07 | GRAY

35 9 0
                                    

Sedari tadi, Jiyun tidak dapat memberikan sepenuh perhatiannya terhadap guru yang mengajar di hadapannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Sedari tadi, Jiyun tidak dapat memberikan sepenuh perhatiannya terhadap guru yang mengajar di hadapannya. Semuanya disebabkan San. Dia dapat merasakan lelaki itu sedang merenung dirinya.

Jiyun tak selesa.

Tak pernah lagi seumur hidupnya ditenung sedemikian rupa. Pelik. San berdendam dengan dirinya ke?

"Kim Jiyun, boleh beritahu saya jawapan kepada soalan 2a?" soal guru matematik yang sedang mengajar itu secara tiba-tiba.

Jiyun mula gelabah.

Sudahlah dia tidak pandai dalam matematik, tidak fokus pula tu. Macam mana nak jawab. Jiyun terus merenung papan putih itu dengan lama berharap agar otaknya yang geliga ini dapat memikirkan jalan kira untuk soalan tersebut.

Sungyeon yang berada di sebelah Jiyun berura-ura untuk bangun dari duduknya supaya menjawab soalan tersebut bagi pihak Jiyun.

Namun, seorang pelajar lelaki yang lain lebih pantas daripada Sungyeon. Dia terus bangun dari duduknya lalu mengambil marker pen dan menulis jalan kira serta jawapan di papan putih itu.

Semua yang berada di dalam kelas itu termasuk Jiyun dan Sungyeon agak terkejut dengan perbuatan lelaki itu.

Kenapa dia buat sebegitu?

Nak tunjukkan dirinya pandai dan Jiyun ni bodoh? Begitu ke?

Selesai menulis, lelaki itu meletakkan kembali marker pen di atas meja guru lalu berlalu kembali ke tempat duduknya.

Guru matematik yang dikenali sebagai Lee saem itu menganggukkan kepalanya sekilas apabila melihat jalan kerja dan jawapan yang terdapat di papan putih itu.

Dia terus menepuk tangannya. "Bagus, Choi San. Jalan kira yang betul dan sempurna. Tiada yang tertinggal." puji guru lelaki itu kepada San.

San tersenyum nipis apabila mendapat pujian daripada Lee saem. Matanya terus melihat ke arah Jiyun.

Jiyun tersenyum sinis melihat senyuman nipis San itu. Dia dapat rasakan San sedang menghadiahkan sebuah senyuman mengejek kepada dirinya.

Tak apa Choi San. Hari ni hari kau, esok hari aku.

San terus meletakkan dulang makanan di atas meja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


San terus meletakkan dulang makanan di atas meja. Kerusi kosong di sebelah Jiyun terus ditarik lalu dia melabuhkan punggungnya di situ.

Jiyun dan Sungyeon yang sedang menikmati makanan mereka terus mengangkat kepala mereka melihat San. Begitu juga dengan rakan Jiyun yang lain iaitu Hana dan juga Sora. Pelik melihat kelakuan San.

Sungyeon mendengus kegeraman manakala Jiyun menggulingkan matanya ke atas. Semuanya disebabkan kehadiran Choi San di situ.

Bukannya mahu menjamu selera di situ, malah San siap menongkat dagunya sambil asyik merenung wajah Jiyun.

"Kau buat apa?" soal Sungyeon tanpa sembunyi-sembunyi. Geram dengan San yang sedang asyik merenung adik kembarnya.

Dia tahu, Jiyun itu seorang gadis yang cantik tetapi layakkah San merenung adiknya sedemikian rupa? Tak layak! Sebab itu Sungyeon geram.

San tidak mempedulikan Sungyeon. Sebaliknya, dia memberikan makanannya kepada Jiyun apabila melihat gadis itu seperti kelaparan.

"Ambillah. Aku tahu kau lapar."

"Uhuk! Uhuk!" tersedak Hana dibuatnya dengan perbuatan pelik San itu.

Dia seperti tidak percaya sahaja. Tempoh hari bergaduh dengan Jiyun, hari ni tiba-tiba sahaja mahu berbaik dan memikat rakannya itu. Tak ke pelik?

Jiyun menjeling San tajam lalu dulang makanan San ditolak kembali kepada lelaki itu. Dia bangun dari duduknya.

Huh, ingat dia tak tahu ke lelaki ini cuba untuk memikat dirinya bagi mendapatkan duit. Dia mungkin bodoh dalam pelajaran tetapi percayalah dia tidaklah bodoh sangat sehingga boleh ditipu oleh lelaki-lelaki yang hanya mahukan wang daripadanya.

"Aku tak perlukan bantuan daripada orang miskin dan anak yatim seperti kau!" herdik Jiyun tanpa sebarang perasaan. Disebabkan kata-katanya itu, seluruh pelajar yang berada di kantin ini menumpukan perhatian kepada dirinya.

Kaki Jiyun berura-ura mahu beredar dari situ tetapi tangan San sempat memegang lengan Jiyun erat bagi menghalang gadis itu daripada beredar. Lelaki itu turut bangun dari duduknya.

San merenung tepat ke arah muka Jiyun.

"Aku suka kau, Kim Jiyun."

Jiyun terkelu. Suasana kantin kembali riuh dengan pengakuan San itu.

Sungyeon yang sedang duduk, terus berdiri.

Hana dan Sora yang sedang minum minuman mereka turut tersedak. Semuanya disebabkan Choi San. Lelaki berani mati itu.

Did he really like her?

Did he really like her?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[OG] GRAY S1 + S2 | San ft WooyoungWhere stories live. Discover now