01 | GRAY

70 12 0
                                    

One year ago-

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

One year ago-

Kim Jiyun menguap kebosanan melihat seorang pelajar baharu yang memperkenalkan dirinya di hadapan kelas.

Pelajar lelaki yang bermata sepet tetapi tidaklah terlalu sepet. Memiliki rahang yang tajam dan bibir yang nipis.

Pelajar itu agak kacaklah juga di mata Jiyun tetapi tidak mampu untuk membuatkan hatinya berdebar. Di mata pelajar perempuan yang lain, mungkin lelaki itu kelihatan agak sempurna di hadapan mereka tetapi tidak bagi Jiyun.

Mata Jiyun kemudian dialihkan kepada abang kembarnya, Kim Sungyeon yang duduk di sebelahnya.

"Oppa." panggil Jiyun perlahan.

Sungyeon yang sedang asyik bermain telefon pintar secara sembunyi terus menolehkan pandangannya terhadap Jiyun. Sebelah keningnya diangkat seolah-olah bertanya sebab Jiyun memanggil dirinya.

"Kim Jiyun, awak boleh buat kan?"

Baru sahaja bibir Jiyun mahu berkata sesuatu kepada Sungyeon, Kim saem terus bertanya sesuatu kepada Jiyun membuatkan dia sedikit tersentak.

Mata Jiyun terus memandang Kim saem yang berdiri di hadapan kelas yang sedang menunggu jawapannya.

"Boleh saem. Boleh. Benda senang je." balas Jiyun spontan walaupun tidak tahu perkara apa yang sedang dikatakan oleh Kim saem saat ini.

"Baiklah, kalau begitu. Waktu rehat nanti awak tunjukkan kawasan sekolah kita pada San."

Jiyun terus mengerutkan dahinya.

Tunjukkan kawasan sekolah? Eh, sejak bila dia bersetuju? Dan siapa San?

"Tapi, saem. Sejak bila saya kata saya boleh tunjukkan kawasan sekolah ni pada San? And siapa San? I don't know him." lantang sahaja Jiyun bertanya kepada Kim saem tanpa malu. Buat apa nak malu? Prinsip hidupnya cuma satu 'lebih baik sesat jalan selepas bertanya daripada sesat jalan sebelum bertanya'.

Jiyun menyandarkan badannya pada kerusi sambil memeluk tubuhnya. Kakinya juga disilangkan. Mahu menunjukkan bahawa dirinya lebih daripada layak untuk menunjukkan kawasan sekolah kepada San. Disebabkan dia terlebih layak, jadi dia mahu pelajar lain yang menunjukkan kawasan sekolah kepada San.

Kim saem mengeluh lemah sambil mengurut pelipis kepalanya. Sakit kepalanya kerana seorang anak muridnya ini. Tadi cakap boleh, sekarang tiba-tiba tak boleh. Pelik betul. Nampak sangat tak fokus tadi!

"Ni Choi San." ujar Kim saem sambil menepuk bahu San perlahan. "Dan awak Jiyun, tunjukkan kawasan sekolah pada dia nanti." arah Kim Saem.

Jiyun menunjukkan wajah yang tidak puas hati terhadap arahan Kim saem itu. Dia terus bangun dari tempat duduknya sambil memukul mejanya.

"Tapi, saem-"

"Tak ada tapi-tapi. Tadi awak yang kata benda ni senang. Jadi, awak perlu buat." arah Kim saem dengan suara vetonya membuatkan Jiyun terdiam seketika.

Mata Jiyun tidak berkedip melihat San yang berada di hadapan kelas. Geram punya pasal.

Siaplah Choi San, you are my enemy from now!

Their destiny begins here..

Jiyun mengemas buku-buku dan alat tulis yang bersepah di atas mejanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Jiyun mengemas buku-buku dan alat tulis yang bersepah di atas mejanya. Kemudian, dalam keadaan bermalas-malasan matanya melihat ke arah San yang duduk di bahagian hujung kelas. Lelaki itu turut mengemas barang-barang yang bersepah di atas mejanya.

Dalam diam Jiyun pelbagai kata-kata makian diungkapkan khas untuk Kim saem. Ada ke patut disuruhnya Jiyun menunjukkan kawasan sekolah kepada San. Apa class?

Kim Jiyun ni anak kepada business man yang berjaya tau. Ayahnya merupakan pengasas kepada Joubsey Palace yang mempunyai 100 tingkat.

Rumah yang berada di tingkat 100 itu amat terkenal di kalangan orang-orang kaya kerana di situ terletaknya sebuah penthouse yang mewah. Individu yang tinggal di Penthouse itu mampu melihat hampir semua pemandangan kota Seoul. Disebabkan itu, semua orang berebut untuk memiliki tempat tinggal tersebut.

Tetapi Kim Jiyun dan Kim Sungyeon beruntung kerana dapat tinggal di situ. Semuanya atas jasa bapa mereka berdua, Kim Jongyun. Disebabkan itu, mereka berdua dapat berbangga dengan kekayaan yang dimiliki oleh keluarga mereka berdua.

Jiyun akhirnya bangun dari tempat duduknya. Tanpa perasaan dia melangkah mendekati tempat duduk San. Gadis itu turut memeluk tubuhnya.

"Yah, jom aku tunjukkan kawasan sekolah ni." ajak Jiyun secara ala kadar sahaja. Tidak ikhlaslah katakan.

San mendongakkan kepalanya melihat Jiyun. Kemudian tangannya laju bermain telefonnya.

"Aku tak perlukan pertolongan kau pun. Dasar perempuan perasan."

Jiyun terus mengetap bibirnya mendengar kata-kata kurang ajar San itu. Hatinya panas! Kalau bukan disebabkan Kim saem, dia pun tak naklah tolonglah lelaki perasan kacak ni!

Dengan hati yang masih berbara, Jiyun kembali ke tempat duduknya. Botol airnya dicapai lalu diteguknya air itu sepuas hati, berharap agar kemarahannya reda.

Sungyeon yang duduk di sebelah Jiyun turut mengenggam penumbuknya. Geram apabila adik kembarnya diperlakukan sedemikian rupa.

Dasar lelaki kurang ajar!

Dasar lelaki kurang ajar!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tbc

[OG] GRAY S1 + S2 | San ft WooyoungWhere stories live. Discover now