22 | GRAY

31 7 0
                                    

Enam bulan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Enam bulan.

Selama enam bulan Jiyun telah bercinta dengan San.

Selama enam bulan ini jugalah dia sentiasa dipukul oleh Jongyun kerana masih tidak memutuskan hubungannya dengan San.

Pak!

Tali pinggang tersebut tepat dipukul pada betis Jiyun.

Pak!

Kali ini belakang badan Jiyun menjadi mangsa.

Jiyun menggetap bibirnya menahan kesakitan. Dia tidak mahu mengeluarkan sebarang bunyi daripada mulutnya. Ini kerana, Jongyun akan terus-terusan memukul dirinya selagi mulut Jiyun mengeluarkan bunyi walaupun bunyi kesakitan.

Kim Jongyun tidak suka!

Bunyi-bunyian tersebut menyebabkan hatinya panas.

Dia marah apabila anak perempuannya tidak mendengar kata-katanya. Diibaratkan Jiyun tidak akan mendengar kata-katanya lagi selepas ini.

Jongyun tidak mahu! Anak-anaknya perlu mengikut semua kata-katanya.

Tali pinggang yang berada di dalam genggaman Jongyun dicampakkan ke tepi. Tangannya mencapai pula sebuah rotan tebal yang terletak di atas mejanya.

Seperti tahu-tahu akan nasibnya, Jiyun terus menadahkan tapak tangannya lalu dia memejamkan matanya.

Tidak sanggup melihat tangannya dipukul.

Pak!

Pak!

Pak!

Pak!

Pak!

Semua pukulan tersebut tidak mendarat di tapak tangan malah mendarat di lengan Jiyun. Habis berbekas tangannya disebabkan pukulan tersebut.

Parut yang lama pun belum hilang. Ini ditambah lagi dengan parut yang baru. Bila lah parutnya mahu hilang?

"Jiyun, putus dengan dia sebelum kau dipukul sampai mati."

To : sannie💝+ San, I miss you

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To : sannie💝
+ San, I miss you.

Jiyun mengeluh lemah apabila melihat mesej yang dihantar langsung tidak dibuka dan dibaca oleh San.

Mesej itu merupakan maksud tersirat kepada San yang Jiyun memerlukan dirinya dan gadis itu mahu bertemu dengan lelaki itu.

Selalunya, lokasi mereka bertemu ialah di taman berdekatan dengan Joubsey Palace. Lokasinya sentiasa sama dan langsung tidak berubah.

Jam yang berada di pergelangan tangan dilihat. Sudah hampir satu jam dia menunggu San. Kebiasannya, San tidak akan lewat sebegini. Paling-paling lewat pun dalam 20 minit.

Tidak pernah pula San membiarkan Jiyun tersadai di taman ini secara keseorangan di waktu malam pula tu.

Kaki Jiyun mula melangkah perlahan-lahan mengelilingi taman itu. Sambil-sambil matanya melihat ke arah bintang-bintang yang bergelipan di langit.

Sungguh cantik ciptaan Tuhan.

"Hana!"

Telinga Jiyun terdengar suara yang amat dikenalinya memanggil seorang perempuan yang digelar sebagai Hana.

Jiyun ingin menyibuk. Dia menyembunyikan dirinya di belakang pokok-pokok yang terdapat di situ. Kepalanya ditolehkan sedikit untuk mengintai.

Kelihatan sepasang kekasih seakan-akan sedang bergaduh di situ. Si lelaki cuba untuk memujuk si gadis tetapi si gadis menepis pegangan tangan si lelaki itu.

"Hana, listen to me."

Jiyun mengecilkan matanya untuk melihat wajah pasangan kekasih itu. Suara pasangan kekasih itu begitu didengari oleh Jiyun.

Satu saat.

Dua saat.

Tiga saat.

Matanya terus membulat apabila dia dapat mengecam wajah pasangan kekasih itu.

"Hana, I'm sorry. Okay?" kata lelaki itu separa merayu. Dia memeluk tubuh gadis itu dengan erat manakala gadis itu membalas pelukan tersebut.

"Janji tak buat lagi?" soal gadis itu. Lelaki itu mengangguk laju. Terus sahaja bibirnya dilabuhkan pada bibir gadis itu.

Badan Jiyun terus sahaja menggigil melihat perkara itu. Bukan disebabkan takut tetapi geram.

Dia begitu kenal dengan pasangan kekasih tersebut.

"Choi San. Lee Hana." sebut Jiyun perlahan tanpa didengari oleh sesiapa.

Ya, lelaki itu ialah Choi San, teman lelakinya manakala gadis itu ialah Lee Hana, rakan karibnya.

Senyuman sinis terukir pada bibir Jiyun.

You lie to me after what I've done to you.
Huh, such a liar.

Huh, such a liar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tbc

[OG] GRAY S1 + S2 | San ft WooyoungWhere stories live. Discover now