Aku lagi tak suka kau! Dasar lelaki tak guna!" hambur Jiyun sepenuh hati lalu beredar dari situ dengan langkah yang laju.

Air matanya terus mengalir di pipi. Percayalah, semua kata-kata yang keluar daripada mulutnya tadi bukanlah dari lubuk hatinya yang sebenar. Semua kata-kata itu keluar akibat perasaan geramnya terhadap Choi San.












C H O IS A N

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

C H O I
S A N

K I MJ I Y U N

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

K I M
J I Y U N

J U N GW O O Y O U N G

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

J U N G
W O O Y O U N G

J U N GW O O Y O U N G

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

K I M
S U N G Y E O N

[OG] GRAY S1 + S2 | San ft WooyoungWhere stories live. Discover now