09 | GRAY

37 9 0
                                    

Semua mata pelajar tertumpu pada Jiyun dan San apabila mereka berdua masuk ke dalam kelas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Semua mata pelajar tertumpu pada Jiyun dan San apabila mereka berdua masuk ke dalam kelas.

Sudahlah semalam San confess pada Jiyun hari ni tiba-tiba San memegang beg Jiyun. Siap letakkan beg tersebut di tempat Jiyun lagi. Tak ke akan menimbulkan syak wasangka.

"Uish, korang dua dah official ke? Bukan ke semalam kena reject?"

Salah seorang pelajar yang terkenal dengan perangai bawangnya bersuara. Siapa lagi kalau bukan Min Seolmi? Pelajar perempuan yang terkenal dengan ratu gossipnya.

Hampir semua gossip di sekolah ini dia tahu. Tak pernah ketinggalan langsung! Senang cerita, apa-apa cerita paling panas di dalam sekolah ini, dia orang pertama yang tahu.

Pernahlah dia dapat membongkarkan sebuah percintaan antara sepasang kekasih yang tak masuk dek akal betul iaitu percintaan antara seorang murid kaya dengan tukang cuci. Memang gossip tersebut membuatkan satu sekolah kecoh.

Tergangga jugalah Seolmi apabila mendapat tahu tentang cerita itu. Agaknya, murid kaya tersebut jatuh cinta pada tukang cuci tersebut kerana tukang cuci itu terkenal dengan kekacakkannya.

Alih-alih, mereka dapat tahu tukang cuci itu sudah berkahwin. Akibat malu, pelajar tersebut terus pindah ke sekolah lain. Tak sanggup rasanya dia mahu menghadap semua pelajar dan guru yang telah mengetahui tentang hubungannya.

San hanya mengukirkan senyuman nipis terhadap tuduhan melulu Seolmi itu. Dia lantas menggelengkan kepalanya.

Jiyun pula seperti biasa, menayangkan riak wajahnya yang tidak berperasaan itu. Di saat, dia dan San menjadi tumpuan di dalam kelas ini, Jiyun hanya membuat halnya sendiri dan tidak mempedulikan mereka semua.

Ya dia akui San berbuat baik pada dirinya. Jadi kenapa? Nak berharap agar Jiyun menerima perasaan San. Huh, jangan harap. Selagi hati dan perasaannya tiada pada San, jangan harap dia akan bercinta dengan lelaki itu.

"Baiklah, duduk semua." arah Kim saem sebaik sahaja dia masuk ke dalam kelas ini. Buku-buku yang berada di tangannya lantas diletakkan di atas meja lalu wajahnya diangkat bagi melihat satu persatu wajah anak muridnya.

"Minggu depan kita akan adakan ujian."

Sebaik sahaja Kim saem menyebut perkataan 'ujian', hampir semua pelajar di dalam kelas tersebut riuh. Riuh kerana tidak mahu ujian itu dijalankan.

Jiyun mengetap bibirnya.

Ujian?

Tempoh hari, dia baru sahaja dimarahi dan dipukul oleh appanya kerana keputusan peperiksaan yang teruk. Dan ujian akan dijalankan pada minggu depan?

Huh, nonsense. Parut-parut dan lukanya belum baik lagi tetapi ujian akan dijalankan pada minggu depan.

Jiyun yakin jika dia mendapat keputusan yang teruk lagi, dia pasti akan dipukul. Kali ini dengan lebih teruk.

Kepala Jiyun ditolehkan kepada Sungyeon yang berada di sebelah. Dia berharap agar Sungyeon dapat menolong dirinya.

Jebal.

Kim Jongyun terus memberikan sebuah fail berisi kertas kepada Jiyun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Kim Jongyun terus memberikan sebuah fail berisi kertas kepada Jiyun. Jiyun terus mengambil fail tersebut dan mengerutkan keningnya. Pelik apabila appanya memberikan fail ini kepada dirinya.

"Ni jawapan untuk ujian pada minggu depan. Hafal jawapan dan dapat sekurang-kurangnya nombor dua. Kalau tak, tahulah nasib kamu." kata Jongyun dingin lalu berlalu keluar dari situ tanpa melihat dahulu reaksi Jiyun.

Jiyun terus mengeluarkan kertas-kertas jawapan yang terdapat di dalam fail itu. Matanya melihat dan membaca soalan dan jawapan yang akan keluar pada ujian minggu hadapan.

"Wow, daebak!"

Perlahan sahaja Jiyun menjerit kegembiraan kerana appanya telah menyelamatkan dirinya. Dia suka.

Dengan jawapan ini, dia pasti akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan dan mengembirakan hati appanya.

Tidak sabar rasanya untuk menjawab ujian yang akan dijalankan pada minggu depan.

Jiyun mula menghafal skop jawapan itu dengan hati yang teruja dan gembira. Berharap agar dia menjadi pelajar cemerlang dalam ujian mendatang.

Dalam diam, ada seseorang yang mendengar perbualan antara Jiyun dan Jongyun sejak dari mula lagi. Dia mengetap giginya.

"Kenapa appa taksub sangat nak Jiyun dan Sungyeon menjadi top student?"

"Kenapa appa taksub sangat nak Jiyun dan Sungyeon menjadi top student?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tbc

[OG] GRAY S1 + S2 | San ft WooyoungWhere stories live. Discover now