14 | GRAY

28 7 0
                                    

San memberhentikan motosikalnya di hadapan Joubsey Palace

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


San memberhentikan motosikalnya di hadapan Joubsey Palace. Jiyun terus turun daripada motosikal San lalu membuka topi kaledarnya dan menyerahkannya kepada San.

"Terima kasih." ucap Jiyun perlahan sambil menundukkan wajahnya ke lantai. Malu lah you.

Yelah, Kim Jiyun tidak pernah mengucapkan terima kasih kepada sesiapa termasuklah kepada orang yang menolongnya. Ini adalah kali pertama dia mengucapkan dua patah perkataan itu.

Walaupun hanya dua patah perkataan namun mulutnya amat berat sekali untuk dibuka. Tetapi hari ini lain. Semuanya kerana semua perbuatan baik San terhadap dirinya.

Jiyun sangat-sangat menghargainya.

San tersenyum kecil. Sebelah tangannya mengusap rambut milik Jiyun membuatkan Jiyun termalu seketika.

"It's okay. Now, I'm you knight in shining armor. Bagitau je kalau kau ada masalah. Aku akan datang tolong."

Jiyun mengangguk kecil mendengarkan kata-kata San lalu dia mengangkat wajahnya melihat San.

"Jiyun."

Mood Jiyun terus berubah apabila mendengar suara tersebut memanggil namanya. Tanpa membuang masa, dia terus menolehkan kepalanya ke arah sumber suara tersebut.

Jiyun berdecit perlahan sebaik sahaja melihat individu yang memanggil namanya sebentar tadi.

San melihat Jiyun dan individu tersebut silih berganti. Secara jujurnya, dia perasan akan perubahan mood dan riak wajah Jiyun sebaik sahaja individu tersebut menyebut nama gadis itu. Tapi dia pelik. Kenapa mood Jiyun berubah disebabkan individu tersebut?

Apa kesalahan yang telah dilakukan oleh individu tersebut. Bukannya individu tersebut terlihat miskin. Malah, individu tersebut amatlah bergaya walaupun berumur separuh abad.

Ya, individu tersebut ialah wanita separuh abad. Tapi, San tidak mengetahui sama ada Jiyun mempunyai hubungan dengan wanita separuh abad itu ataupun tidak.

Dalam sekelip mata, wanita separuh abad itu sudah berada di sebelah Jiyun.

"Jiy-"

"Awal omma balik? Selalunya pukul dua, tiga pagi baru balik."

Jiyun memotong ayat Choi Sera iaitu ommanya tanpa sebarang perasaan bersalah. Nada suara yang digunakan juga tidak mesra. Seperti bercakap dengan musuhnya sahaja.

Sera mengukirkan senyuman nipis dengan layanan yang diberikan oleh Jiyun. Dia tahu mengapa Jiyun menjadi begini. Semuanya merupakan salahnya. Terlalu menumpukan perhatian kepada kedai perabotnya sehingga tiada masa untuk Jiyun mahu pun Sungyeon.

Mungkin disebabkan itu, Jiyun terasa hati dengan dirinya dan mencari jalan untuk menggelakkan diri daripada bertembung dan bercakap dengan dirinya.

"Ni siapa?"

Sera cuba untuk mengubah topik dengan bertanyakan tentang kehadiran San di situ.

San mula mengukirkan senyuman kepada Sera. Tangannya turut dihulurkan untuk bersalaman dengan wanita itu.

"Saya teman lelaki Jiyun."

Sera membulatkan matanya mendengarkan kata-kata San. Matanya melihat ke arah San dan juga Jiyun silih berganti. Dia seperti tidak percaya sahaja Jiyun sudah mempunyai teman lelaki.

Nampaknya, anak gadisnya ini sudah dewasa.

"Wow, aunty tak percaya Jiyun dah ada boyfriend. Kalau macam tu, jomlah naik rumah aunty. Kita makan malam bersama-sama."

Kini giliran Jiyun pula untuk membulatkan matanya. Terkejut apabila ommanya mempelawa San untuk makan malam di rumahnya.

Wahhh, ini kalau appanya tahu dia sedang bercinta, pasti dia akan dipukul dengan lebih teruk lagi. Sudahlah bercinta secara tiba-tiba, dengan lelaki yang tiada class pula tu.

Kim Jiyun memang sedang menempah maut!

"Oka-"

"Omma, San sibuk. Dia kena kerja lepas ni. Jadi lain kali je lah."

Laju sahaja Jiyun memotong kata-kata San. Matanya turut mengarah agar lelaki itu menurut sahaja kata-katanya.

Walaupun pelik, San menurut sahaja arahan dlm maksud tersirat Jiyun itu. Lebih baik ikut, nanti naya sahaja kena maki dengan gadis itu.

Takutttt.

"Sorry aunty. Saya baru teringat saya kena kerja malam ni. Lain kali je lah."

"Tak boleh ke ambik cuti hari ni?"

Pertanyaan secara langsung daripada Sera membuatkan Jiyun menggigit bibirnya. Dia betul-betul tidak mahu San datang ke rumah mereka tetapi kenapa ommanya sibuk-sibuk mahu menjemput San datang ke rumah?

Haishhhh.

"Tak boleh omma. San kata bos dia memang tak boleh bertoleransi dengan orang yang suka ambil cuti secara tiba-tiba. Nanti San kena pecat pula." reka Jiyun. Dalam hatinya dia berdoa agar ommanya termakan dengan kata-kata tipuannya.

Sera berfikir buat sejenak.

Satu saat.

Dua saat.

Tiga saat.

Empat saat.

Lima saat.

"Okaylah kalau macam tu. Nanti bagitau bila free. Aunty akan masakkan untuk San."

San hanya mengangguk kecil mendengarkan kata-kata Sera.

"Jiyun, San. Omma naik rumah dulu. Jiyun sembanglah dengan San sekejap."

Sera meminta dirinya untuk beredar lalu dia bergerak meninggalkan San dan juga Jiyun.

Fuhh!

Jiyun menghembuskan nafas lega. San tergelak kecil melihatkan perbuatan Jiyun.

Lawak sungguh!

Jiyun menghadiahkan sebuah jelingan yang tajam kepada lelaki itu kerana berani-berani mentertawakan dirinya.

"Dah, pergi balik!" halau Jiyun kasar lalu turut beredar dari situ. Tak kuasa dia duduk di situ lama-lama dengan San.

San hanya tersenyum kecil. Tangannya laju memakaikan topi kaledarnya pada kepalanya. Dia naik ke atas motosikalnya lalu menghidupkan enjin dan beredar dari situ.

 Dia naik ke atas motosikalnya lalu menghidupkan enjin dan beredar dari situ

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tbc

[OG] GRAY S1 + S2 | San ft WooyoungWhere stories live. Discover now