12 | GRAY

36 8 0
                                    

Splash!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Splash!

Jiyun terus menyimbah secawan air pada muka Bohyun. Dia geram dengan gadis itu. Berani sungguh dia bercinta dengan Sungyeon!

Jiyun tersenyum sinis apabila melihat wajah Bohyun yang sudah basah akibat disimbah dengan secawan air.

Jiyun memang tak dapat nafikan bahawa Bohyun memang cantik tetapi dia jelik apabila Sungyeon bercinta dengan budak kelas pertengahan seperti Bohyun.

Sungyeon dan Bohyun langsung tidak sesuai. Ibarat langit dengan bumi sahaja! Perempuan yang sesuai dengan Sungyeon hanyalah perempuan yang mendapat pengiktirafan daripada dirinya dan bukan sembarangan perempuan.

"Yah, Kim Jiyun!" jerit Sungyeon dari kejauhan. Matanya membulat melihat keadaan Bohyun yang basah kuyup. Kakinya laju melangkah ke arah Jiyun dan juga Bohyun.

Pelajar-pelajar yang berada di kantin itu berbisik-bisik sesama mereka apabila melihat keadaan ini. Sudah seperti drama di tv!

Sungyeon terus mendapatkan Bohyun. Blazer yang dipakai di badannya terus dibuka lalu diberikan kepada Bohyun.

"Bohyun-ahh, gwenchanha?" soal Sungyeon separa risau. Matanya sejak dari tadi tertumpu kepada Bohyun. Dia langsung tidak menoleh ke arah Jiyun walau satu detik pun.

Jiyun menggulingkan matanya apabila melihat situasi romantik antara abang kembarnya dan juga Bohyun. Kalaulah ada anugerah pasangan kekasih paling romantik, mesti Sungyeon dan Bohyun akan mendapat tempat pertama.

"Heh!"

Sungyeon mengetap bibirnya. Dia cuba untuk mencari keberanian dan kesabaran untuk menghadapi perangai jelik Jiyun. Lelaki itu akhirnya mendapat keberanian untuk bertentang mata dengan Jiyun.

"Jiyun, why you do this?"

Lembut sahaja nada yang digunakan oleh Sungyeon untuk bercakap dengan Jiyun. Dia takut sekiranya dia menggunakan nada yang kasar, perangai Jiyun semakin menjadi-jadi lalu membuatkan dia hilang sabar.

Jiyun memeluk tubuhnya. Matanya melihat Bohyun yang sedang basah kuyup itu dengan pandangan yang sinis.

"Oppa, dia tak layak untuk oppa."

"Apa yang menyebabkan Bohyun tak layak untuk bersama dengan oppa? Dia bukan lelaki, dia perempuan. Dia bukannya tua sampai berpuluh-puluh tahun. Umur dia sama dengan oppa. Jadi, sebab apa Jiyun kata Bohyun tak layak untuk oppa?"

Jiyun terdiam buat seketika. Matanya melihat ke arah Bohyun buat seketika. Kelihatan perempuan tidak sedar diri itu sedang mengukirkan senyuman mengejek kepada Jiyun.

"Sebab dia miskin dia tak layak untuk oppa! Perempuan murahan macam dia ni tak layak untuk bercinta dengan oppa. Baju yang dia pakai ni pun layak untuk buat kain buruk sahaja lah!"

PANG!

Pipi Jiyun terus terteleng ke kanan akibat dilempang oleh Sungyeon. Bukannya perlahan tetapi kuat sehingga pelajar yang berada di luar kantin pun dapat mendengari bunyi lempangan itu.

Jiyun mengetap bibirnya. Wajahnya kembali melihat Sungyeon. Abang kembarnya turut terkedu dengan perbuatannya itu nanti.

Mata Jiyun mula berkaca. Tak sangka Sungyeon sanggup melempang dirinya kerana Bohyun. Matanya tajam merenung Sungyeon.

"Heh, Oppa lebih pentingkan perempuan ni daripada Jiyun?"

"I hate you, Kim Sungyeon!"

Jiyun terus melangkah untuk beredar dari situ.

Mata Jiyun melihat pemandangan badan yang berada di hadapan matanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mata Jiyun melihat pemandangan badan yang berada di hadapan matanya. Dia sekarang berada tidak lain dan tidak bukan kawasan bumbung sekolah. Hanya di sini dia dapat menangis sepuas-puasnya serta menenangkan hatinya.

Sekali-sekala air matanya masih mengalir di pipi. Dia agak terkilan dengan Sungyeon.

Lelaki itu tidak pernah menjentik mahupun mencubit dirinya. Tiba-tiba, tadi dia dilempang oleh Sungyeon. Selama ini, dia ingat Sungyeon akan menyebelahi dirinya buat selama-lamanya. Tetapi tidak.

Sedarlah Jiyun, Sungyeon sudah berubah. Dia berubah kerana Bohyun, perempuan tidak guna dan tidak sedar diri itu.

"Yah, Kim Jiyun."

Jiyun menggulingkan bebola matanya ke atas. Kenal sangat dengan suara itu. Siapa lagi kalau bukan Choi San. Lelaki yang telah banyak kali meluahkan perasaan kepada dirinya tetapi ditolak mentah-mentah.

Jiyun memusingkan badannya ke belakang. Ingatkan San berdiri jauh daripada dirinya tetapi badan lelaki itu sudah menghampiri dirinya dalam sekelip mata sahaja. Wajah mereka terlalu dekat sehinggakan kalau San bergerak selangkah, pasti bibir mereka akan bertembung.

Wajah Jiyun mula memerah. Dengan pantas, kakinya mengundur selangkah ke belakang.

San hanya mengukirkan sebuah senyuman terhadap perbuatan Jiyun.

Garang tetapi comel. Pemarah tapi cepat malu. Itulah Kim Jiyun di hadapan mata Choi San.

San terus menarik tangan Jiyun menuju ke arah sebuah bangku di tengah-tengah kawasan bumbung sekolah ini. Gadis itu, hanya mengikut sahaja. Tidak mampu untuk melawan.

San terus menyuruh Jiyun melabuhkan punggungnya di atas bangku itu. Peti pertolongan cemas yang dipegang sebelah tangannya yang lagi satu turut diletakkan di atas bangku.

San terus membuka peti pertolongan cemas itu lalu mula merawat bibir Jiyun yang luka akibat dilempang oleh Sungyeon. Seterusnya, pipi Jiyun yang lebam turut dituam.

Mata Jiyun hanya memerhati San yang cekap menjalankan kerjanya.

"Jiyun, aku tahu bukan senang kau nak terima perasaan aku. But i want you to know that i will always be by your side no matter what happens."

Badump!

Badump!

Badump!

Akibat kata-kata San itu, hati dan perasaan Jiyun mula tertarik dengan lelaki itu. Buat pertama kalinya, dia berasa bahawa dirinya dihargai.

 Buat pertama kalinya, dia berasa bahawa dirinya dihargai

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Tbc

[OG] GRAY S1 + S2 | San ft WooyoungWhere stories live. Discover now