02 | GRAY 2

16 4 2
                                    

Jiyun mengerutkan dahinya apabila terdapat sebuah kotak susu strawberi bersama dengan sehelai sticky note di atas mejanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jiyun mengerutkan dahinya apabila terdapat sebuah kotak susu strawberi bersama dengan sehelai sticky note di atas mejanya. Kepalanya terus melihat keadaan sekelilingnya, mencari individu yang meletakkan susu strawberi dan sticky note di atas mejanya.

Namun, semua pelajar di dalam kelas itu sedang melakukan hal masing-masing. Kalau tidak pun, mereka bersembang dalam sebuah kumpulan.

Jiyun mengangkat keningnya. Takkan ada pelajar yang mahu meluahkan perasaan melalui sticky note kot. Tak mungkinlah.

Takkan lah dia orang masih menggunakan cara lama ini lagi? Kolot betul.

Tangannya laju mencapai sticky note tersebut lalu dibacanya dalam hati.

If you fell down yesterday, stand up today.

Kata-kata semangat? Tapi kenapa? Sebelum-sebelum ini, tiada satu habuk sticky note pun singgah pada mejanya tetapi mengapa hari ini secara tiba-tiba ada?

Paling penting sekali, siapa yang mahu memberikan kata-kata semangat kepada dirinya? Choi San? Takkanlah, dia dah ada teman wanita. Buat apa nak sibuk-sibuk dengan Jiyun lagi.

"Apa tu?" tegur Sungyeon yang sudah lama memerhatikan Jiyun. Matanya curi-curi melihat sticky note dan susu strawberi yang berada di atas meja Jiyun.

Tanpa sebarang arahan, Jiyun terus menyerahkan sticky note itu kepada Sungyeon tanpa teragak-agak. Sungyeon terus melihat dan membacanya.

"Uyoo, Jiyun dah ada peminat." puji Sungyeon bersama dengan sebuah senyuman bangga di wajahnya. Tangannya menyerahkan sticky note itu kembali kepada Jiyun.

Peminat. Tapi siapa?

"Kau nak tahu tak, aku nampak Jiyun asyik pandang-pandang San je waktu dalam kelas tadi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kau nak tahu tak, aku nampak Jiyun asyik pandang-pandang San je waktu dalam kelas tadi."

Terus terhenti perbuatan Jiyun yang mahu menyuapkan makanan ke dalam mulutnya disebabkan perbualan dua orang pelajar lelaki yang duduk di belakangnya.

Mungkin pelajar lelaki itu tidak sedar bahawa orang yang sedang menjadi topik utama duduk berdekatan dengan mereka. Kalau tahu, pasti dia orang tidak berani untuk mengutuk Jiyun.

"Dia suka San lagi lah tu. Maklumlah, putus secara tiba-tiba kan." kata pelajar lelaki yang lagi seorang, cuba untuk merancakkan lagi perbualan.

Jiyun mengetap bibir, geram.

Memanglah dia asyik pandang San aja tadi. Dah dia satu kumpulan dengan San untuk pembentangan sejarah. San minta pendapat dia, jadi dia terpaksalah pandang lelaki itu.

Nanti kalau tak pandang, kena tuduh ada hati dengan San lagi. Ni, pandang pun kena tuduh. Dia orang nak apa sebenarnya?

"Attention seeker memang macam tu. Maklumlah, mak dia baru mati kan. Mestilah dia nak perhatian lebih daripada lelaki."

Sungyeon memandang Jiyun dengan pandangan yang risau. Risau sekiranya Jiyun menyerang dua orang pelajar lelaki itu secara tiba-tiba.

Kalau setakat, simbah air tidak apa. Ni, sudahlah di hadapan mereka terdapat semangkuk sup panas. Sungyeon takut je Jiyun menyimbah sup panas itu terhadap orang pelajar lelaki itu.

Seram bila difikirkan perkara itu berlaku.

Jiyun menyuapkan makanan ke dalam mulutnya sebagai cara untuk menghilangkan kemarahannya.

Satu suap.

Dua suap.

Tiga suap.

"Nasib baik mak dia mati awal. Biar sedar diri tu sikit."

Splash!

Dalam sekelip mata, pelajar lelaki yang duduk di belakang Jiyun sudah basah kuyup.

Jiyun dan Sungyeon sama-sama melihat ke arah pelajar lelaki itu. Kembar tersebut agak terkejut dengan kejadian tersebut kerana bukan Jiyun yang menyimbah air pada pelajar lelaki itu tetapi pelajar lelaki yang lain!

"Ahh, maaf. Cawan ni tergelincir." ujar Wooyoung penuh selamba. Kepalanya yang tidak gatal juga digaru.

"Maaf, ya?" penuh polos Wooyoung meminta maaf sambil melihat ke arah pelajar lelaki yang sudah basah kuyup itu.

Kemudian, tangannya mencapai pula air milik pelajar lelaki yang masih penuh itu. Air itu dituang pula pada pelajar lelaki yang seorang lagi, tanpa sebarang perasaan.

"Ahhh, maaf. Tangan aku tergelincir lagi."

Dua orang pelajar lelaki itu diam tidak berkutik apabila disimbah air dikalayak ramai. Mereka berdua langsung tidak berani untuk memarahi Wooyoung.

Mata Wooyoung melihat ke arah Sungyeon dan Jiyun buat seketika lalu kakinya melangkah untuk beredar dari situ.

Satu langkah.

Dua langkah.

Tiga langkah.

Dia berhenti melangkah lalu kepalanya melihat ke arah dua orang pelajar lelaki tadi. "Mak aku pun mati awal." ujarnya bersama dengan sebuah senyuman lalu dia beredar dari situ.

Dua orang pelajar lelaki yang disimbah air tadi menarik nafas lega apabila Wooyoung mula beredar.

Seram apabila bersua mata dengan Jung Wooyoung, pembuli sekolah paling kejam. Lebih kejam daripada Kim Jiyun.

 Lebih kejam daripada Kim Jiyun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tbc

[OG] GRAY S1 + S2 | San ft WooyoungWhere stories live. Discover now