02 | GRAY

47 10 0
                                    

Menggigil badan Jiyun sebaik sahaja melihat appanya, Kim Jongyun sedang melihat kad laporan peperiksaannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Menggigil badan Jiyun sebaik sahaja melihat appanya, Kim Jongyun sedang melihat kad laporan peperiksaannya. Jika dia tahu perkara ini akan terjadi, pasti dia akan pulang lewat ke rumah supaya tidak terserempak dengan appanya itu.

"Jiyun dan Sungyeon, dah balik?" soal Tuan Kim. Matanya tajam memerhati Jiyun dan Sungyeon yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam penthouse ini.

Kembar itu terus sahaja berjalan mendekati Tuan Kim. Namun, Sungyeon berada di hadapan manakala Jiyun menyorokkan badannya di belakang abang kembarnya. Masing-masing berasa gentar dengan Tuan Kim terutamanya Jiyun.

"Haaa..." keluh Tuan Kim secara lantang.

"Pergi bilik kerja appa, Kim Jiyun." arah Tuan Kim tegas.

Jiyun dan Sungyeon masing-masing membulatkan mata mereka. Terus sahaja tangan Sungyeon bertindak melindungi adik kembarnya. Melarang Jiyun untuk pergi ke bilik kerja Tuan Kim.

"A-appa." panggil Sungyeon perlahan.

Dia menggelengkan kepalanya.

"Tak boleh. Appa dah janji takkan buat benda tu kepada kami berdua lagi." ujar Sungyeon takut-takut.

Tuan Kim terus bercekak pinggang mendengarkan kata-kata berani Sungyeon. Berani sungguh anak lelakinya membantah keputusannya. Keputusan peperiksaan milik Jiyun yang berada di tangannya terus diangkat.

"Perjanjian kita dah terbatal. Adik kau, Jiyun tak dapat keputusan yang kita dah janjikan. She got last place, again!" amuk Tuan Kim. Lantas keputusan peperiksaan milik Jiyun dikoyakkan di hadapan mata Jiyun dan Sungyeon tanpa memikirkan perasaan mereka berdua.

Perasaan di mana Kim Jiyun sudah berupaya untuk belajar bagi mendapatkan keputusan peperiksaan yang cemerlang.

"Kim Jiyun, kajja." kata Tuan Kim tertahan-tahan, menahan amukan yang sedang membara di hati.

Lelaki separuh abad itu terus melangkah menuju ke bilik kerjanya.

Secara perlahan-lahan Jiyun melangkah mengikuti Tuan Kim dari belakang. Bukan Sungyeon tidak menghalangnya, dia sudah dihalang oleh abang kembarnya tetapi dia yang degil.

Jiyun tidak mahu abangnya yang menjadi mangsa semata-mata dirinya. Sungyeon tidak bersalah langsung. Malah, lelaki itu telah mendapat tempat pertama dalam peperiksaan baru-baru ini. Sungyeon telah berusaha.

Kim Jiyun yang bersalah!

Apabila badan Jiyun sudah selamat masuk ke dalam bilik kerja Tuan Kim, pintu bilik tersebut terus ditutup dan dikunci.

Kepalanya yang sedari tadi melihat ke lantai terus diangkat untuk melihat appanya. Seperti biasa, appanya telah bersiap sedia dengan kayu golf di tangannya.

Inilah balasannya. Setiap kali, Jiyun atau Sungyeon tidak mendapat keputusan peperiksaan yang tidak dapat memuaskan hati Kim Jongyun, kembar itu pasti akan dipukul dengan kayu golf.

Jiyun terus berlutut di hadapan appanya. Dia memejamkan matanya.

Tuan Kim terus mengangkat kayu golfnya ke atas.

PAK!

PAK!

PAK!

This is her life...

Jiyun mengetap bibirnya melihat seorang pelajar perempuan yang sedang berdiri di hadapannya dalam keadaan terkejut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jiyun mengetap bibirnya melihat seorang pelajar perempuan yang sedang berdiri di hadapannya dalam keadaan terkejut. Pelajar perempuan itu baru sahaja membuat kesalahan yang terbesar seumur hidupnya.

Dia telah menumpah secawan air manis pada baju Jiyun. Semua ini kerana dia terlanggar Jiyun secara tiba-tiba. Dan pada masa itu juga, pelajar itu sedang memegang secawan air anggur di tangannya.

Disebabkan perlanggaran itu, secawan air anggur tersebut tertumpah di baju Jiyun.

Jiyun mengangkat wajahnya melihat wajah pelajar yang telah menumpahkan secawan air anggur pada bajunya. Sudahlah baju ini mahal!

"Yah, michesseo!" jerit Jiyun secara lantang.

Kepalanya melihat ke kiri dan ke kanan untuk mencari sesuatu bagi membalas kesalahan pelajar perempuan tadi. Akhirnya, matanya menangkap sebotol air coca cola yang masih penuh di tangan salah seorang pelajar yang berada di tepinya.

Tangan Jiyun terus mengambil botol air tersebut lalu dibukanya penutup botol air itu. Tanpa membuang masa, air coca cola tersebut terus disiram di atas kepala pelajar perempuan tersebut sehingga botol itu kosong.

Jiyun terus mencampak botong kosong itu ketepi lalu berjalan meninggalkan tempat itu. Sebelum itu, dia secara sengaja melanggar bahu pelajar perempuan itu sehingga pelajar itu jatuh terduduk.

Dalam diam dia tersenyum sinis.

Heh, baru puas hati aku!

Inilah sikap sebenar Kim Jiyun di sekolah, seorang pembuli. Disebabkan keluarganya berpengaruh, tiada sesiapa yang berani menegur perbuatannya termasuklah guru dan pengetua.

Dia juga mempunyai standard yang tinggi untuk memilih rakan. Biasanya, rakannya mestilah tinggal di Joubsey Palace dan mempunyai keluarga yang berpengaruh. Barulah dia akan berkawan dengan mereka.

She's hurt inside...

She's hurt inside

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[OG] GRAY S1 + S2 | San ft WooyoungWhere stories live. Discover now