10 | GRAY

33 7 0
                                    

Jiyun menggigit ibu jarinya sebaik sahaja membuka kertas peperiksaan itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jiyun menggigit ibu jarinya sebaik sahaja membuka kertas peperiksaan itu. Matanya melihat pula pada pelajar yang berada di tepi dan belakang dirinya termasuklah Sungyeon.

Mereka semua kelihatan tenang apabila melihat soalan di dalam kertas ujian tersebut. Namun, tidak bagi Jiyun. Dia cemas.

Semuanya disebabkan soalan yang tertulis di dalam kertas ujian itu lain daripada soalan dan jawapan yang diberikan oleh appanya.

Takkanlah appanya sanggup memberikan skop soalan yang palsu kepada dirinya. Tak mungkin.

Jiyun menarik nafas dan menghembuskannya, cuba untuk menenangkan diri. Otaknya ligat berfikir untuk mencari jalan bagi mendapatkan jawapan daripada Sungyeon yang berada di sebelahnya.

Secara perlahan-lahan, Jiyun cuba untuk berbisik dengan Sungyeon. Malangnya, Sungyeon tidak melayan dirinya walaupun abang kembarnya perasan bahawa Jiyun cuba untuk memanggil dirinya.

"Oppa."

"Oppa."

"Oppa."

Bisikan perlahan Jiyun langsung tidak dilayan oleh Sungyeon. Malah, pelajar lelaki itu galak menulis jawapannya di atas kertas jawapan.

Jiyun mula berputus asa. Ibu jarinya digigit lagi sambil matanya melihat kertas soalan yang berada di atas mejanya.

Tangan kanannya mengiggil-gigil ketika cuba untuk menulis jawapan di atas kertas jawapannya.

"Hafal jawapan ini."

"Kalau tidak, siaplah kamu."

Kata-kata ugutan daripada Jongyun membuatkan Jiyun takut untuk menjawab ujian itu. Pelbagai situasi buruk yang berada di minda Jiyun apabila markah peperiksaannya keluar nanti.

Adakah markah akan menjadi semakin teruk?

Adakah appanya akan memukul dirinya dengan lebih teruk lagi?

Adakah selepas ini dia dapat hidup?

Jiyun memejamkan matanya rapat. Tak. Semua itu tak boleh berlaku!

Dia sudah serik apabila didera oleh appanya. Tetapi mengapa Sungyeon tidak menolong dirinya. Walhal Sungyeon sudah tahu hal yang akan berlaku apabila Jiyun mendapat keputusan peperiksaan yang teruk.

Jiyun tersenyum nipis melihat Sungyeon yang berada di sebelahnya. Begini perasaannya apabila dibelot oleh keluarga sendiri.

Oppa, oppa dah tak pedulikan Jiyun ke?

Jiyun terus berdiri di hadapan meja Sungyeon sebaik sahaja guru berlalu pergi dari kelas itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Jiyun terus berdiri di hadapan meja Sungyeon sebaik sahaja guru berlalu pergi dari kelas itu. Pelajar-pelajar yang berada di dalam kelas itu turut mengemas beg mereka untuk pulang ke rumah.

"Oppa." panggil Jiyun dengan suara yang ditahan-tahan. Matanya merenung Sungyeon tajam.

Dia geram dengan sikap Sungyeon. Abang kembarnya langsung tidak mempedulikan dirinya sewaktu dia berada di dalam kesusahan.

Sungyeon terus mengemas alat tulisnya lalu dimasukkan ke dalam beg tanpa mempedulikan Jiyun.

"Yah, Kim Sungyeon!" jerit Jiyun nyaring menyebabkan beberapa orang yang masih berada di dalam kelas itu memandang Jiyun dan juga Sungyeon.

San juga turut melihat kembar tidak seiras itu. Dahinya dikerutkan. Setahunya, Jiyun dan Sungyeon tidak pernah bergaduh. Malah, hubungan kembar itu sentiasa erat. Orang asing yang tidak mengenali kembar itu pasti ingat bahawa mereka berdua sepasang kekasih kerana sikap Jiyun dan Sungyeon yang sentiasa mengambil berat sesama mereka.

Sungyeon bangun dari duduknya setelah mengemas. Beg sekolahnya digalas pada bahu lalu kakinya melangkah keluar daripada kelas itu.

Jiyun terus mengejar langkah Sungyeon.

"Oppa!"

"Oppa!"

"Oppa!"

"Yah, Sungyeon!"

Sungyeon menghentikan langkahnya. Mulutnya melepaskan keluhan lemah lalu badannya dipusingkan ke belakang. Wajah Jiyun yang berada dalam 10 langkah di hadapannya dilihat.

"Perlu ke Jiyun ikut cakap appa?"

"Arahan appa tak semestinya semua betul dan tak semestinya Jiyun perlu ikut."

"You just make yourself worst, Kim Jiyun."

Setelah meluahkan semua yang terbuku di hatinya, Sungyeon berlalu pergi dari situ.

Jiyun mengenggam kedua-dua tangannya sambil merenung belakang Sungyeon yang semakin menghilang.

You just don't know me well, oppa.

Tbc

[OG] GRAY S1 + S2 | San ft WooyoungWhere stories live. Discover now