06 | GRAY

40 6 0
                                    

Jiyun memejamkan matanya apabila kenangan buruk sewaktu di sekolah tadi terimbau di ingatannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Jiyun memejamkan matanya apabila kenangan buruk sewaktu di sekolah tadi terimbau di ingatannya. Ingin sahaja dia mahu dirinya hilang ingatan kerana mahu melupakan kenangan tersebut.

Disebabkan perbuatannya, San dan juga Bohyun terpaksa dimasukkan ke dalam hospital. Kedua-dua orang pelajar itu mengalami muntah-muntah sebelum pengsan tidak sedarkan diri.

Semuanya salah Kim Jiyun. Membuli sehingga memudaratkan kesihatan orang lain. Bukan seorang malah dua orang pelajar pula tu!

Menggigil badan Jiyun apabila San dan Bohyun pengsan di hadapan matanya. Dia juga hampir pengsan apabila melihat kedua orang pelajar itu pengsan. Nasib baik kembarnya, Sungyeon berfikir dengan waras dan bijak. Terus sahaja Sungyeon memanggil guru yang berada di bilik guru untuk melihat situasi yang sedang berlaku.

Dan sekarang, Jiyun sedang menanti hukuman yang akan diberikan oleh appanya, Kim Jongyun terhadap dirinya.

Takut? Sudah semestinya. Hanya appanya yang Kim Jiyun paling takuti. Garang dan tegas seperti singa!

Bang!

Pintu bilik belajar milik Kim Jiyun terus dibuka dengan kasar dari luar.

"YAH, KIM JIYUN!"

Bergegar satu penthouse ini disebabkan suara Kim Jongyun. Lelaki itu terus melangkah pantas mendekati Jiyun. Tangannya terus diangkat lalu pipi anak perempuannya menjadi mangsa tamparannya.

Pang!

Jiyun terus jatuh terduduk akibat tamparan tersebut. Dia terus memegang pipinya yang telah ditampar.

"Appa.." ujar Jiyun perlahan sambil terketar-ketar. Sebelah tangannya memegang pula kaki Jongyun.

"Mianhae, appa." pinta Jiyun separa merayu.

Jongyun mengeluh kasar. Pelipis kepalanya diurut sambil melihat sekilas pada Jiyun yang sudah melutut di kakinya.

"Menyusahkan betul. Aku suruh kau belajar bukan membuli orang!"

"Cuba jadi macam abang kau tu. Kalau pandai tak apa juga. Ini kau bodoh! Susah sangat ke nak dapat nombor 1?!"

"Haishhh, makin besar, makin menyusahkan!"

Jiyun menggigit bibirnya apabila dimaki sebegitu. Ingin sahaja dia melawan kata-kata appanya itu tetapi dia tidak mampu kerana semuanya adalah kenyataan.

Ya, dia bodoh

dan

menyusahkan.

Mata Jiyun asyik melihat pemandangan di luar kereta sepanjang menuju ke sekolah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Mata Jiyun asyik melihat pemandangan di luar kereta sepanjang menuju ke sekolah. Kereta terus diberhentikan sebaik tiba di pintu pagar sekolah.

Hari ini, dia dan Sungyeon tidak lewat ke sekolah. Jadi, tidak perlulah dia menggunakan kuasa istimewanya untuk mengelakkan dirinya daripada didenda dan tidak perlulah dia mendengar suara-suara pelajar bergosip akan dirinya kerana dapat mengelakkan dirinya daripada didenda.

Jiyun dan Sungyeon keluar daripada perut kereta lalu berjalan masuk ke dalam perkarangan sekolah.

"Gwenchanha?" soal Sungyeon kepada Jiyun sebaik sahaja kereta yang menghantar mereka berdua berlalu pergi.

Sudah hampir empat hari kejadian itu berlaku, tetapi Jiyun terus diberikan hukuman oleh appanya sepanjang empat hari ini. Kadang-kala Sungyeon dapat mendengar jeritan suara Jiyun dari luar bilik kerja appanya.

Apabila Sungyeon menanyakan keadaan Jiyun kepada kembarnya itu, Jiyun sentiasa mengunci mulutnya daripada bercerita tentang apa yang terjadi di dalam bilik kerja appa mereka.

Sungyeon tahu Jiyun dipukul. Buktinya, terdapat banyak parut baru di badan Jiyun. Cumanya parut-parut tersebut tersembunyi dan sukar untuk dilihat jika Jiyun memakai baju berlengan panjang dan seluar panjang.

Jika memakai baju uniform sekolah pun, belum tentu Sungyeon dapat melihat parut-parut tersebut. Appanya terlalu bijak ketika memukul Jiyun kerana memukul anaknya di tempat yang tersembunyi.

Jiyun masih mengunci mulutnya. Bukan setakat itu, dia turut menghadiahkan sebuah jelingan tajam kepada Sungyeon sebagai amaran supaya tidak menanyakan perkara sama pada setiap hari.

Dia rimas.

Jiyun terus berjalan laju meninggalkan Sungyeon di belakang. Hari ini, dia tiada rasa mahu bercakap dan berjalan dengan abang kembarnya itu. Dia mahu berseorangan.

Secara tiba-tiba matanya tertacap pada San yang sedang turun dari motorsikalnya. Lelaki itu dibenarkan keluar daripada hospital dua hari lalu dan baru hari ini hadir ke sekolah.

Jiyun ingin beredar dari situ namun kakinya seperti telah digam rapat. Matanya masih tertumpu pada San.

San membuka topi kaledarnya lalu membetulkan rambutnya yang telah kusut. Secara tiba-tiba matanya tertacap pada Jiyun.

Terus sahaja dia berjalan mendekati gadis itu. Sebaik sahaja tiba di hadapan Jiyun, topi kaledarnya terus diberikan kepada Jiyun.

"Tolong jagakan anak aku. Ni sebagai denda pada kau sebab buat aku masuk hospital." ujar San bersama dengan sebuah senyuman di bibirnya. Jiyun mula terpana dengan senyuman manis San itu.

Tidak cukup dengan itu, tangannya turut mengusutkan rambut Jiyun membuatkan gadis itu terkedu.

San merendahkan sedikit badannya agar ketinggian sama dengan Jiyun.

"Nak tahu sesuatu tak, aku tak pernah takut pada kau. Jadi, kalau nak marah, marah je."

She's suffered but with you it's different...

She's suffered but with you it's different

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[OG] GRAY S1 + S2 | San ft WooyoungWhere stories live. Discover now