11 | GRAY

37 8 0
                                    

Jiyun menyerahkan topi kaledar San yang telah lama terperap di dalam rumahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jiyun menyerahkan topi kaledar San yang telah lama terperap di dalam rumahnya. Sudah banyak kali dia bercadang untuk membawa topi kaledar tersebut ke sekolah tetapi asyik lupa sahaja. Sudah seperti orang tua pun ada.

San menyambut topi kaledarnya bersama dengan senyuman lebar terukir di bibirnya. Mestilah kena senyum, gadis kesayangan sudah berada di hadapan mata.

Sudahlah sejak Jiyun masuk ke dalam perkarangan sekolah, gadis itu langsung tidak mengukirkan senyuman. Wajahnya mencuka sahaja.

San meneka mungkin Jiyun masih bergaduh dengan Sungyeon mengenai hal semalam. Tetapi San tidak dapat meneka perkara apa yang membuatkan kembar itu bergaduh.

"Terima kasih."

Tangan San bertindak mengusap rambut milik Jiyun sambil mengucapkan perkataan terima kasih. Jiyun terkedu dengan perbuatan San. Terus sahaja dia mengangkat wajahnya bagi melihat wajah lelaki itu.

"Aishiteru, Kim Jiyun."

Masuk-masuk sahaja ke dalam kelas, mata Jiyun disajikan dengan pemandangan yang menyakitkan hatinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Masuk-masuk sahaja ke dalam kelas, mata Jiyun disajikan dengan pemandangan yang menyakitkan hatinya.

Matanya terjegil melihat seorang pelajar lelaki dan seorang pelajar perempuan kelihatan mesra sekali. Manakan tidak, pelajar perempuan itu siap memeluk lengan pelajar lelaki itu lagi.

Jiyun mula bercekak pinggang. Hatinya panas apabila melihat adegan mesra pelajar lelaki dan perempuan itu.

"Mulai hari ini, Bohyun kekasih aku. Jangan berani-berani kacau dia lagi."

Pelajar lelaki itu memberi amaran kepada semua pelajar yang berada di dalam kelas itu. Matanya juga memandang satu persatu rakan sekelasnya.

Jiyun mula hilang sabar. Terus sahaja dia bersuara.

"Oppa, what is this? You couple with her?" soal Jiyun. Kepada siapa lagi dia ingin menyoal kalau tidak kepada Sungyeon.

Ya, Sungyeon baru sahaja mengumumkan hubungannya dengan Bohyun sebentar tadi.

Sungyeon terus menolehkan kepalanya melihat ke arah Jiyun. Wajah adik kembarnya memerah akibat menahan geram. Lelaki itu terus mengalihkan wajahnya ke tempat lain setelah melihat wajah Jiyun buat seketika.

Buat masa sekarang ini, dia tiada rasa untuk bercakap dan bertekak dengan Jiyun. Semuanya kerana appanya memberikan skop jawapan kertas peperiksaan kepada Jiyun.

Sungyeon tidak berdendam. Cumanya dia tidak berapa suka apabila terdapat pelajar yang meniru dan menipu dalam peperiksaan. Dia merasakan perkara itu tidak adil bagi pelajar-pelajar yang sudah bersusah payah mengulang kaji sehingga pagi bagi mendapatkan keputusan yang cemerlang.

Lain pula bagi Jiyun, kerana appa mereka berkuasa, dia mendapat skop jawapan peperiksaan dengan mudah dan senang.

Sungyeon mahu memberikan pengajaran kepada Jiyun supaya tidak melakukan perbuatan itu lagi. Dia mahu Jiyun berusaha sendiri bagi mendapatkan keputusan yang cemerlang tanpa perlu meniru.

Jiyun perlu belajar untuk hidup di dunia yang kejam ini. Tak semua perkara boleh meminta pertolongan daripada orang lain. Adakalanya, kita perlu berusaha untuk membuat perkara itu dengan sendiri.

Jiyun menggulingkan bebola matanya ke atas apabila dipulau oleh Sungyeon. Terus sahaja dia merenung wajah Bohyun tajam. Perampas yang merampas abang kembarnya.

Siap kau Choi Bohyun!

Siap kau Choi Bohyun!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[OG] GRAY S1 + S2 | San ft WooyoungWhere stories live. Discover now