23 | GRAY

39 7 0
                                    

Mata Jiyun asyik memerhati sahaja perbuatan antara San dan Hana sewaktu waktu rehat di kantin

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mata Jiyun asyik memerhati sahaja perbuatan antara San dan Hana sewaktu waktu rehat di kantin.

Dia perasan Hana kadang kala berbalas pandangan dengan San sehingga membuatkan Jiyun berasa sakit hati melihatnya. Hana juga kadang-kala tersipu malu dengan pandangan mata yang diberikan oleh San.

Jiyun geram! Memang dia geram sekarang ni. Rasa macam nak bunuh-bunuh sahaja dua orang itu.

Heh, San ni pun. Kalau dah tak suka Jiyun, cakap. Boleh je putus. Tak perlu nak curang-curang bagai.

"San-ahh." Hana mula berbicara. Dia tersipu-sipu malu melihat San.

Jiyun yang duduk bertentangan dengan Hana hampir meluat. Nak termuntah pun ada!

Macam tak percaya sahaja kawan baiknya menikam dirinya daripada belakang.

Mengorat teman lekaki orang. Dasar perempuan gatal!

"Hana tak makan sayur ni. Hana bagi pada San eh?"

Jiyun menggulingkan matanya ke atas melihat perangai mengada Hana itu. Dengan badannya terlengok-lengok macam tiada tulang!

Setakat sayur kubis, takkan tak makan? Kimchi makan pula! Kimchi kan diperbuat daripada kubis juga!

Haishhh, pening dengan manusia macam ini.

Kadang-kala Jiyun terfikir, kenapalah dia kawan dengan Hana dulu? Oh mungkin sebab dia tak tahu sikap sebenar Hana. Sekarang, baru gadis itu menunjukkan belangnya.

Senyuman manis terukir di bibir San apabila mendengar permintaan daripada Hana. Terus sahaja penyepit di tangannya mencapai sayur-sayuran yang berada di dulang makanan Hana.

Jiyun mendengus kegeraman. Dia terus bangun dari duduknya dan mengangkat dulang makannya.

"Korang berdua makanlah. Aku dah kenyang." ujarnya bersama dengan sebuah senyuman palsu. Kakinya terus melangkah beredar dari situ.

San dan Hana ada juga memanggil namanya sebaik sahaja dia mengangkat kaki tetapi Jiyun memekakkan telinganya sahaja.

Lebih baik dia beredar dari situ daripada sakit hati dengan pasangan kekasih palsu itu.

Dasar kawan makan kawan!

Dasar kawan makan kawan!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Kringg~

Loceng sekolah berbunyi menandakan tamatnya waktu persekolahan. Jiyun mengemas barang-barangnya dengan kadar yang perlahan. Biar lambat asalkan selamat. Dia sebenarnya tidak suka bersesak-sesak apabila pulang ke rumah.

Rimas.

Mata Jiyun melihat ke sekeliling kelas pula. Hanya terdapat dirinya dan Sungyeon sahaja tika ini.

San? Heh, lelaki itu awal-awal lagi sudah keluar dengan langkahan yang pantas. Macam nak melarikan dengan Jiyun sahaja.

"Dah?" soal Sungyeon yang setia di sisinya. Lelaki itu menyandangkan beg sekolahnya pada kedua-dua bahunya.

Jiyun mengangguk kecil. Dia turut menyandangkan beg pada kedua-dua bahunya.

Mereka berdua berjalan beriringan keluar dari kelas itu.

"Jiyun gaduh dengan San ke?" soal Sungyeon ingin tahu. Jiyun menolehkan wajahnya melihat Sungyeon lalu menjongketkan keningnya.

"Maksud oppa?"

"Oppa nampak dia keluar dengan Ha-"

Kata-kata Sungyeon terhenti apabila melihat individu yang sedang diperkatakan sedang berada di hadapannya dan Jiyun.

Jiyun pelik dengan perangai Sungyeon apabila lelaki itu memberhentikan kata-katanya secara tiba-tiba. Dia menolehkan wajahnya kembali ke hadapan. Badannya turut terkaku melihat individu tersebut.

Bukan berseorangan malah berdua-duaan.

Perkara yang lebih mengejutkan lagi adalah mereka berdua berpegangan tangan.

San dan Hana berpegangan tangan di hadapan Jiyun.

San dan Hana berpegangan tangan di hadapan Jiyun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tbc

[OG] GRAY S1 + S2 | San ft WooyoungWhere stories live. Discover now