27 | GRAY

29 7 0
                                    

Bang!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bang!

Jiyun menumbuk meja kantin sekuat hatinya. Suasana kantin tadi yang riuh-rendah terus menjadi sunyi sepi.

Bagus, memang ini yang dimahukannya.

Jiyun bangun dari duduknya lalu melangkah ke arah meja sekumpulan pelajar perempuan yang berkata buruk terhadapnya tadi. Dia memegang bahu salah seorang pelajar perempuan di meja itu.

"Nuguseyo?!" lantang sungguh suara pelajar perempuan itu menyoal. Lagaknya seperti anak orang penting sahaja di sekolah ni.

"Saya kaki kikis yang awak cakap tu. Bekas teman wanita Choi San sunbae yang awak semua agung agungkan tu." kata Jiyun selamba.

Pelajar-pelajar perempuan di meja itu membulatkan matanya apabila mendengar ayat Jiyun. Terus sahaja mereka menundukkan wajah ke bawah melihat meja. Langsung tidak melihat ke arah Jiyun.

Huh, tahu takut. Tadi berlagak sangat!

Bahu pelajar perempuan itu ditepuk perlahan. Wajahnya didekatkan pada telinga pelajar itu. "Aku tahu aku kaya so what? Kau jeles?" sinis sahaja Jiyun memperli.

Wajah pelajar perempuan itu mulai pucat. Terus sahaja dia mengambil tindakan untuk berlutut di hadapan Jiyun.

"Mianhae, sunbae."

Kawan-kawannya yang lain turut mengikuti perbuatan gadis itu.

"Mianhae, sunbae."

"Mianhae, sunbae."

Senyuman mengejek terukir di bibir Jiyun. Beg dompet yang berada di poket bajunya dicapai. Beberapa not wang 10000 won dicapai lalu dibalingnya pada pelajar-pelajar perempuan itu.

"Nah, kaki kikis ni baik hati nak sedekah. Ambillah. Cakap buruk depan aku kalau nak duit lagi. Aku bagi. Tapi dengan cara macam ni lah."

Mengiggil-gigil badan semua pelajar perempuan yang sedang berlutut itu dibuatnya. Seram dengan perangai Jiyun yang seakan-akan naik hantu itu.

Sungyeon secara tiba-tiba memegang lengan Jiyun perlahan membuatkan Jiyun menolehkan wajahnya melihat ke arah Sungyeon. Sungyeon menggelengkan kepalanya perlahan tanda 'cukuplah'.

Jiyun menggulingkan matanya ke atas lalu mengeluh perlahan. Matanya melihat semula ke arah pelajar-pelajar yang melutut di hadapannya.

"Terima kasih kerana bergossip pasal aku. Baiklah, kaki kikis ni nak minta diri dulu. Harap-harap kita tak bertembung lagi lah lepas ni, ye." seusai memberikan kata-kata berbaur amaran, Jiyun terus beredar dari situ bersama dengan Sungyeon dan Bohyun.

Oh ya, dia dan Bohyun sudah lama berbaik dan sekarang hanya Bohyun yang sudi menjadi rakannya selain daripada Sungyeon.

"Takutlah tu." luah Jiyun tidak puas hati tentang pelajar-pelajar perempuan yang berkata buruk terhadap dirinya.

"Heh, dorang ingat keluarga dorang tu berkuasa sangat lah. Appa lagi berkuasalah! Kalau aku mengadu kat appa, confirm dorang kena buang sekolah terus. Biar padan muka!"

Sungyeon hanya menggelengkan kepalanya sahaja melihat perangai baran Jiyun yang sudah kembali itu.

Tapi memang betul pun apa yang Jiyun katakan tadi. Dengan sekali arahan, appanya boleh membuang mana-mana pelajar yang membuatkan Jiyun dan Sungyeon tidak selesa.

Hidup ini semuanya berkaitan dengan wang.

Jiyun tersenyum kegembiraan apabila melihat ommanya sudah menunggu dirinya dan Sungyeon di hadapan sekolah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jiyun tersenyum kegembiraan apabila melihat ommanya sudah menunggu dirinya dan Sungyeon di hadapan sekolah. Dia melambai ommanya yang berada di seberang jalan bersama dengan wajah yang ceria.

Agaknya, ommanya mahu meletakkan kereta di perkarangan sekolah namun penuh dengan kereta-kereta keluarga yang lain. Jadi, ommanya terpaksa meletakkan kereta di seberang jalan dan wanita separuh abad itu perlu melintas jalan untuk pergi ke Jiyun dan Sungyeon.

Sera turut tersenyum apabila melihat anak gadisnya tersenyum. Semalam, dia sudah bercakap dari hati ke hati dengan Jiyun. Jadi, hubungan mereka berdua bertambah baik.

Secara perlahan-lahan, Jiyun mula faham akan keadaannya dan dia juga dapat memahami keadaan Jiyun. Mereka berdua sebenarnya memerlukan komunikasi untuk memahami satu sama lain malangnya perkara itu jarang sekali berlaku.

Semuanya disebabkan sibuk dengan urusan masing-masing.

Sera berjalan melintas jalan apabila lampu isyarat bertukar warna merah.

Pin!

Pin!

Sera terkaku apabila sebuah kereta laju meluncur ke arahnya. Matanya melihat ke arah Jiyun dengan pandangan yang sayu.

Bang!

Dalam sekelip mata, tubuh Sera terbang ke udara lalu mendarat di atas jalan. Darah mula mengalir keluar dari kepalanya.

"Omma!" jerit Jiyun dan Sungyeon serentak. Mereka berdua segera berlari mendapatkan Sera.

Secara perlahan-lahan mata Sera tertutup dengan rapat. Perkara terakhir yang dilihat ialah anak kembarnya, Kim Jiyun dan Kim Sungyeon.

 Perkara terakhir yang dilihat ialah anak kembarnya, Kim Jiyun dan Kim Sungyeon

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tbc

[OG] GRAY S1 + S2 | San ft WooyoungWhere stories live. Discover now