04 | GRAY

45 6 0
                                    

San berjalan sepanjang koridor sekolah dalam keadaan marah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

San berjalan sepanjang koridor sekolah dalam keadaan marah. Ini semua disebabkan Kim Jiyun!

Kalaulah perempuan tu tak beritahu cikgu disiplin tentang dirinya mahu memanjat tembok sekolah, pasti dia tidak akan didenda berlari 10 pusingan padang sekolah.

Penat kakinya mahu menyelesaikan denda itu!

Tangan San menolak pintu kelas dengan kasar membuatkan semua pelajar yang berada di dalam kelas itu terkejut lalu memandangnya. Nasib baiklah tika itu tiada seorang guru di dalam kelas tersebut, jika tidak pasti dia akan didenda lagi.

Kepala dan mata San terus merenung Jiyun tajam seakan-akan dia mahu menerkam gadis itu. Kakinya juga melangkah mendekati meja Jiyun.

Sebaik sahaja tiba di hadapan meja gadis itu, San terus memukul kuat meja Jiyun.

"Kamchagiya!" kata Jiyun lalu menghadiahkan sebuah jelingan yang tajam kepada San. "Nak apa?" soal Jiyun tanpa terus tanpa perlu berbasi-basi. Sungyeon yang berada di sebelah meja Jiyun turut berdiri apabila melihat kembarnya dilayan sebegitu rupa oleh San.

San tersenyum sinis mendengarkan soalan yang keluar daripada mulut Kim Jiyun itu.

Dia boleh tanya San nak apa?
Apa lagi kalau bukan sebab dia didenda tadi!

Terus sahaja tangan San memegang kolar baju Jiyun membuatkan gadis itu berdiri. Jiyun mengukirkan senyuman sinis kepada San kerana memperlakukan dirinya sedemikian rupa.

Apa, ingat dia takut? Di rumah, dia diperlakukan lebih teruk daripada ini. Senang cerita, perbuatan San ini ibarat satu peratus daripada perbuatan appanya di rumah. Dia langsung tidak tergugat.

Sungyeon terus bertindak meleraikan Jiyun dan San namun San lebih kuat. Dengan sekali tolakan, Sungyeon jatuh terduduk di atas lantai.

Jiyun terus membulatkan matanya apabila melihat Sungyeon jatuh akibat ditolak oleh San. "Yah, micheosseo?!" jerit Jiyun kuat. Tangannya cuba untuk melepaskan pegangan tangan San pada kolar bajunya tetapi gagal.

Sudah berulang kali dia mencuba namun tetap gagal.

"Lepaskan." arah Jiyun dengan suara yang ditahan-tahan tetapi San tidak mempedulikan arahan tersebut. Tangannya lagi galak mengenggam kolar baju Jiyun dengan lebih kuat. Dia siap memulas kolar baju itu.

Jiyun merenung San tajam.

" Kau nak apa?"

San mengukirkan sebuah senyuman sinis.

"Minta maaf pada aku." arah San tanpa segan silu. Dia membalas renungan mata Jiyun.

Gadis itu mengigit bibirnya. Heh, minta maaf. Jangan harap. Seumur hidupnya, dia tidak meminta maaf kepada sesiapa melainkan appanya, Kim Jungyun. Hanya appanya seorang sahaja manusia yang layak untuk dia meminta maaf.

Choi San ni siapa pada dirinya? Cuma orang asing sahaja. Jadi, buat apa dia nak meminta maaf. Buang masanya sahaja.

"Perlu ke aku minta maaf pada orang miskin macam kau." balas Jiyun dengan lantang.

San bertambah geram apabila status keluarganya menjadi alat untuk Jiyun melawan dirinya.

"Oh dan ya. Ayah kau dah mati kan. Takziahlah." provok Jiyun lagi. Sengaja mahu membuat San marah.

Dia suka. Suka apabila melihat lelaki itu marah disebabkan hal remeh.

"So, aku nak panggil kau orang miskin atau anak yatim."

"YAH, KIM JIYUN!"

San bertambah geram. Tangannya sudah diangkat untuk melempang pelajar perempuan yang bermulut celupar ini.

"Yah, Choi San! Geumanhae."

Kepala San terus dipusingkan ke arah pintu kelas apabila mendengar suara tersebut. Dadanya berombak laju menahan geram.

Individu tersebut menggelengkan kepalanya perlaham apabila melihat keadaan San itu. Terus sahaja dia melangkah mendekati San dan juga Jiyun. Tangannya memegang tangan San dan menyuruh lelaki itu melepaskan pegangan pada kolar baju Jiyun. Akhirnya San menurut kata setelah beberapa minit keadaan itu berlaku.

"Pergi bilik disiplin sekarang." arah individu tersebut. San hanya menurut kata tanpa membantah. Dia melangkah keluar daripada kelas tersebut.

Manakala Jiyun membetulkan kolar bajunya yang sudaj berkedut akibat digenggam oleh San lama. Dia memeluk tubuhnya sambil mengukirkan senyuman sinis melihat San.

Padan muka!

"Thank you, Shin saem." ujar Jiyun kepada guru lelaki yang telah menghentikan perbuatan kasar San terhadap dirinya.

Lega ke? Hmmm bolehlah. Kalau Shin saem tak selamatkan dirinya tadi, rasanya San juga tidak berani untuk mengapa-apakan dirinya.

Jiyun tahu San tu cuma action je yang lebih.

Guru lelaki itu hanya mengangguk sekilas lalu turut beredar dari situ.

He's problematic

He's problematic

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[OG] GRAY S1 + S2 | San ft WooyoungWhere stories live. Discover now