28 | GRAY

34 7 0
                                    

"Mangsa telah meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan ke hospital akibat kecederaan parah di kepala

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Mangsa telah meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan ke hospital akibat kecederaan parah di kepala. Maaf kami tak dapat selamatkan mangsa."

Jiyun termenung jauh sambil melihat kubur ommanya, Choi Sera yang berada di hadapannya. Sudah 30 minit selesainya majlis pengebumian ommanya tetapi dia masih berada di situ, menemaninya.

Pemandu yang melanggar ommanya telah ditangkap dan pemandu tersebut didapati memandu kereta dalam keadaan yang mabuk. Malangnya, ommanya menjadi mangsa kepada pemandu tidak bertanggungjawab itu.

"O-Omma." sebut Jiyun perlahan. Air mata yang bertakung di mata jatuh pada pipi.

"Kenapa omma tinggalkan Jiyun?"

"Omma kata omma akan sentiasa berada di sisi Jiyun. Kenapa omma tipu Jiyun?"

Sungyeon yang hanya melihat Jiyun merintih kehilangan omma mereka. Sedari tadi, dia cukup setia untuk berada di sisi Jiyun. Sungyeon mahu menjaga dan melindungi Jiyun dengan sebaiknya.

Dia juga sebak melihat Jiyun berperangai sebegitu. Tetapi dia juga tahu bahawa Jiyun baru sahaja mula rapat dengan omma mereka sebab itulah Jiyun jadi sebegini.

"Omma.." rintih Jiyun lagi.

Kalaulah, San tidak putus dengan dirinya, pasti dia tidak akan berbaik dengan ommanya. Dan sudah semestinya ommanya tidak akan menjemput dirinya dan Sungyeon di sekolah.

Choi San. Semua ini terjadi kerana lelaki itu!

Jiyun melangkah masuk ke dalam rumahnya sambil dipimpin oleh Sungyeon

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Jiyun melangkah masuk ke dalam rumahnya sambil dipimpin oleh Sungyeon. Gadis itu tidak makan sepanjang majlis pengebumian berlangsung jadi dia tidak mempunyai tenaga yang cukup.

Kaki Jiyun hanya mengikut arah tujuan Sungyeon. Hidupnya sudah seperti tiada arah tuju selepas kehilangan ommanya. Macam mayat hidup pun ada!

Sungyeon membawa Jiyun ke bilik tidur gadis itu. Jiyun terus duduk di atas katilnya.

[OG] GRAY S1 + S2 | San ft WooyoungWhere stories live. Discover now