24 | GRAY

32 7 0
                                    

Jiyun cuba untuk bereaksi dengan normal apabila berhadapan dengan San dan juga Hana selepas kejadian semalam

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.

Jiyun cuba untuk bereaksi dengan normal apabila berhadapan dengan San dan juga Hana selepas kejadian semalam.

Semalam, sebaik sahaja dia melihat San dan Hana berpegangan tangan, dia terus berlalu pergi seakan-akan tiada apa-apa perkara menarik yang berlaku.

Lain pula dengan Sungyeon, lelaki itu segera menghilangkan dirinya apabila terserempak dengan San mahupun Hana. Abang kembarnya itu seakan-akan menyimpan dendam terhadap San dan Hana.

San dengan Hana pula agak kekok apabila bercakap dan ketika berada berdekatan dengan Jiyun. Mereka berdua serba salah.

Yelah, orang dah buat salah lepastu kantoi depan mata. Tak ke rasa bersalah? Tak ada perasaan agaknya kalau tak rasa bersalah.

Apabila kaki Sungyeon dan Jiyun selamat masuk ke dalam rumah, Jiyun terus diserang oleh Sungyeon melalui kata-katanya.

"Jiyun, putus dengan dia sekarang juga."

"Oppa dah tak boleh tahan dengan perangai jantan dengan betina tu. Gatal nak mampus! Kalau dah berpunya, buat cara berpunya. Ini menggatal dengan perempuan lain!"

"Lepas tu datang sekolah dengan perempuan tu macam tak ada apa-apa yang jadi semalam. Sedarlah Jiyun, dia curang depan mata Jiyun semalam."

Jiyun membuat keputusan mendiamkan diri apabila Sungyeon menghamburkan kemarahannya. Dia tahu, Sungyeon tidak memarahinya tetapi memarahi San dan Hana.

Dia juga tahu Sungyeon sudah lama bersabar sewaktu di sekolah tadi. Sungyeon bukan seorang lelaki yang bodoh. Dia takkan memalukan seseorang di hadapan orang ramai sekadar untuk mendapatkan perhatian. Lelaki itu lebih rela memendam rasa.

"Oppa, bagi Jiyun masa-"

"Masa apa lagi? Tak cukup ke masa yang Jiyun dah bagi kat dia selama ni."

Sungyeon memberhentikan kata-katanya buat seketika.

"Jiyun tahu tak, dia dah lama curang dengan Jiyun. Dah sebulan! Oppa nampak sendiri dengan mata oppa. He kissed Hana, Kim Jiyun! Bukan secara paksa tetapi suka rela."

Sungyeon mengusutkan rambutnya. Dia cuba untuk bertenang dengan menarik nafas dan menghembuskannya. Saat ini dia memang geram dengan Choi San.

Memang Sungyeon pernah melihat San mencium Hana sebulan lalu tetapi dia mengambil keputusan untuk tidak memberitahu pada Jiyun. Sungyeon ingatkan San akan meminta putus pada Jiyun. Malangnya, sampai ke hari ini hubungan San dan Jiyun masih berjalan walaupun sudah tertangkap semalam.

"Oppa, Jiyun merayu pada oppa jangan masuk campur dalam hubungan Jiyun. Biar Jiyun selesaikan perkara ni walaupun benda tu akan menyakitkan Jiyun." ujar Jiyun perlahan lalu melangkah masuk ke dalam biliknya.

Sungyeon mengeluh lemah. Belakang badan Jiyun yang kian menjauh dilihat dengan pandangan yang sayu.

Why you become like this, Kim Jiyun?

Jiyun melihat telefonnya berulang kali

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.

Jiyun melihat telefonnya berulang kali. Nombor San di aplikasi mesej ditekan kemudian ditenung lama.

Sejak dari tadi dia mahu menghantar mesej kepada San untuk bertemu dengan lelaki itu. Malangnya, satu mesej pun masih tidak dihantar kepada lelaki itu.

Jiyun takut. Takut sekiranya dia berjumpa dengan San, lelaki itu terus meminta untuk memutuskan hubungan mereka.

Jiyun tidak mahu perkara itu terjadi walaupun sudah terang lagi bersuluh San curang dengan dirinya.

Haihhh.

Satu keluhan kecil keluar daripada mulut Jiyun.

Sejak bila dia menjadi penakut?

Oh, lupa. Mesti sejak dia mula bergantung harap kepada San.

Jiyun mengukirkan senyuman segaris. Kenapa dia perlu melalui perkara ini?

Drtt!

Telefon Jiyun berbunyi tanda sebuah mesej telah masuk. Dengan perlahan-lahan, Jiyun membuka telefonnya.

Mesej daripada San!

From : sannie💝
+ Jumpa kat sungai Han pukul 5 petang.
+ Ada sesuatu yang perlu kita bincangkan.

Jiyun mengetap bibirnya.

Inikah saatnya mereka akan putus?

Inikah saatnya mereka akan putus?

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.

Tbc

[OG] GRAY S1 + S2 | San ft Wooyoungحيث تعيش القصص. اكتشف الآن