03 | GRAY

46 8 0
                                    

Mata Jiyun asyik melihat pemandangan melalui tingkap keretanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mata Jiyun asyik melihat pemandangan melalui tingkap keretanya. Matahari sudah naik tetapi dia dan Sungyeon baru sahaja dalam perjalanan hendak ke sekolah.

Apa dia peduli. Bapanya kaya jadi dia dan Sungyeon tidak akan dikenakan sebarang tindakan disiplin sekiranya melanggar peraturan sekolah. Lagipun, bapanya pemberi dana utama sekolah ini.

Tanpa dana daripada Kim Jongyun, pasti sahaja sekolah ini akan ditutup kerana bankrap. Namun, Tuan Kim telah menyelamatkan sekolah ini lantas menjadikan sekolah ini sekolah paling terkenal di seluruh Seoul.

Hera Arts High School.

Secara tiba-tiba, mata Jiyun menangkap kelibat seorang pelajar lelaki yang sedang memanjat tembok untuk masuk ke dalam kawasan sekolah.

Hanya itu sahaja cara untuk masuk ke dalam sekolah tanpa didenda. Bukan seperti Jiyun dan Sungyeon, pelajar yang paling menerima banyak keistimewaan.

"Berhenti."

Arahan yang keluar daripada mulut Jiyun terus diterima oleh pemandunya. Kereta tersebut terus dihentikan di bahu jalan.

Dengan lagaknya, Jiyun keluar daripada keretanya. Langkah kakinya dibawa ke arah pelajar lelaki yang cuba untuk memanjat tembok sekolah.

"Ehem ehem."

Pelajar lelaki itu terus menolehkan kepalanya ke belakang kerana deheman Jiyun. Risau sekiranya perbuatannya ini tertangkap dengan guru disiplin.

Pelajar lelaki itu terus menghadiahkan jelingan yang tajam kepada Jiyun sebaik sahaja wajah gadis itu menghiasi matanya.

Menyampah.

Jiyun mengukirkan senyuman sinis. Pelbagai agenda jahat tersemat di otaknya tika ini.

Pelajar lelaki itu mengeluh kasar. "Kau nak apa?"

Amboi, kasar sungguh bahasa. Cakap elok-elok tak boleh ke?

Jiyun tidak membalas sebaliknya wajah lelaki itu direnung lama.

Jiyun kenal ke dengan pelajar lelaki itu? Mestilah kenal! Kalau tak kenal, tak adalah dia beriya-iya nak menegur lelaki ini. Buang masa sahaja.

"Tak ada lah. Aku saja nak tengok kau panjat tembok ni." balas Jiyun dengan senyuman yang masih terukir di bibirnya.

"Blah lah. Aku rimas dengan kau." balas pelajar lelaki itu kasar.

Jiyun mencebikkan bibirnya namun arahan lelaki itu tetap dipatuhi. Kakinya terus melangkah kembali ke arah keretanya lalu badannya masuk ke dalam kereta itu membuatkan pelajar lelaki itu berasa pelik.

Awat senang sangat Jiyun itu mengikut arahan seseorang? Ada agenda tersembunyi ke?

Kereta tersebut kembali bergerak meninggalkan pelajar lelaki itu yang sedang terpinga-pinga.

"Kenapa kau buat macam tu tadi dekat dengan San? Kau minat dia ke?" soal Sungyeon sebaik sahaja Jiyun kembali semula ke kereta.

Jiyun tersenyum sinis. Pandangan mata Sungyeon dibalas. "Aku nak tunjukkan pada budak berlagak tu siapa yang berkuasa sekarang ni" balas Jiyun perlahan tetapi sinis.

Kereta akhirnya diberhentikan di hadapan sekolah. Jiyun dan Sungyeon masing-masing keluar daripada kereta lalu masuk ke dalam kawasan sekolah tanpa ditahan. Guru disiplin yang berdiri di tepi pun tidak mempunyai kuasa untuk mendenda mereka.

"Saem." panggil Jiyun perlahan apabila tiba di hadapan guru disiplin itu.

Choi saem terus mengangkat keningnya apabila dipanggil oleh Jiyun. Dia mahu mengetahui perkara yang mahu diungkapkan oleh Jiyun.

"Tadi saya nampak rakan sekelas saya, San cuba nak panjat tembok sekolah. Saem pergilah tengok dia tu. Asyik nak elakkan denda je." ujar Jiyun sinis tanpa dia sedar dia pun sama sahaja seperti San.

Hanya disebabkan Tuan Kim, dia dan Sungyeon dapat menggelakkan diri daripada didenda.

Choi saem terus melangkah laju ke arah tembok sekolah yang dikatakan oleh Jiyun itu. Kalau tidak dapat mendenga Jiyun dan Sungyeon, mendenda San pun jadilah.

Jiyun dan Sungyeon terus melangkah menuju ke bangunan sekolah walaupun mendapat pandangan jelik daripada pelajar-pelajar yang datang lewat di situ.

Mereka semua jelik dengan sikap Jiyun dan Sungyeon yang sentiasa mendapat keistimewaan. Mentang-mentang anak orang kaya. Pui!

They are special...

They are special

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tbc

[OG] GRAY S1 + S2 | San ft WooyoungWhere stories live. Discover now