26 | GRAY

34 8 0
                                    

Balik-balik sahaja daripada bertemu dengan San, Jiyun terus melangkah laju masuk ke dalam biliknya tanpa mempedulikan ommanya dan Sungyeon yang sedang berbual-bual di ruang tamu

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.

Balik-balik sahaja daripada bertemu dengan San, Jiyun terus melangkah laju masuk ke dalam biliknya tanpa mempedulikan ommanya dan Sungyeon yang sedang berbual-bual di ruang tamu.

Bang!

Pintu biliknya juga dihempas kuat lalu dikuncinya membuatkan ommanya dan Sungyeon terkejut dengan perbuatan Jiyun itu. Nasib baiklah appanya masih belum pulang dari tempat kerja. Kalau tidak, pasti Jiyun akan dipukul lagi.

Risau dengan keadaan anak gadisnya, Choi Sera iaitu omma kepada Jiyun dan Sungyeon terus bangun dari duduknya.

"Sungyeon tunggu sini. Biar omma yang pergi tengok Jiyun." arah Sera. Sungyeon hanya akur sahaja dengan arahan ommanya.

Kaki Sera terus menuju ke bilik Jiyun yang berada di tingkat atas. Setelah tiba di hadapan bilik anak gadisnya itu, jarinya mengetuk pintu bilik Jiyun perlahan.

"Jiyun-ahh, gwenchanha?"

Jiyun tidak menyahut namun dia dapat mendengari bunyi tangisan keluar daripada bilik itu.

Anak gadisnya itu sedang menangis. Atas sebab apa, itu dia tidak pasti.

Sera mengetuk lagi pintu Jiyun. "Jiyun-ahh, buka pintu ni. Biar omma masuk." pinta Sera cuba untuk memujuk Jiyun agar Jiyun membuka pintu biliknya.

Satu saat.

Dua saat.

Tiga saat.

Sera mengeluh lemah.

"Jiyun, buka pintu ni sebelum omma sendiri yang buka pintu ni." ugut Sera lagi berharap agar Jiyun membuka pintu biliknya.

Satu saat.

Dua saat.

Tiga saat.

Empat saat.

Lima saat.

Klik!

Pintu bilik terus dibuka dan terpaparlah wajah Jiyun yang kemerahan serta dipenuhi air mata.

Hik!

Hik!

Hik!

Air mata Jiyun jatuh semakin lebat apabila melihat wajah ommanya. Dia benci apabila wanita itu melihat sisi lemahnya tika ini.

Menangis kerana lelaki. Tch, memang tak pernah dibuat oleh Kim Jiyun langsung!

Sera terus masuk ke dalam bilik Jiyun lalu menarik gadis itu ke dalam dakapannya. Belakang gadis itu diusap lembut.

"Omma, I hate him." esak Jiyun

"Betul apa yang hik appa cakap, dia memang tak layak untuk hik Jiyun tapi Jiyun teruskan bercinta dengan hik dia. Jiyun memang hik tak guna." tersedu-sedan Jiyun meluahkan perasaan marahnya kepada ommanya.

Sera mengusap belakang Jiyun. "Jiyun-ahh, omma ada. Omma akan sentiasa ada untuk Jiyun." pujuk Sera lembut.

Bermula dari situ Jiyun menceritakan dan meluahkan semua perkara yang terjadi kepada Sera. Daripada bagaimana dia bermula berkenalan dengan San sehinggalah sewaktu mereka berdua putus.

Semuanya diceritakan termasuklah hal-hal kecil sekali pun.

Yes, she begin to trust her own mother.


Berita tentang putusnya hubungan Jiyun dan San menjadi topik utama di sekolah keesokkan harinya. Manakan tidak, Jiyun dan San menjadi salah satu calon 'the sweetest couple this year' selain daripada pasangan Sungyeon dan Bohyun.

Namun, hubungan Jiyun dan San terputus di tengah jalan begitu sahaja tanpa seorang pun tahu sebab sebenarnya. Alih-alih, San terus mengumumkan hubungannya dengan Hana pada keesokkan harinya juga.

Semua pelajar menganggap bahawa Jiyun merupakan punca utama Jiyun dan San putus. Yelah, Jiyun kan kaya manakala San itu sedang-sedang sahaja. Status sosial mereka begitu berbeza!

Mereka menganggap Jiyun tidak tahan dengan keadaan San yang miskin lalu meminta putus.

Sungyeon mengenggam penumbuknya apabila khabar angin mengenai adiknya tersebar meluas. Kini, semua pelajar melihat adiknya dengan pandangan yang jijik.

Mahu sahaja dia memukul dan menumbuk satu demi satu pelajar yang berkata buruk terhadap Jiyun. Sungyeon geram!

Yang Jiyun pun satu, hanya menayangkan wajah bekunya apabila semua orang bergossip tentang gadis itu. Mana perginya perangai Jiyun yang dahulu?

"Kau tahu tak, aku dengar cerita Jiyun sunbae tu kaki kikis. Dah habis kikis duit San sunbae baru minta putus."

"Itulah, aku pun dengar benda yang sama. Kalau dia orang pergi berjanji temu pun mesti guna duit San sunbae walaupun Jiyun sunbae tu kaya."

"Heh, dah kaya bertambah kaya. Biasalah tu."

Bang!

Jiyun menumbuk meja kantin itu sekuat hatinya. Biar satu kantin mendengarinya.

Sungyeon terkejut dan membulatkan matanya melihat Jiyun. Bibirnya mula mengukirkan senyuman.

She's back.

Tbc

[OG] GRAY S1 + S2 | San ft Wooyoungحيث تعيش القصص. اكتشف الآن