17 | GRAY

30 9 0
                                    

"Jiyun!"

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.


"Jiyun!"

"Jiyun!"

"Kim Jiyun!"

Jiyun terus mempercepatkan langkahannya apabila namanya dipanggil berterusan oleh Sungyeon. Dia semahu-mahunya menggelakkan dirinya daripada Sungyeon.

Persaan kecewa dan sakit hati terhadap Sungyeon masih tersisa dalam dirinya. Sebenarnya dia juga mahu berbaik dengan Sungyeon tetapi apabila teringatkan pengkhianatan yang dibuat oleh Sungyeon, dia terus melupakan niatnya itu.

"Jiyun!"

Suara Sungyeon semakin mendekat membuatkan Jiyun berasa cemas. Dia syak pasti Sungyeon berlari untuk mengejar dirinya.

Akhirnya, lengannya dipegang oleh Sungyeon membuatkan kakinya berhenti melangkah. Kepalanya tidak ditolehkan menghadap Sungyeon sebaliknya dia melihat ke tempat lain. Di mana-mana sahaja asalkan matanya tidak tertacap pada wajah Sungyeon.

"Nak apa?"

Kasar sahaja Jiyun menyoal abang kembarnya itu. Dia tiba-tiba tidak ada mood untuk bercakap dengan Sungyeon.

Sekarang ini, apabila dia berhadapan dengan Sungyeon, automatik dia akan naik angin. Sumpahan Kim Sungyeon agaknya.

"Mianhae."

Sungyeon menundukkan wajahnya ke lantai.

"Mianhae. I'm just a useless brother to you."

"Mianhae, Jiyun-ahh"

Mendayu sahaja suara Sungyeon meminta kemaafan daripada Jiyun. Namun, Jiyun langsung tidak tersentuh dengan ayat daripada Sungyeon itu. Sebaliknya, dia tersenyum sinis melihatkan Sungyeon yang seperti terdesak mendapatkan kemaafan daripada dirinya.

Jiyun menolehkan wajahnya menghadap Sungyeon juga pada akhirnya. Tangan Sungyeon yang memegang lengannya terus ditepis.

"I know. Heh. Bye, useless brother!"

Perlahan tapi mampu membuatkan sesiapa yang mendengarnya tersentap termasuklah Sungyeon.

Jiyun terus beredar dari situ tanpa mempedulikan perasaan Sungyeon yang sudah remuk dan berkecai akibat kata-katanya.

Sungyeon hanya melihat Jiyun yang semakin menjauhi dirinya dengan pandangan yang kecewa. Dia kecewa dengan dirinya dan juga Jiyun.

Nampaknya, perang dingin sudah pun bermula.

She called you a useless brother. You are really useless.

Jiyun tersenyum lebar sebaik sahaja melihat San sedang menanti dirinya di pintu pagar sekolah

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.


Jiyun tersenyum lebar sebaik sahaja melihat San sedang menanti dirinya di pintu pagar sekolah. Hari ini lelaki itu tidak menaiki motornya ke sekolah jadi dia merancang untuk pulang bersama dengan San.

Amaran daripada Kim Jongyun dihiraukan oleh Jiyun. Apa dia kisah, takkan appanya sanggup membunuh anak sendiri hanya kerana Jiyun keluar dengan San.

Tak logik bukan?

Heh, kalau setakat dipukul, Jiyun langsung tak peduli. Dia sudah lali didera oleh appanya.

Rambut milik Jiyun diusap lembut oleh San sebaik sahaja gadis itu berdiri berdekatan dengan dirinya.

San mengukirkan senyuman nipis. "So,

[OG] GRAY S1 + S2 | San ft WooyoungDove le storie prendono vita. Scoprilo ora